Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua... semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Kelmarin Hari Sabtu... sempat juga kami sekeluarga jalan-jalan ke Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson. Biasanya sehari atau dua hari sebelum berpuasa kita akan membawa anak-anak pergi berkelah atau mandi manda di laut atau di sungai. Sekurang-kurangnya dapatlah releaskan tension setelah penat bekerja dan yang penting bagi anak-anak seronok lah sikit sempena cuti sekolah ni.
Masing-masing seronok dapat mandi-manda kat laut. Si kecik pun tak melepaskan peluang untuk mandi bersama.
Pantainya cantik juga. Memang saja je pergi kat tempat yang tak ramai orang, taklah pening sangat lagi pula bawa anak kecik.
Anak-anak bergambar kat banana bot. Walaupun tak dapat naik, dapat bergambar pun jadi lah.
Dari tempat kita lepak kelihatan hotel terapung tu. Bestnya kalau dapat menginap kat situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan