Sabtu, 25 Jun 2016

Menu Berbuka 20 Ramadhan 2016


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bersua lagi di hari ini hari Sabtu, hari ni dah 20 hari kita berpuasa.  Hanya tinggal 10 hari lagi untuk kita menjalani ibadah puasa. Dan sekarang ibu-ibu rumahtangga dah mula sibuk membuat persiapan untuk hari raya nanti.

      Menu berbuka puasa hari ni, kita berbuka ala-ala western pula. Ya lah tiap hari asyik  berbuka dengan nasi je, apa kata sekali-sekala kita ubah selera pula. Hari my hubby rajin pula beli daging serta barang-barang untuk dibuat lambchop.


     Untuk berbuka hari ini saya masak lambchop, coleslow Kentang goreng, salad kentang serta air sirap limau sebagai penghilang dahaga.
 

Resepi lambchop

Bahan-bahan:
6 keping daging kambing (dicuci bersih)

Bahan perapan:
madu 
sos lada hitam
jus lemon
sos cili
sos tomato
daun rosemary

Caranya:
Masukkan semua bahan-bahan perapan, dikacau supaya bercampur. Kemudian masukkan daging tadi, perap sekurang-kurangnya 1 jam, kemudian bakar dengan api yang sederhana. Balik-balikkan ia supaya tidak hangit. Bila sudah masak angkat dan hidangkan dengan salad, coleslow serta kentang goreng.
 

Resepi coleslow

Bahan-bahan:
1/2 batang karot (disagat)
kobis bulat (disagat)
mayonaise
sedikit garam

Caranya:
Karot serta kobis disagar kecil-kecil, kemudian gaulkan ia. Masukkan pula mayonaise, taburkan secubit garam. Gaulkan supaya ia bercampur. Siap untuk dihidangkan.
 

Resepi salad kentang mudah

Bahan-bahan:
ubi kentang (dipotong berbentuk baji)
mayonaise 
sedikit lada sulah

Caranya:
Ubi kentang yang siap dipotong di rebus hingga empuk. Masukkan sedikit garam. Bila sudah masak angkat dan sejukkan. Kemudian masukkan mayonaise serta sedikit lada sulah. Gaulkan agar ia bercampur. Siap untuk dihidangkan.


Kentang goreng:

Hanya goreng kentang yang siap dibeli hingga ia kelihatan kekuningan, angkat dan taburkan sedikit lada hitam ajishio. Siap untuk dihidangkan.
 

Resepi Air Sirap Limau.

Bahan-bahan:
sedikit perisa sirap rose
sedikit perisa limau
air gula
ais kiub
air secukupnya

Caranya:
Bancuh air gula, masukkan perisa sirap ros serta perisa limau. Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan ais kuib. Siap untuk dihidangkan.
 

Tiada ulasan:

Catat Komen