Jumaat, 10 Februari 2017

Nasi Lemak Ayam Berempah


            Assalamualaikum...wrh... wbr...

       Hari ni nak cerita pula mengenai masakan untuk sarapan pagi ni. Sempat pula masak nasi lemak, sambal ikan bilis serta ayam berempah yang mudah caraku sendiri. Jom tengok resepinya...


Resepi Nasi lemak

Bahan:
2 cawan beras
2 helai daun pandan
1 inci halia (diketuk)
santan secukupnya
air mengikut sukatan masak nasi biasa
sedikit garam

Cara memasak:
1. Beras dibasuh hingga bersih masukkan ke        dalam periuk.
2. Masukkan santan bersama air secukupnya        seperti memasak nasi biasa.
3. Letakkan daun pandan yg disimpul, garam        serta halia yg diketuk.
4. Masak didalam rice cooker seperti memasak      nasi biasa.



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:
ikan bilis
cili kering
belacan
air asam  jawa
 5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Tumis bawang merah serta bawang putih          dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Masukkan cili giling serta sedikit belacan,    biarkan sehingga cili masak (berminyak)
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan          seketika.
4. Kemudian masukkan pula ikan bilis, bawang      besar hiris, Biarkan sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan gula, garam serta        sedikit perasa. Bila dah masak bolehlah        diangkat.


Resepi Ayam Berempah:

Bahan-bahan:
ayam (ikut suka berapa banyak nak)
cili kering (ikut kepedasan)
Bawang besar 
halia 
serai
sedikit serbuk kunyit
garam
sedikit gula/perasa (jika suka)

Caranya:
1. Ayam dicuci bersih, masukkan dalam satu        bekas. 
2. Blendkan bawang besar, cili kering, halia,    serai serta kunyit. Kemudian masukkan          ke dalam ayam tersebut.
3. Letak garam gula serta sedikit serbuk          perasa. Perapkan sehingga ia sebati.
4. Kemudian goreng didalam minyak panas,          angkat dan toskan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan