Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua... moga semuanya sihat dikala ini. hari ni adalah hari raya yang kedua. Mungkin masih ada dikalangan teman2 yang melakukan ibadah korban, semoga semuanya berjalan lancar.
hari ni nak cerita pula tentang juadah hari raya semalam. Masak pun yang mudah2 je... Biasanya setiap kali raya saya akan buatkan ketupat palas. Tapi kali ni saya cuba buat lontong pula. First time buat lontong ni, risau juga. Alamdulillah menjadi, dan sedap pula tu...
Resepi Sayur Lodeh
Bahan- bahan:
10 tangkai kacang panjang (hiris serong)
4 keping tauhu (dipotong kiub
dan di goreng sekejap)
dan di goreng sekejap)
50 gram fucuk (rendam hingga lembut)
1 batang lobak merah saiz sederhana
(dipotong seperti anak mancis)
(dipotong seperti anak mancis)
1 biji sengkuang saiz kecil (dipotong
seperti anak mancis)
seperti anak mancis)
3 keping tempe (dipotong kiub)
1/4 bahagian kobis bulat (dihiris kecil)
1 biji kentang saiz besar (kupas dan
potong seperti anak mancis)
potong seperti anak mancis)
santan cair
pati santan
Air jika perlu
udang hidup
1 cekak soo hoon (kerat pendek)
2 batang serai (dititik)
1/2 inci lengkuas (diketuk)
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji cili merah (dibuang biji)
Cara membuatnya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk
(anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik
dan lengkuas hingga harum.
2. Masukkan bahan kisar halus dan
serbuk kunyit. Kacau rata dan masak
hingga terbit minyak, guna api kecil
dan kacau selalu.
3. Masukkan lobak merah, sengkuang
dan kentang. Kacau rata dan tuang
santan cair. Biar mendidih.
4. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk
(toskan).Masak hingga semua lembut.
Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis.
Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit
air. Biar mendidih.
5.Tuang pati santan dan perasakan
dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau
dan masak dengan api sederhana hingga
soo hoon lembut. Rasa dan jika ok
boleh matikan api.
6.Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit,
serunding, sambal tumis dan telur rebus...
Resepi Kuah Kacang
Bahan-bahan:
1/2 kg kacang tanah
2 batang serai dititik
air asam jawa
gula melaka
minyak masak
Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan kisar :
cili kering dibuang biji dan direbus hingga mendidih
1 ulas ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Penyediaan kacang tanah :
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Apabila
kacang masak buangkan kulitnya.
2. Sejukkan kacang tanah tadi.
3. Tumbuk kasar kacang tanah menggunakan
lesung.
Cara buat kuah kacang :
1. Panaskan minyak masak terlebih dahulu
2. Kemudian tumis serai yang telah dititik
hingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan kisar.
4. Masak hingga cili yang dikisar tadi telah masak sepenuhnya
5. Masukkan air asam jawa dan kacang yang
telah ditumbuk.
6. Masukkan gula melaka, gula pasir dan
garam secukup rasa.
7. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
Untuk nasi impit saya hanya beli yang dijual dipasaraya, cuma perlu direbus sahaja. Dan untuk resepi rendangnya pula saya buatkan mengikut resepi yang saya gunakan sebelum ini.
Thanks for sharing, artikelnya menarik..
BalasPadamKunjungi juga http://bit.ly/2WOUG8M
Kawan kan pula dengan sambal udang.. Pergh!! Layan..
BalasPadam