Memaparkan catatan dengan label masakan lauk pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan lauk pauk. Papar semua catatan

Jumaat, 14 November 2025

Masak Asam Rebus Ikan Tenggiri Untuk Lunch Hari Ni

 

Assalamualaikum...

Salam dipetang Jumaat yang penuh berkah ini, moga kawan-kawan happy selalu.

Balik kerja tengahari tadi singgah kat Wholefood berhampiran rumah, beli daun kesum dan barang-barang yang lain untuk masak hari ni. Kalau ikan memang dah ada tersedia kat dalam frezer.

Hari ni saya masak asam rebus ikan tenggiri, ikan kembung goreng, ulam terung rebus serta timun, juga sudah semestinya sambal belacan.





Masak asam rebus ikan tenggiri dicampur dengan buah timun serta tomato.

Ikan kembung goreng.



Ulam terung rebus serta timun.



Tak lengkap kalau tak dak sambal belacan.



Juga buah tembikai kuning buat pencuci mulut.

Dah habis je masak, baru si kakak Norhaida yang belajar kat USIM whatsup nak balik petang ni. Oh... patutlah terasa rajin masak hari ni, rupanya si kakak nak balik.





Rabu, 12 November 2025

Masak Kari Ikan Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaimkum...

Selamat petang kawan-kawan semua.

Lama tak bercerita tentang masak-memasak. Lepas balik dari kerja, terasa lapar sangat hari ni. Letak beg, tukar uniform terus bersilat kat dapur. Masak nasi, keluarkan ikan serta barang-barang yang hendak dimasak. Sambil-sambil tunggu ikan cair terus kucar kopi sihat VCafe satu cawan, makan dengan roti bakar disapu dengan peanut butter. Barulah hilang rasa lapar sikit. Lepas tu baru sambung masak semula.



 Lama tak masak kari ikan. Hari ni saya masak kari kepala ikan dicampur dengan buah terung, ikan goreng, sambal belacan serta ulam dipetik di belakang rumah.




Buat kari pekat-pekat baru sedap makan.


                  

Ikan goreng dua ketul je untuk 3 beranak makan. 



Ulam pula pucuk kaduk, bayam brazil dan ginseng jawa.



Seperti biasa sambal belacan tidak dilupakan.




Khamis, 11 September 2025

Menu Hidangan Makan Tengahari


 Assalamualaikum...

Ibu-ibu masak apa hari ni untuk makan tengahari. Kalau saya, biasalah kalau hari yang tak sibuk, saya lebih suka masak saja kat rumah.

Masak pun menu yang mudah saja, tidak mengambil masa yang lama.



Hidangan makan tengahari ni, saya masak ayam goreng kunyit, sayur campur kobis, sawi, dan karot. Ulam pula ada timun dan sayur hijau yang dipetik kat belakang rumah. Tak lupa juga sambal bawang ikan bilis.



Untuk ayam goreng kunyit ni, mudah saja cara masaknya. Ayam dipotong agak kecil, kemudian dibersihkan. Letak garam kunyit, gaulkan.

Panaskan sedikit minyak, masukkan ayam tadi. Kacau dan tutupkan tudung supaya cepat masak. Sekali sekala dikacau supaya tidak hangit. Bila ayam tadi dah keluar minyak. Masukkan sedikit sos tiram. Kemudian masukkan pula bawang besar dan cili besar yang dihiris.

    Kacau sebentar, barulah tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.



Untuk sayurnya pula saya tumis seperti biasa.


            

Ulamnya ada ulam timun, pucuk daun kaduk, daun ginseng jawa dan sedikit daun beluntas.



    Untuk sambalnya pula. Biasanya saya buat sambal belacan biasa. Tapi kali ini saya terpaksa tumis disebabkan tak ada belacan, kehabisan stok.

Jadi saya masukkan cili besar, cili api, bawang merah, bawang putih serta sedikit ikan bilis. Saya guna chopper je untuk kisar.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan juga asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Goreng sehingga berminyak, barulah ditutupkan apinya. Siap untuk dihidangkan.



Sabtu, 6 September 2025

Menu Masakan Tengahari

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang mendung-mendung seperti nak hujan ini. Selamat petang sahabat semua. Mak-mak semua yang berada di rumah masak apa hari ni untuk santapan di tengahari.

Hari ni saya masak yang mudah saja. Bila dah takde idea nak masak. Masak apa yang ada saja kat dalam peti ais, ayam goreng kunyit, sayur kobis goreng bersama telur dan ulam timun.




Menu yang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Yang penting perut dapat diisi.



Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil)

bawang besar (dihiris bulat)

1 batang cili merah

sedikit sos tiram

garam

kunyit serbuk

sedikit minyak untuk menggoreng


Cara memasak:

1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit, perap seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan ayam. Ditutup tudung kuali supaya ayam cepat masak. Goreng hingga ayam masak atau sehingga keluar minyak.

3. Masukkan sos tiram, digoreng sebentar. Kemudian masukkan cili serta bawang yang dihiris.

4. Bila bawang dan cili agak layu baru tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.





Resepi Kobis goreng bersama telur

Bahan-bahan:

kobis (dihiris)

1 biji telur

bawang merah

bawang putih

1 biji cili merah (dihiris)

sedikit ikan bilis

sedikit minyak untuk menumis

garam, gula dan perasa

Caranya:

1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah serta bawang putih hingga kekuningan. Masukkan ikan bilis, kemudian masukkan pula kobis. Goreng hingga kobis sedikit layu.

2. Masukkan garam, gula dan perasa. Pecahkan sebiji telur. Goreng lagi hingga masak.

3. Masukkan cili merah potong. Goreng sebentar. Tutupkan api, barulah diangkat untuk dihidangkan.


Sabtu, 29 Mei 2021

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...
Lama tak update blog yang satu ni, kali dah kembali merajinkan diri update my blog.

Hari ni terasa rajin pulak masak asam pedas ikan pari campur kacang bendi. Biasanya masak yang ringkas-ringkas je, malas nak ambil gambar bagai.

Jomlah tengok resepi asam pedas versi saya.




Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

ikan pari
1 biji timato
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak masak
daun kesum
serai dititik

Bahan kisar:
cili merah
bawang besar
bawang putih
sedikit lengkuas



Cara memasaknya:

1. Ikan dipotong dan dibersihkan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik baunya dan berminyak.

3. Masukkan air asam jawa dan air, renihkan hingga mendidih.

4. Masukkan serai, ikan, daun kesum, bendi, biarkan sehingga mendidih.

5. Masukkan garam, gula serta peras jika suka.

6. Masukkah tomato, perlahankan api dan biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut. Angkat dan hidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Rabu, 7 Ogos 2019

Sotong Kukus Thai


Assalamualaikum...

   Selamat petang. Moga semuanya sihat selalu.
hari ni pergi ke pasar segar berdekatan rumah , terlihat sotongnya agak besar. Jadi belilah  sedikit, teringin nak makan sotong kukus sos thai.



Resepi Sotong Kukus Sos Thai

Bahan-bahan:

3 ekor sotong saiz besar
lengkuas
serai 
daun ketumbar
bawang putih

Cara membuatnya:

1. Kelar sotong dan cuci bersih-bersih.

2. Letakkan sotong dalam bekas, masukkan 
   lengkuas, serai, akar daun ketumbar 
   serta bawang putih.

3. Kukus sotong hingga masak, angkat dan 
   buangkan airnya.



Bahan sosnya

1 sdb gula
3 sdb air perahan jus limau
2 1/2 sdb sos ikan
1 ulas bawang puti h
cili api (dipotong )
daun ketumbar
daun pudina

Cara buat sos

1. Masukkan gula, air limau, sos ikan,
   bawang putih, cili api. Kacau  hingga
   bercampur.

2. Tuangkan sos ke atas sotong yang dikukus
   tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina.
   Siap untuk dihidangkan.




Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.




Rabu, 31 Julai 2019

Pajeri Terung Nenas


       Assalamualaikum...

Selamat Petang, semoga semunya sihat selalu.

Ini menu beberapa hari yang lepas, baru harini dapat update. Masak pajeri nenas mulanya, kebetulan ada sedikit terung jadi saya masukkan lah sekali.

Biasanya kalau masak pajeri, disimpan besoknya baru kita makan barulah  sedap. Dan diganding kan pula dengan ikan kering atau ikan masin goreng... memang terangkat. Silap-silap mak mertua lalu pun tak nampak, hhhe...



Resepi Pajeri Nenas Dan Terung


Bahan A

1 biji nenas, dipotong ikut suka
Santan secukupnya
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa  
Udang kering

Bahan B – bahan 
hiris

1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan C


1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar rempah kari




Cara cara memasaknya:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan 
   bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga 
   wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris
   jika mahu terasa bawang dalam kuah). 

2. Masukkan rempah kari yang digaul dengan
   air. Goreng hingga garing.

3. Masukkan udang kering dan masakkan 
   sebentar.

4. Masukkan santan dan garam serta gula 
   merah/pasir. Masukkan nenas yang telah 
   dicelur serta terung yang telah  dioreng
   terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan 
   kerisik.

5. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 

6. Perasakan, bila dah  cukup rasa 
   barulah  diangkat.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas bersama ikan kering atau ikan masin.