Khamis, 23 Jun 2016
Menu Berbuka 19 Ramadhan 2016
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di hari ini, baru saja pulang dari sekolah kebangsaan, mengambil report kad anak saya yg ketiga darjah 4. Nanti petang ambil pula report kad anak yang darjah 2 pula. Begitulah kalau ibubapa yang punyai anak yang masih bersekolah, sibuk sentiasa.
Berbalik kepada menu berbuka puasa pula, semalam saya teringin nak makan buah melaka, jadi saya buatlah lebih kurang 2 keping gula gerek. Kemudian ada ikan kembung kat dalam peti sejuk, tak tahu nak masak apa, jadi saya kukus makan dengan air asam. Terung pula saya buatkan terung bercili. Ais bandung cincau pula untuk penghilang dahaga.
Resepi Kuih Buah Melaka
Bahan-bahan:
tepung pulut
sedikit tepung beras
air secukupnya
air daun pandan
gula gerek (dipotong kecil-kecil)
kelapa yang agak muda (diambil putihnya
sahaja)
sedokot garam
Cara membuatnya:
1. Di dalam bekas masukkan tepung pulut serta
sedikit tepung beras.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil
diuli hingga tidak melekat di tangan.
3. Kemudian ambil adunan sedikit, leperkan
dan masukkan gula ke dalamnya. Kemudian
tutupkan, buatkan bulat seperti biji guli.
4. Panaskan air, apabila mendidih masukkan
kuih tadi. Tunggu sehingga ia timbul,
barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan kuih tadi dengan kelapa
parut yang digaul dengan secubit garam.
Siap untuk dihidangkan.
Resepi terung goreng cili
Bahan-bahan:
3 biji terung (dibelah dua)
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis
bahan kisar:
10 biji api
4 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sejemput ikan bilis
Caranya:
1. Terung dibelah dua, kemudian goreng di
dalam minyak yang panas, angkat dan
ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak,
masukkan asam. Kemudian masukkan garam
serta gula secukup rasa.
3. Bila dah masak angkat dan tuangkan keatas
terung yang digoreng tadi. Siap untuk
dihidangkan.
Resepi Ikan Kembung Kukus
Bahan ikan kembung
sedikit garam
1 keping asam gelugur
Caranya:
1. Ikan dicuci bersih, lumurkan dengan garam.
Letakkan asam.
2. Kemudian kukuslah hingga masak.
Air Asam
Bahan:
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dipotong kecil)
cili api (dipotong)
belacan
air asam jawa
garam
Caranya:
Campurkan semua bahan, kemudian gaulkan hingga sebati bercampur.
Air Bandung Cincau
Bahan-bahan:
cincau
sirap ros
susu pekat manis
air gula
ais kiub
Caranya:
1. Didalam jag masukkan sirap ros, susu pekat manis, air gula serta air secukupnya.
2. Kemudian masukkan cincau yang telah dipotong. Dan akhir sekali masukkan ice cube. Siap untuk dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tergodanya tengok...
BalasPadam