Assalamualaikum wrh... wbr...
Hari ni nak cerita pula tentang masakan iaitu masak lemak sotong dgn kacang buncis. Ada sotong ada kacang buncis, tapi tak tahu nak masak apa. Biasanya saya masak sotong goreng kunyit je... Jadi, kali ni saya cuba masak lemak pula sebab kebetulan ada santan lebihan sebelumnya.
Siap bertambah2 nasi pula, apalagi dimakan bersama ikan goreng serta ulam-ulaman beserta sambal belacan.
Jom tengok cara masaknya...
Resepi masak lemak sotong dgn kacang buncis
Bahan-bahan:
5 ekor sotong saiz sederhana (dipotong gegelang)
kacang buncis (ikut keperluan)
sebiji tomato (dibelah 4)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 cawan pati santan
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa
Bahan ditumis:
2 sdb minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg serai (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1. Sotong digaul dengan serbuk kunyit,
ketepikan.
2. Panaskan minyak dlm kuali, masukkan serai
terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan
bawang besar, bawang putih serta halia.
Biarkan sehingga naik bau dan bawang
kekuningan.
3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau
selama 1 minit. Kemudian tuangkan santan
dan kacau lagi. Sekiranya kuah agak pekat
boleh ditambah dengan air.
4. Masukkan kacang buncis, tomato, cili merah
dan cili hijau.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Bila sudah
masak bolehlah dimatikan apinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan