Jumaat, 19 Jun 2020

Kimchi Kobis Beajing


Assalamualaikum...

Salam dipagi Sabtu yg indah... Alhamdulillah sejuk je terasa pagi ni, awal pagi lagi hujan dah turun, Hujan rahmat.

Update lagi tentang masakan hari ni. Rajin pula buat kimchi mudah, guna kobis bulat. Biasanya orang buat kimchi guna napa cabbage. Kebetulan encik suami beli kobis beijing, jadi saya buatlah kimchi.

Sedap juga sekali sekala makan nasi dengan kimchi ala2 korea gitu...
Resepinya mudah je, selalu tengok kat youtube. Jadi kita cubalah buat.



Resepi Kimchi Kobis Beijing

Bahan-bahan:

Kobis bulat (dipotong)
1 batang karet (dihiris seperti batang 
    mancis)
2 pokok daun bawang (dipotong serong)
serbuk cili 
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
garam dan gula
Bijan sangrai


Cara membuatnya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar terlebih
   dahulu, saya guna blender kering.

2. Kobis selepas dicuci diperap dengan garam.
   Biarkan beberapa seketika. Kemudian cuci 
   dan toskan.

3. Didalam bekas lain masukkan kobis. 
   Masukkan pula bahan-bahan lain, gaul
   hingga bercampur. Rasakan mengikut 
   selera kita. Bila dah cukup rasa, 
   bolehlah dihidangkan.

4. Bila hendak makan taburkan dengan sedikit     bijan yang telah disangrai (goreng tanpa 
   minyak).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan