Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Bertemu lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya... Kali ini saya entrikan mengenai pulut mangga lagi. Sebelum ini, selalu juga buat pulut mangga. Cuma pulutnya ditanak begitu sahaja. Tapi kali ini saya masakkan pulut dengan cara mengukus pula.
Rasanya lagi sedap kalau pulutnya dikukus daripada ditanak.
Bahan-bahan :
1 kg beras pulut
1 biji kelapa parut (diambil santan dan
dibahagi 2)
garam secukup rasa
Caranya memasaknya:
1. Beras pulut perlu direndan terlebih
dahulu sekurang-kurangnya 3 jam. Cuci
bersih dan toskan.
2. Panaskan pengukus, masukkan pulut ke
dalam pengukus. Kukuslah selama 30 minit
atau sehingga masak.
3. Angkat pulut, masukkan ke dalam bekas
yang lain, masukkan sedikit santan yang
telah dimasukkan dengan sedikit garam.
Gaulkan sehingga sekata. Kemudian
masukkan kembali ke dalam pengukus
dan kukus lagi selama lebih kurang 10
minit.
Untuk santannya:
Sebahagian santan lagi dicampur dengan sedikit garam, kemudian dimasak sebentar diatas api perlahan sehingga naik wap.
Pulut kukus seperti ini memang sedap dimakan dengan buah mangga atau buah durian.
kak ruby suka pulut mangga......
BalasPadamsedapnya....tp buat masa nie kena pantang mkn mangga dulu coz diserang pedih ulu hati...
BalasPadamselalu jumpa orang siam jual..tp xpenah rasa sebab macam pelik pulut yg lemak dimakan ngan mangga..hehe..sedap ye?nnti nk cuba jugak la..
BalasPadam