Isnin, 22 Julai 2019

Agar-agar Sirap Bandung


Assalamualaikum...

Bersua lagi di hari ini, semoga semuanya sihat-sihat selalu.

Dah lama tak update blog kesayangan ni... bukan berarti saya jarang memasak. Cuma masak yang simple-simple je. Kadang-kadang menu yg sama diulang-ulang. Kalau dah takde idea baru cuba masak menu yang baru.

Lama tak masak kuihhari ni terajin pulak buat agar-agar sirap bandung. Kebetulan ada agar2 kat dalam simpanan.



Resepi Agar-agar Sirap Bandung 

Bahan-bahan:


sepeket agar2 bertali
6 cawan air 
1 1/4 cawan gula
1 sudu besar sirap rose
1 tin susu cair




Cara memasaknya:

1. Basuh agar agar, masak dengan air tadi
   sehingga menjadi hancur/jernih.

2. Tapiskan utk buang bendasing, masukkan 
   gula dan sirap rose tadi, biar sampai 
   gula hancur.

3. Masukkan susu cair ~ didihkan sekejap.


4. Masukkan dalam bekas, biarkan sekejap 
   di luar, agak suam dan beku sikit...
   baru masuk dalam fridg.


Sedap dimakan ketika sejuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan