Assalamualaikum wrh... wbr...
Entry kali ini saya paparkan mengenai masakan lauk pula iaitu ikan kembung masak sambal hijau. Tak tahu nak masak apa tengah hari tadi, tercari-cari kat tenet. terjumpalah masakan ikan bawal masak sambal hijau dari blog YATI MEMORIES. Jadi saya cuba masakkan ikut dari resepi Yati, tapi saya gunakan ikan kembung yang agak besar sedikit.
Ternyata memang sedap juga. Terima kasih Yati. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula ya...
Resepi Ikan Kembung Sambal Hijau
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1/2 cawan santan
sedikit air jika perlu
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 papan petai (diambil isinya- saya tambah)
minyak masak
Bahan kisar:
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili hijau
10 biji cili api hijau
2 sdb ikan bilis
sedikit belacan
Cara memasaknya:
1. Ikan dicuci bersih, kelar-kelar sedikit,
lumur dengan sedikit kunyit dan garam,
goreng hingga kekuningan. Angkat dan
ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar
hingga terbit minyak. Masukkan santan,
gula dan garam secukup rasa. Masak
hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan potongan bawang
besar, gaul rata dan masak hingga
pekat dan sehingga bawang lembut.
4. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi,
gaul rata dan barulah diangkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan