Assalamualaikum... selamat malam.
Hari ni merajinkan diri buat puding roti kurma versi kukus. Disebabkan lebihan roti yang tinggal setengah lagi tak terusik. Sayang, daripada nantinya berkulat dan akan dibuang begitu saja, jadi saya buatkan puding roti kukus.
Oleh kerana tak ada kismis, jadi saya letakkan buah kurma. Sekarang ni dah nak dekat puasa, jadi senanglah nak dapatkan kurma kat mana-mana pasaraya.
Saya ambil resepi dari blog Fiza LGK, tapi saya buatkan setengah adunan sahaja disebabkan bahannya pun terhad. Memang sedap pudingnya kalau dikukus, tapi saya rasa lebih sedap lagi kalau dibakar. Nanti kita cuba versi bakar pula. Terima kasih Fiza resepinya, saya sharekan pula disini ya...
Puding Roti Kurma
Bahan-bahan:
Bahan A
6 keping roti
2 sdb mentega (dicairkan)
1/2 cawan kurma dihiris
Bahan B
4 biji telur
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor
1 sdt serbuk kayu manis
1 sdt esen vanilla
1. Panaskan pengukus.
2. Carik-carikkan roti dan atur dalam loyang.
Tuang mentega cair ke atasnya dan taburkan
dengan kurma.
3. Di dalam bekas lain putar telur, susu,
gula kastor, serbuk kulit kayu manis dan
esen vanilla sehingga sebati dan gula
hancur.
4. Tuang adunan yang dipukul tadi ke atas
roti, dan pastikan rotitersebut tenggelam
dan terendan di dalam adunan tersebut.
5. Bakar selama 45 minit (api atas bawah).
Sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk
disajikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan