Ahad, 31 Ogos 2014
Nasi Tomato
Assalamualaikum wrh.... wbr.....
Salam kemerdekaan diucapkan kepada teman-teman semua, semoga kita semua berada dalam lindungan Allah selalu. Dah lama tak update mengenai resepi-resepi masakan, bukan apa mood malas datang melanda. Kalau masak pun, masakan yang simple-simple je.
Oleh kerana anak bujang pun ada kat rumah, jadi kena lah masak yang spesial sikit. Kasihan juga kalau kat rumah sewanya pun tiap hari asyik makan bungkus je, jemu katanya. Jadi hari ni saya masak nasi tomato untuk santapan keluarga dihari merdeka ni. Apa-apa pun lihatlah resepinya dulu.
Sebenarnya firstime saya masak nasi tomato ni. Biasa lah kalau ada nasi tomato, mesti ada sambal ayam.... kan. Dan saya buatkan acar timun untuk dijadikan sayurnya.
Resepi Nasi Tomato
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
sedikit minyak sapi untuk menumis
4 sdb tomato puri
2 sdb sos tomato
1 cawan susu cair
air secukupnya
kiub ayam
garam secukup rasa
Rempah empat sekawan (bunga lawang,
bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit
kayu manis)
bawang merah
bawang putih
sedikit halia.
Cara memasaknya:
1. Beras direndam dahulu selama lebih kurang
30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak sapi, masukkan rempah
4 sekawan. Kemudian masukkan bawang merah,
bawang putih serta halia yang dihiris
halus.
3. Apabila bahan tumis sudah garing, masukkan
tomato puree, sos tomato serta susu cair,
kiub ayam serta garam. Biarkan sehingga
mendidih.
4. Kemudian bahan-bahan tumis ini dimasukkan
ke dalam periuk yang berisi beras.
5. Masukkan air seperti memasak nasi biasa.
Biarkan ia masak seperti biasa menggunakan
rice cooker.
Resepi Ayam masak Merah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (di potong kecil, dicuci kemudian
diletakkan garam serta kunyit)
cili kering (dikisar)
2 sudu makan sos tomato
serai (dititik)
1 labu bawang besar*
1 labu bawang putih*
2 inci halia*
garam serta sedikit perasa
kunyit
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar halus.
2. Ayam yang diletak garam kunyit di goreng
separuh masak.
3. Panaskan minyak, masukkan serai. Tumis
bahan kisar sehingga sedikit garing,
masukkan cli kisar. Masak sehingga cilinya
garing atau naik minyak.
4. Masukkan ayam, tambahkan air supaya
tidak kering. Masukkan bahan lain seperti
garam,gula, sos tomato serta bahan-bahan
lain. Perasakan garamnya. Kalau dah okey
barulah diangkat.
Resepi Acar timun
Bahan-bahan:
1 biji timun (dipotong dan direndam dengan
sedikit air garam)
2 ulas bawang kecil (dipotong)
2 biji cili api (dipotong)
sedikit cuka
garam dan gula
Caranya:
Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.
Masukkan gula dan garam, perasakan ia.
Bila dah cukup rasa, barulah boleh dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan