Selasa, 4 Jun 2019
Ketupat Rendang Raya
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Alhadulillah... tamatlah sudah Ramadhan kali ini. Besok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam setelah penat berpuasa sebulan. Jadi besok adalah Hari Raya Aidil Fitri.
Hari ni semua orang sibuk membuat persiapan pelbagai juadah untuk hari raya esok. Tak ketinggalan juga saya pun menyediakan ketupat rendang untuk hidangan di hari raya.
Inilah menu yang selalu saya akan sediakan tak kira lah jika beraya sendiri atau beraya dikampung.
Raya kali ini saya beraya di Shah Alam dulu, raya ke 3 baru akan berangkat ke kampung sekalian menghantar 2 anak balik ke asrama di Kedah.
Resepi Ketupat Daun Palas
Bahan-bahan:
Daun palas (dibuat kelongsong dahulu)
2 kg beras pulut
santan (dari 3 biji kelapa)
garam
daun pandan
Cara membuatnya:
1. Santan diperah diambil kepala santan(yg
pekat).
2. Beras pulut dicuci bersih.
3. Masak santan didalam kuali, masukkan garam
serta daun pandan. Masak sehingga
mendidih atau sampai sedikit berminyak.
4. Masukkan beras pulut. Kacau sehingga ia
kering.
5. Angkat dan biarkan sebentar. Kemudian
barulah proses membalut ketupat.
6. Apabila semua ketupat siap dibalut,
rebuslah ketupat dengan air yang hampir
penuh. Biarkan ia mendidih dan tunggulah
sehingga airnya kering.
7. Bila air dah kering menunjukkan ketupat
sudah masak. Angkat dan toskan serta
dinginkan.
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam
cili kering*
bawang besar*
bawang merah*
halia*
serai*
lengkuas*
kunyit hidup*
kerisik
santan
daun kunyit (dihiris halus)
garam, gula serta perasa jika suka
(semua bahan di atas ikut terpulang kepada kita nak sedap letak bahan banyak2).
Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong dan dicuci bersih.
2. Semua bahan yang bertanda * dikisar halus.
3. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar
ayam serta kerisik ke dalam kuali. Biarkan
sehingga mendidih.
4. Masukkan santan serta garam, gula serta
perasa jika suka. Masak sehingga rendang
menjadi kering. Sekali sekala hendaklah
dikacau supaya bawahnya tidah hangit.
Sebelum tutup api, taburkan dengan daun
kunyit yang dihiris halus.
Selamat mencuba...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan