Isnin, 5 Mei 2014

Pulut Mangga


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

   Bertemu lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya... Kali ini saya entrikan mengenai pulut mangga lagi. Sebelum ini, selalu juga buat pulut mangga. Cuma pulutnya ditanak begitu sahaja. Tapi kali ini saya masakkan pulut dengan cara mengukus pula.


Rasanya lagi sedap kalau pulutnya dikukus daripada ditanak.



Resepi Pulut Mangga

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
1 biji kelapa parut (diambil santan dan 
   dibahagi 2)
garam secukup rasa



Caranya memasaknya:

1. Beras pulut perlu direndan terlebih 
   dahulu sekurang-kurangnya 3 jam. Cuci
   bersih dan toskan.

2. Panaskan pengukus, masukkan pulut ke
   dalam pengukus. Kukuslah selama 30 minit
   atau sehingga masak.

3. Angkat pulut, masukkan ke dalam bekas
   yang lain, masukkan sedikit santan yang
   telah dimasukkan dengan sedikit garam.
   Gaulkan sehingga sekata. Kemudian 
   masukkan kembali ke dalam pengukus 
   dan kukus lagi selama lebih kurang 10 
   minit.

Untuk santannya:


Sebahagian santan lagi dicampur dengan sedikit garam, kemudian dimasak sebentar diatas api perlahan sehingga naik wap.

Pulut kukus seperti ini memang sedap dimakan dengan buah mangga atau buah durian.




3 ulasan:

  1. kak ruby suka pulut mangga......

    BalasPadam
  2. sedapnya....tp buat masa nie kena pantang mkn mangga dulu coz diserang pedih ulu hati...

    BalasPadam
  3. selalu jumpa orang siam jual..tp xpenah rasa sebab macam pelik pulut yg lemak dimakan ngan mangga..hehe..sedap ye?nnti nk cuba jugak la..

    BalasPadam