Rabu, 7 Ogos 2019
Kuih Samperit Pandan
Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua...
hari ni terasa rajin pula. Almaklumlah hari raya haji bakal tiba dua tiga hari lagi, Kebetulan barang -barang lebihan buat kuih semasa raya puasa tempoh hari masih ada lagi, jadi saya buatkanlah biskut samperit pandan.
Kali ini saya cuba resepi dari Nazrah Bakery pula. Boleh tahan juga sedapnya. Saya kongsikan resepinya disini pula untuk dijadikan rujukan saya dan teman2 nanti di masa akan datang .
Resepi Kuih Samperit Pandan
Bahan-bahan:
Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
2 biji kuning telur
1/4 sdt pandan pes
1/4 sdt pewarna hijau pandan
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepun jaung
30 gm tepung kastad
Ceri merah utk hiasan.
Cara membuatnya:
1. Sebatikan bahagian A.
2. Kemudian masukkan bahagian B dan uli rata.
3. gunakan acuan samprit dan paipkan.
Letakkan ceri sebagai hiasan.
4. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140C
selama 30 minit atau sehingga kekuningan.
5. Keluarkan biskut dari oven dan sejukkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tak pernah lagi makan semperit pandan.. selalu makan semperit biasa je..
BalasPadamItulah Sha...selalu buat yg perisa vanila je. Kali ni cuba perisa pandan pulak. Memang sedap rasanya.
BalasPadam