Selasa, 21 Jun 2016
Kuih Siput Rangup
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari Nuzul Quran, semoga teman-teman semua beroleh kesihatan yang baik bagi menjalani ibadah puasa hingga ke penghujungnya.
Saya rasa di pertengahan Ramadhan ini, ramai dikalangan suri rumah tangga sudah mula membuat persiapan untuk hari raya nanti dari segi projek membuat kuih raya, persiapan membeli pakaian raya untuk anak-anak dan tak kurang juga ada yang mula mengemas rumah.
Cerita mengenai kuih raya, kelmarin saya juga buat kuih siput. Sebelum ini saya pernah membuat kuih siput, tapi kali ni saya mencuba resepi JULIA HOMEMADE. Memang sedap resepi kuih siputnya, rangup serta ada rasa jintan-jintannya. Jika nak pedas bolehlah tambah sedikit cili kisar atau serbuk cili. Terima kasih di atas resepinya dan saya copykan resepinya disini pula ya....
Resepi Kuih Siput Rangup
Bahan-bahan:
600 gm tepung gandum
220 marjerin (di cairkan)
6 tangkai daun kari - untuk dicampur dalam
minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari ( kisar kasar/ cincang)
2 sdb serbuk kari
15 gm serbuk jintan manis
15 gm serbuk jintan putih
15 gm udang kering (digoreng dan kisar)
2 ulas bawang putih (dihiris halusm digoreng
serta dikisar)
1 biji telur
150 ml air
garam secukupnya
Cara membuatnya:
1. Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar,
ketepikan.
2. Gaul tepung bersama serbuk kari dan
merjerin yang telah dicairkan tadi,
ketepikan.
3. Kisar udang yang digoreng bersama bawang
putih.
4. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar
dan gaul rata bersama garam. Kemudian
masukkan bahan-bahan lainnya tadi ke
dalam adunan tepung yang telah disebatikan
dengan minyak. Gaul rata.
5. Masukkan telur ke dalam dan sebatikan.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
sampai betul-betul sebati.
6. Jangan tuangkan airnya terus, kalau dah
tak melekat tandanya ok.
7. Gentel siput sehingga habis.
8. Goreng siput step by step, dan semasa
menggoreng lurutkan daun kari secukupnya.
Selamat mencuba...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan