Rabu, 24 Julai 2019
Kuih Apam Kampung Gula Merah
Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua, moga berbahagia selalu dihari ini.
Lamanya tak buat kuih, hari ni terigin pula nak makan apam kampung gula merah, jadi saya buatkanlah 1/2 adunan je. Kalau buat banyak2 nanti tak ada yang makan pula. Membazir pulak Kuih apam ni anak-anak tak minat sangat.
Saya cuba dari resepi Yati Memories. Jom tengok resepinya...
Resepi Apam Kampung Gula Merah
Bahan A
1/2 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
2 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
11 gm yis mauripan
1/2 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus
Bahan C
4 cwn tepung gandum
secubit garam
Cara-Cara :
1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula
larut,tapiskan dan sejukkan.
2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan
biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan
masukkan sekali air gula yg telah sejuk
tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan
perap selama 1 jam.
5. Lenserkan loyang 10x10x3 inci dengan
sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm
loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus
adunan selama 40 minit.
6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di
potong dgn menggunakan pisau tajam
dengan cara spt gergaji kedepan ke
belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih
yg di gaul dengan sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 minit.
Memang sesuai dimakan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Rindu nak makan apam kampung gula merah. Dulu masa kecik2, sebelum tidur selalu tengok mak adun bahan apam untuk dibuat sarapan. Esok pagi, terhidang seloyang apam kampung gula merah!
BalasPadamTerima kasih Amie, sudi singgah sini.
PadamItulah... kenangan dulu-dulu, mak saya pula dulu-dulu suka buat kuih apam juga. tapi bukan apam gula merah, yang warna putih je, berbentuk 3 segi pulak. Makan dengan nyok sedap...