Isnin, 13 Jun 2016

Menu Berbuka 8 Ramadhan 2016


         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua lagi di entri kali ini...



     Menu berbuka semalam saya masakkan pajeri nenas, pergi kedai berhampiran rumah terfikir-fikir nak masak apa. Terlihat buah nenas. 
Ahhh... masak pajeri nenaslah hari ni. Kalau ada pajeri nenas kena gandingkan dengan ikan masin. Kebetulan masih ada isi ikan talang yang masih berbaki. Goreng je ikan talang letak bawang besar serta serta cili.

     Anak perempuan kata dah lama mama tak masak kuih warna kuning yang ada lauk atasnya. Teringin nak makan lah tu.... jadi saya buatlah kuih cara berlauk. Banyak pula dia makan kuih tu. Kuih cara berlauk saya ambil resepi dari


Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk lauk:
200 gm daging cincang
2sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia

Bahan taburan:
1 pokok daun bawang (dihiris)
2 biji cili merah(buang biji dan dihiris 
      halus)
sedikit bawang goreng jika suka

Cara membuat inti:
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan
   tumis bahan-bahan tumbuk.
2. Bila rempah naik bau, masukkan daging 
   cincang. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan rempah kari, sos tiram,
   garam dan gula secukup rasa serta lada 
   hitam jika suka.
4. Biarkan sehingga daging masak dan kering
   sambil dikacau sekali sekala. Angkat dan
   ketepikan.

Bahan kuih cara:
300 gm tepung gandum
690 gm santan pekat
2 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb minyak masak
pewarna kuning

Caranya:
1. Satukan tepung, garam dan telur di dalam
   sebuah bekas.
2. Masukkan santan sdikit demi sedikit sambil
   dikacau dengan whisk hingga menjadi adunan
   yang licin dan halus.
3. Masukkan pewarna dan minyak, kacau rata.

Untuk membuat kuih cara berlauk:
1. Panaskan acuan kuih cara, untuk permulaan
   sapu minyak pada acuan. Step ini dilakukan
   pada permulaan sahaja, tidak perlu 
   seterusnya.
2. Tuangkan adunan dalam acuan, letakkan bahan
   inti serta bahan taburan.
3. Tutup acuan supaya kuih cepat masak. 
   Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.


Air Sirap Selasih

Bahan-bahan:
1/2 bungkus biji selasih
Perasa sirap ros
Gula ikut kemanisan
Ais kiub
Air secukupnya

Caranya:
1. Kembangkan selasih di dalam air panas.
2. Bancuh air gula, masukkan perasa sirap ros.
   Kemudian tambahkan air secukupnya.
3. Masukkan ais kiub, siap untuk dihidangkan.


Ikan talang masin pula just goreng je, kemudian goreng bawang besar serta cili besar yang dihiris, letakkan ke atas ikan yang digoreng tadi.


Resepi Pajeri Nenas

Bahan-bahan:
1 biji nenas (dikupas dan dipotong)
2 bungkus rempah kari ikan
santan secukupnya
sedikit udang kering
sedikit kerisik
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
1 btg kulit kayu manis

Bahan hiris:
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga 
   layu, masukkan kulit kayu manis serta
   udang kering.
2. Masukkan pula rempah kari serta kerisik.
   Masak hingga naik minyak.
3. Masukkan nenas, biarkan seketika. Masukkan
   pula santan. Masak sehingga mendisih. 
4. Perasakan dengan garam serta gula.
   Tutupkan api, siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan