Rabu, 24 Julai 2019

Kuih Apam Kampung Gula Merah


   Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, moga berbahagia selalu dihari ini.

Lamanya tak buat kuihhari ni terigin pula nak makan apam kampungula merah, jadi saya buatkanlah 1/2 adunan je. Kalau buat banyak2 nanti tak ada yang makan pula. Membazir pulak Kuih apam ni anak-anak tak minat sangat. 

Saya cuba dari resepi Yati Memories. Jom tengok resepinya...



Resepi Apam Kampung Gula Merah

Bahan A 


1/2 cwn gula merah*

1/2 cwn gula pasir*
2 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)

Bahan B


11 gm yis mauripan

1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus

Bahan C


4 cwn tepung gandum

secubit garam


Cara-Cara :

1Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula 

   larut,tapiskan dan sejukkan.

2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan

   biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan

   masukkan sekali air gula yg telah sejuk
   tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)

4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.

   Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan
   perap selama 1 jam.

5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dengan 

   sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm 
   loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus 
   adunan selama 40 minit.

6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di

   potong dgn menggunakan pisau tajam
   dengan cara spt gergaji kedepan ke 
   belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.

7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih

   yg di gaul dengan sedikit garam.

**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.



Memang sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang.


2 ulasan:

  1. Rindu nak makan apam kampung gula merah. Dulu masa kecik2, sebelum tidur selalu tengok mak adun bahan apam untuk dibuat sarapan. Esok pagi, terhidang seloyang apam kampung gula merah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Amie, sudi singgah sini.
      Itulah... kenangan dulu-dulu, mak saya pula dulu-dulu suka buat kuih apam juga. tapi bukan apam gula merah, yang warna putih je, berbentuk 3 segi pulak. Makan dengan nyok sedap...

      Padam