Khamis, 30 Mei 2019
Biskut Tat Nenas Gulung
Assalamualaikum...
Baru je selesai membakar biskut tat nenas gulung. Kali ini saya cuba resepi dari FB Suhaila Azhar. Memang nampak gebu biskutnya.
Belum pun selesai membakar si kecik dok ulang makan biskutnya. Memang sedaplah tu nampak gayanya.
Jom tengok resepinya...
Resepi Biskut Tat Nenas Gulung
Bahan-bahan:
1 ketul butter 250 gm *
1 sdb minyak sapi *
1 sdb gula aising *
2 biji kuning telur *
sedikit pewarna kuning telur *
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung kastad
2 sdb tepung jagung
jem nenas secukupnya ( beli yg dah jadi)
Cara membuatnya:
1. Mula2 gaul sebati bahan yang bertanda *
guna senduk.
2. Kemudian masukkan tepung gndum, tepung
kastad dan tepung jagung.
3. Uli kesemua bahan hingga tidak melekat di
tangan. Kalau lembik tambahkn tepung
gandum sedikit.
4. Kemudian terapkan, letak inti dan glaze
kuning telur. (Glaza: 2 biji kuning telur,
1 sudu air dan beberapa titis pewarna
kuning dikocok sebati dan sapu atas tat
sebelum dibakar.
5. Seterusnya bakar selama 30 minit pada suhu
180C menggunakan api atas bawah atau
sehingga garing.
6. Bila biskut dah sejuk simpan didalam bekas
kedap udara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terimakasih banyak informasinya gan,.. http://bit.ly/2WTffwW
BalasPadamSama-sama Barracuda Essen... dan terima kasih juga sudi jengah ke blog saya.
Padamtak makan biskut nie sebab tak boleh makan nenas.. hehehe..
BalasPadamAduhai ruginya Sha tak leh makan... kuih paling sedap ni. Tapi sekarang intinya boleh diganti dengan epal, strawbery dan ada juga letak coklat.
Padam