Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Isnin kelmarin kami sempat lagi jalan-jalan ke Bentong, Pahang. Tak rancang pun nak mandi sungai, sebab selalunya kalau dirancang pasti tak akan menjadi. Melihatkan kawasan rumah sunyi je, sbb ramai yang balik kampung, maka ambil kesempatan lah bawa anak-anak mandi sungai, sambil jalan-jalan.
Kali ini jalan agak jauh sedikit. Biasanya suka ke Hulu Langat atau ke Gombak je.
Sebelum ini banyak kawasan air terjun yang kita penah lawati, Tapi air terjun Chamang ni paling best kerana punyai kawasan yang luas, sungainya agak pun besar.Pengunjungnya pun tak terlalu ramai.
Untuk pengunjung tidak dikenakan bayaran. Cuma tandas dan tempat tukar pakaian sahaja dikenakan sedikit bayaran,
kira okey lah tu.
Lihat air terjunnya cantik sangat. Tapi agak bahaya sedikit dan airnya pun dalam.
Masing-masing dah tukar pakaian dan dah tak sabar-sabar nak mandi. Sempat juga bergambar berlatar belakangkan air terjun.
Ada juga jambatan gantung lagi. Gayat juga bila naik jambatan ni, sbb bergoyang-goyang
ketika kita berjalan.
Seronoknya mereka main pasir.
Tempat nya sangat cantik dan begitu selesa, sesuailah membawa keluarga berkelah di hujung minggu untuk merehatkan
minda setelah penat bekerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan