Jumaat, 5 Jun 2026

Santai - Santai Di Pantai Teluk Chempedak

 Assalamualaikum…

Apa khabar anda semua, moga sihat selalu. Masih lagi mengenai cerita kenduri kelmarin. Setelah habis je acara kenduri, kami sempat lepak-lepak santai di Pantai Teluk Chempedak sambil menikmati prmandangan laut. Menjelang petang orang pun semakin ramai. 




L





L

.

.

Best juga sekali sekala dapat lepak ditepi pantai. Lebih kurang pukul 5 petang kami bertolak balik ke Rawang.




Sabtu, 30 Mei 2026

Majlis Perkahwinan Anak Saudara Sebelah Perempuan

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu, moga semuanya baik-baik saja di ketika ini.

Alhamdulillah... pagi-pagi dah turun hujan. Tak lah terlalu panas sangat hari ni, hujan di awal pagi.

Ni cerita semalam... Semalam hari Sabtu 30hb Mei 2026, adalah majlis kenduri anak sedara di sebelah pihak perempuan di Kuantan, Pahang. Maka saudara mara turun ke Kuantan. Ada yang tinggal di homestay.

Kami malas nak dok homestay, jadi kami bertolak ke Kuantan di awal pagi. Alhamdulillah... perjalanan lancar saja, walaupun ada jalan yang jem sikit. Kami sampai ke rumah kenduri lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Sempatlah berarak bersama pengantin lelaki.

Share gambar kenangan di sini.






Photo pengantin beserta keluarga selepas majlis akad nikah.








Gambar keluarga pengantin lelaki.


Kaum keluarga pengantin lelaki. Ramai betul sampai penuh pelamin.


Acara potong kek.







Bergambaq bersama emak saudara dari Rompin, Pahang.



Sebelum balik bergambar bersama mak dan bapa pengntin lelaki.

Selamat Pengantin Baru Mohd Asyraf Bin Mohd Fadzil dan Nurul Adiha Zulaikha binti Solehudin, semoga ikatan perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat, melahirkan keluarga sakinah mawaddah warahmah.







Khamis, 28 Mei 2026

Masak Bihun Sup Ayam

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Hari ni adalah hari raya kedua Aidil Adha. Mungkin ada yang masih bertandang di rumah saudara di hari raya kedua ini. Masak menu apa untuk makan tengahari ni.

Hari ni kebetulan adik dari Kedah datang ke rumah, maka saya masak bihun sup ayam.




Gabungan bihun supnya, sudah semestinya sup ayam, bihun, bahan rencahnya serta bawang goreng.




Bihunnya letak serbuk kunyit supaya jadi warna kuning.


Untuk memasak supnya, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai serta akar daun sup. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan rempah sup. Kemudian masukkan air secukupnya.  Masukkan juga ayam. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam serta perasa.

Keluarkan ayam, biarkan sejuk dahulu baru dileraikan isi ayam.



Untuk bawang goreng, saya hiris bawang kecil nipis-nipis, gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Kemudian baru digoreng hingga berwarna coklat.


Untuk bahan rencahnya, potongan tauhu goreng, hirisan daun bawang/daun sup, ayam yang dicarik-carik serta cili kicap. 

Untuk cili kicapnya pula, goreng cili api hijau serta bawang putih. Masukkan ke dalam copper, tambah kicap, sedikit gula serta air perahan limau. Kisar bahan hingga halus.




Alhamdulillah... mau bertambah dua tiga kali bila dimakan panas-panas.



Selasa, 26 Mei 2026

Salam Aidil Adha 2026

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam Aidil Adha saya ucapkan kepada sahabat semua. Mungkin anda tengah beraya di kampung di ketika ini, selamat menjamu selera dengan hidangan hari raya. 

Hari raya haji ni saya tak balik kampung, walaupun hari raya haji ni berada di dalam cuti sekolah, tapi saya tetap beraya di sini. Mungkin hujung minggu nanti saya dan keluarga akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara.



 


Hari Raya Haji tahun ini disambut pada hari Rabu 27hb Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447h di Malaysia. Umat Islam menyambut perayaan ini dengan mengerjakan solat sunat Aidil Adha dan melakukan ibadah korban selepasmya.

Di hari raya ini kita disunatkan melaungkan takbir, mandi sunat hari raya aidil adha, memakai pakaian terbaik dan berjalan kaki ke masjid.




Photo kenangan bersama si kakak sebelum menghantar dia ke tempat kerja.



Hidangan di hari raya kali ini ala kadarnya sahaja, tak ada rendang ketupat. Hanya ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang, serta telur rebus.





 Nasi impit, saya beli yang peket saja. Mudah dan senang, tinggal rebus je.






Kuah lodeh saya guna resepi dari youtube Che Nom. Memang sedap.




Airnya pula, minum air teh O saja.
 



Kuah kacang juga saya guna dari resepi Che Nom.




Hidangan lontong, tak ada sambal ikan bilis, gantikan dengan kuah kacang je. Itu pun sedap dah...



Raya kali ni tak ada kuih raya, beli kek dengan maruku saja lah buat makan.

Selamat hari raya aidil Adha, semoga segala ibadah korban kita akan diterima oleh Allah swt.




 

Ahad, 24 Mei 2026

Menghadiri Kursus Perakuan Mengajar Guru

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua. Moga semuanya sihar selalu. Selamat bercuti bagi semua yang tengah bercuti diketika ini. Sekarang ini dah bermula cuti penggal pertengahan tahun. Dua tiga hari lagi kita umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Cerita semalam, alhamdulillah diawal cuti saya serta sahabat disekolah, sempat menghadiri kursus perakuan mengajar anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.

Kursus diadakan pada 23hb Mei 2026, hari sabtu bertempat di dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Bermula dari jam 8.30 hingga 4.30 petang.



Dalam kursus kali ini mempunyai 3 slot

Slot 1 - Ceramah pertama
Pengajaran Subjek Aqidah

Slot ke 2 - Ceramah kedua
Pengajaran Subjek Quran

Slot ketiga - Ceramah ketiga
Pengjaran Subjek Pedagogi

Selepas setiap ceramah semua peserta yang hadir akan menduduki ujian.










Bersyukur juga dapat menghadiri kursus seperti ini, sekurang-kurangnya kita dapat menimba ilmu baru.

Sabtu, 16 Mei 2026

Majlis Kamil Sekolah Rendah Islam Zon Rawang.

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga semuanya baik-baik saja di hari ini.

Ni cerita semalam, hari Sabtu 16hb Mei 2026, di hari guru Sekolah Rendah Agama JAIS mengadakan pertandingan KAMIL untuk pelajar sekolah rendah agama zon Rawang, jadi semua pelajar yang terlibat dengan persembahan berkumpul di salah sebuah sekolah di Tasik Puteri.

Pelajar sekolah kita juga ada yang terlibat dalam persembahan. Jadi guru-guru pun turut mengiringi pelajarnya ke sana. Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar. 























       Pertandingan menulis khad lelaki.




Pertandingan menulis khad perempuaan.





Oleh kerana sekolah kita tak begitu ramai jadi, pelajar yang terlibat dengan persembahan pun tak ramai. Berbanding sekolah agama yang lain ramai yang terlibat dengan persembahan sehingga ada yang datang dengan bas.

Walaupun tak ramai tapi bersyukur juga ada seorang pelajar yang terpilih sebagai pemenang.


                                  

Tahniah Alimuddin, telah terpilih menjadi pemenang pertama dalam pertandingan Hafazan dan terjemahan.  Selepas ini akan bertanding peringkat daerah pula. Semoga kemenangan berpihak kepada beliau nanti, insyaallah.