Sabtu, 17 Ogos 2019

Kudapan Kacang Dhal


Assalamualaikum...

Salam dihari minggu, moga semuanya sihat selalu.

Dah genap seminggu umat Islam merayakan Aidil Adha. Ada dikalangan teman-teman yg berkesempatan membuat korban atau menghadiri majlis kenduri sempena hari raya korban. Hari ni last cuti, besok anak-anak dah mula bersekolah kembali. Ramai yang bercuti di kampung sudah kembali kekediaman masing-masing.

Bercerita pula tentang masak-memasak pula. Teringat dulu-dulu waktu zaman sekolah saya, dikantin ada dijual kacang dhal pedas, kacang dhal goreng. Suka juga saya beli. Sekarang ni teringin pula nak makan makanan begitu. Jadi saya cuba goreng kacang dhal ni, letak serba sedikit bumbu-bumbu masak, terasa sedap juga. Boleh juga dijadikan kudapan buat kunyah-kunyah. 



Cara buatnya...

Kacang dhal direndam selama 3 jam atau lebih. Kemudian toskan.
Kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga kacang betul-betul masak. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk cili, garam serta sedikit perasa jika suka.
Akhir sekali masukkan daun kari. Goreng lagi sehingga daun kari layu. Kemudian angkat dan sejukkan. Bila makan daun kari rangup je...




Kacang dhal kaya dengan pelbagai khasiat dan Kebaikan untuk tubuh terutama kandungan protein dan kalsium. 

Untuk info KEBAIKAN dan KHASIAT KACANG DHAL, ini yang saya dapati hasil bacaan dari Google. 

1. Kacang dhal tinggi dengan kandungan
   kalsium,  malah dikatakan kandungan
   kalsium di dalam kacang dhal setanding
   kandungan kalsium di dalam Yogurt. 

2. Kacang dhal amat bagus bagi sistem
   pencernaan,  ia dikatakan membantu dalam
   proses penghadaman sekaligus mengurangkan
   masalah sembelit. 

3. Bagi anda yang sedang berdiet, diet tinggi
   protein terutama untuk ahli bina badan 
   atau jaga badan,  kacang dhal adalah menu 
   tinggi protein dan kalsium yang bagus 
   untuk diamalkan. 

4. Jika anda sedang berdiet dan ingin menu
   masakan yang tahan lapar untuk jangka 
   masa lama,  kacang dhal adalah antara menu
   pilihan terbaik untuk mengawal nafsu makan
   anda kerana ia membuatkan anda kenyang
   lebih lama. 

5. Kacang dhal tinggi serat, mengandungi 
   flavoneid, antioksidan Yang tinggi, zat
   besi dan pelbagai galian yang lain yang
   turut membantu mengurangkan risiko 
   penyakit usus dan barah payu dara. 

6. Kandungan serat didalam kacang dhal turut
   membantu dalam mengurangkan kandungan 
   kolesterol dalam darah juga membantu
   mengurangkan risiko kencing manis ini
   termasuk mengurangkan risiko penyakit 
   jantung dan penyakit kardiovaskular lain. 

7. Kandungan Vitamin E didalam kacang dhal
   turut membantu mengurangkan risiko
   parkinson. Anti oksida lain yang terdapat
   dalam kacang dhal seperti zat besi
   mengurangkan risiko anemia. Zat galian 
   dan vitamin lain serta ciri antioksidan
   yang terdapat dalam kacang dhal turut
   mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan
   lelaki berumur. 

8. Kacang dhal mengandungi 26% protein jika
   anda inginkan sumber protein tanpa alahan 
   kepada binatang anda boleh menggantikan 
   kacang dhal buat sementara waktu terutama 
   jika anda dalam proses Topical Steroid
   Withdrawal atau ekzema. 

9. Kacang dhal juga bagus untuk kesihatan
   buah pinggang.  Ia meningkatkan
   metabolisme buah pinggang dan turut
   membantu mengekalkan otot dan fungsi 
   buah pinggang. 


Memang patut kita makan kacang dhal ni selalu kerana banyak kebaikan dan khasiat untuk badan kita. Macam2 boleh dimasak dengan kacang dhal ni, boleh dimasak kari dhal, dhalca, kuih dhal, digoreng begitu saja dan macam2 lagi.


1 ulasan:

  1. Sedapnya.. Duduk depan tv.. mengunyah.. hehehe.. Sambil baca buku pun best..

    BalasPadam