Assalamualaikum wrh.... wbr....
Bertemu lagi di entri kali ini mengenai resepi masakan iaitu kari udang dengan keledek. Ada orang bermurah hati berikan udang besar.... alhamdulillah rezeki.... rezeki. Dekat rumah ni biasanya anak-anak memang gemar makan kari, jadi saya masakkan kari dicampur dengan ubi keledek. Memang kenalah dengan selera. Habis jugalah seperiuk nasi.
Bahan-bahan:
10 ekor udang (dibersihkan)
3 ketul ubi keledek (dikupas dan dipotong
kecil)
serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
1 biji kelapa (diambil santannya)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 pelepah daun kari
1/2 inci halia
sedikit kerisik
1 keping asam gelugur
garam dan serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan
hirisan bersama daun kari hingga wangi
dan layu, masukkan rempah kari. Biarkan
sehingga berminyak.
2. Masukkan ubi keledek, biar seketika.
Masukkan santan dan kerisik serta asam
keping. Biar sehingga mendidih.
Kemudian masukkan udang serta bahan-
bahan lain seperti garam. Perasakan ia,
jika dah secukup rasa barulah ditutupkan
apinya.
3. Siap untuk dihidangkan.
Menyelerakan ni kak...dpt pulak udang beso2 ye
BalasPadam