Ahad, 28 Julai 2019
Kuih Apam Nasi
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu buat sahabat semua, moga ceria dan bahagia selalu.
Hari ni tak kemana-mana, jadi kita buat kuih yg mudah2 je la buat minum petang hari ni.
Rupanya sedap pulak kuih apam nasi kali ni, cukup2 je manisnya. Bila makan dengan kelapa parut yg lemak-lemak gitu, memang sedap. Buat setengah adunan je... Menyesal pulak buat sikit. Sekali hadap je dah habis. Tak cukup rupanya, lain kali boleh buat lagi.
Saya cuba dari resepi Yati Memories, terima kasih resepinya. Saya kongsikan resepinya disini pula ya...
Resepi Kuih Apam Nasi
Bahan-bahannya:
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur
(masukkan air sedikit-sedikit... blend
sampai halus).
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya
dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi
ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga
sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya
dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama
15 minit...
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul
dengan sedikit garam... atau enak dimakan
begitu saja.
Sesuai dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan