Jumaat, 31 Ogos 2018

Jeruk Pak Choy


     Assalamualaikum...

     Salam dihari Sabtu yang indah, semoga semuanya berbahagia selalu disampin keluarga tercinta.

     Tergoda juga dengan jeruk pak choy yang dipaparkan oleh blog FHA Selemak Santan, jadi saya pun cuba buat. Kebetulan kemarin kepasar, terlihat sayur pak choy yang segar-segar.



      Sebenarnya belum pernah merasa makan sayur jeruk ni, tapi teringin juga nak merasa. Biasanya sayur jeruk ni ada dijual dipasar-pasar, tapi dijual oleh mereka yang berbangsa Cina. Lebih elok kita buat sendiri agar terjamin kebersihannya. Sayur jeruk ni kita boleh dimasak asam pedas.

     Terima kasih kak Fauziyah sharing cara buat jeruk pak choy, saya simpan resepinya di sini pula ya...



Resepi jeruk Pak Choy

Bahan A
Sayur pak choy secukup nya.

Bahan B
1 cawan gula putih atau gula organik
1 cawan cuka epal *saya guna cuka makan biasa saja
5 1/2 cawan air biasa
3 sdb garam

Bahan C
Air sejuk bersama ketulan ais



Cara menyediakannya:

1. Sayur pak Choy di bersihkan dahulu.

2. Satukan air, cuka, gula dan garam ke dalam
   bekas yang besar , balang atau 
   tupperware.  Kacau sehingga gula dan garam
   larut dan ketepikan.
3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
   bersama ketulan ais.
4. Dalam masa yang sama, masak air sehingga 
   mendidih.
5. Celur sayur selama 30 saat atau lebih 
   sikit bergantung pada saiz besar batang 
   daun.
6. Toskan air dan rendam sayur dalam air
   sejuk, sehingga suhu panas sayur turun/
   sejuk
7. Toskan dalam penapis atau perah sayur
   perlahan-lahan untuk keluarkan air lebihan
8. Masukkan sayur ke dalam balang/bekas 
   plastik yang berisi larutan cuka tadi.
   Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.

* Jeruk sayur ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan.



Isnin, 27 Ogos 2018

Jalan-jalan ke Air Terjun Serendah


    Assalamualaikum...

    Selamat malam sahabat hati semua, semoga kalian semua berada dlm lindungan Allah selalu. 

    Kali ni nak cerita mengenai jalan-jalan dihujung minggu kelmarin. Biasalah time-time cuti sekolah tak tahu nak kemana, dok rumah boring tak ada kegiatan apa-apa. Jadi kita jalan-jalan je ke air terjun Serendah.

    Firstime pergi ke air terjun Serendah. best juga on the way nak ke air terjun, lalu ikut perkampungan orang asli. Damai je rasa kalau tinggal di kampung.



     Lihat air terjun best jugak. Tapi ramai sangat pengunjungnya. Maklumlah time cuti sekolah, mestilah ramai orang.



Kalau mereka yang ada anak kecil, bolehlah dibawa ke sini. Airnya pun tak dalam.




     Kita tak mandi manda pun just duduk rehat-rehat je... lain kali bolehlah datang berkelah dan mandi manda di sini.


Rabu, 22 Ogos 2018

Salam Aidil Adha 2018


              Assalamualaikum sahabat hati yang dikasihi Allah swt...

    Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada semua sahabat yang mengenali saya. Maaf zahir bathin. Semoga dibulan yg mulia ini memberi kita kesedaran dan memahami apa itu erti pengorbanan.


    Gambar kenangan di Aidil Adha. Raya Aidil Adha kali ini tak balik kampung, cuma berhari raya ke rumah emak saudara je...




Bersama saudara sebelah suami.


Si kecik juga sebok nak bergambar.


Jumaat, 10 Ogos 2018

Lempeng Durian


          Assalamualaikum...

Pagi tadi dok pikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Tetiba terlintas dihati, kat dalam freeser ada lagi durian yang masih berbaki. Jadi lebih baik saya buatkan lempeng durian.

So... hari ni dapatlah makan lempeng dengan kopi O panas-panas. Memang best. Jom tengok resepi lempeng durian ringkas style saya.


Resepi Lempeng Durian

Bahan-bahan:
Isi durian
tepung gandum
sedikit gula
sedikit garam
susu cair secukupnya
sedikit air


Cara membuatnya:

1. Semua bahan dimasukkan ke dalam satu
   bekas, kemudian blender biar sebati.
2. Panaskan kuali non steak dengan api yang 
   perlahan, masukkan satu senduk bancuhan
   lempeng. Ratakan, kemudian tutupkan
   sebentar supaya ia masak.
3. Terbalikkan lempeng tadi supaya masak
   sekata. Kemudian barulah diangkat. Buat
   seterusnya sehingga habis.


Sedap dimakan bersama kopi O atau teh O panas.


Ahad, 5 Ogos 2018

Rendang Udang


      Assalamualaikum...

Selamat petang... 
semoga semuanya ceria2 selalu di hujung minggu ini.

Hari ni teringin pula nak makan rendang udang. Udang yg kelmarin beli masih lagi berbaki setengahnya. Jadi, saya cubalah masak rendang udang Masak My Style, oleh Amy Tashiana. Memang sedap... apalagi dimakan bersama nasi panas-panas.


Resepi rendang udang

Bahan-bahan:
1/2 kilo udang
cili blender
2 inci kunyit hidup*
2 inci lengkuas*
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 batang serai (dititik)
sedikit kerisik
santan secukupnya
daun kunyit serta daun limau purut
garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar,
   kemudian masukkan cili kisar. Biarkan
   sehingga berminyak.
2. Masukkan santan, kemudian kerisik, biarkan
   sehingga mendidih.
3. masukkan udang, kemudian perasakan dgn
   garam dan gula. Akhir sekali masukkan daun
   limau dan daun kunyit yang dipotong kasar.
4. Bila dah secukup rasa barulah diangkat.


Tips: Jangan masak udang terlalu lama, nanti udangnya akan mengecut, dagingnya akan menjadi keras.