Khamis, 24 Ogos 2023

Sambal Nyok Dimakan Bersama Ulam Pegaga

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya sihat selalu.

Akhir-akhir ini rajin pula saya menanam pokok-pokok ulam-ulaman. Bagus sebenarnya kalau kita suka makan ulam-ulaman ni, apalagi yang organik tanpa menggunakan baja kimia. Memang sangat bagus untuk kesihatan, awet muda gitu.


Ni lah pokok pegaga kampung yang saya tanam.

Daun ulam pegaga ni, selalunya orang makan dengan sambal belacan. Kalau rajin lagi boleh buat kerabu, memang sedap. Kali ni saya buat sambal nyok pula untuk dimakan bersama ulam pegaga.

Apa-apa pun jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

1 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering (disangai)
1/2 inci kunyit
3 biji cili api
2 biji cili kering
gula dan garam serta sedikit perasa jika suka.


Cara membuatnya:

1.Tumbuk bawang, kunyit dan cili api 
  serta cili kering..

2.Bila dah sedikit halus, masukkan 
  udang kering. tumbuk lagi. Masukkan 
  garam, gula serta serbuk perasa 
  jika suka.

3.Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi 
  sehingga bahan-bahan bercampur rata.

4.Dah siap boleh disangai sebentar 
  jika suka. Juga boleh dimakan terus 
  bersama ulaman.


Sedap dimakan bersama nasi panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan