Jumaat, 10 Februari 2017
Nasi Lemak Ayam Berempah
Assalamualaikum...wrh... wbr...
Hari ni nak cerita pula mengenai masakan untuk sarapan pagi ni. Sempat pula masak nasi lemak, sambal ikan bilis serta ayam berempah yang mudah caraku sendiri. Jom tengok resepinya...
Resepi Nasi lemak
Bahan:
2 cawan beras
2 helai daun pandan
1 inci halia (diketuk)
santan secukupnya
air mengikut sukatan masak nasi biasa
sedikit garam
Cara memasak:
1. Beras dibasuh hingga bersih masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan santan bersama air secukupnya seperti memasak nasi biasa.
3. Letakkan daun pandan yg disimpul, garam serta halia yg diketuk.
4. Masak didalam rice cooker seperti memasak nasi biasa.
Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
ikan bilis
cili kering
belacan
air asam jawa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah serta bawang putih dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Masukkan cili giling serta sedikit belacan, biarkan sehingga cili masak (berminyak)
3. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan seketika.
4. Kemudian masukkan pula ikan bilis, bawang besar hiris, Biarkan sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan gula, garam serta sedikit perasa. Bila dah masak bolehlah diangkat.
Resepi Ayam Berempah:
Bahan-bahan:
ayam (ikut suka berapa banyak nak)
cili kering (ikut kepedasan)
Bawang besar
halia
serai
sedikit serbuk kunyit
garam
sedikit gula/perasa (jika suka)
Caranya:
1. Ayam dicuci bersih, masukkan dalam satu bekas.
2. Blendkan bawang besar, cili kering, halia, serai serta kunyit. Kemudian masukkan ke dalam ayam tersebut.
3. Letak garam gula serta sedikit serbuk perasa. Perapkan sehingga ia sebati.
4. Kemudian goreng didalam minyak panas, angkat dan toskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan