Jumaat, 13 September 2013

Masak Lemak Tauge


            Assalamualaikum wrh wbr....

        Hari ini saya masak lemak tauge bersama tauhu. Dah lama tak makan masakan macam ni. Makan pula bersama dengan ulam serta sambal belacan. Wah nikmatnya.... Lihatlah resepinya yang serba ringkas ini.




                
Resepi Masak Lemak Tauge

Bahan-bahan:
Tauge
2 keping tauhu
4 ulas bawang merah (dihiris)
santan dari 1/2 biji kelapa
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit ikan bilis 
garam dan gula secukup rasa


Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam 
   periuk. Masukkan santan.
2. Masak atas api perlahan. Dikacau selalu 
   supaya santannya tidak pecah.
3. Masukkan garam dan perasa. Biarkan 
   mendidih. Barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.


Rabu, 11 September 2013

Kuih Serimuka Jagung


            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia dipagi ini semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Dah lama tak buat kuih. Sekali-sekala teringin pula nak makan kuih buatan sendiri. Cari punya cari resepi kuih serimuka. Teringin pula nak mencuba kuih serimuka Jagung. Jadi saya cuba dari resepi ARAH, memang sedap kuihnya. Terima kasih atas perkongsian resepinya ini. Saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.





Resepi Kuih Serimuka Jagung

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:
250 gm beras pulut
250 ml santan
1 sdk garam

Cara memasak:
1. Kesemua bahan-bahan di satukan ke dalam 
   loyang yang disapu dengan sedikit minyak 
   masak terlebih dahulu. Saya gunakan loyang 
   yang bersaiz 5x5 in.
2. Kukuskan ke dalam pengukus sehingga masak 
   selama 25 minit.
3. Apabila pulut dah masak kacaukan ia dan
   tekankan sehingga padat. Kemudian barulah 
   di tuangkan lapisan atas pula.

Bahagian atas:

2 biji telur (saya guna 1 biji sahaja)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan santan pekat
1/3 cawan susu cair
2 sdb tepung gandum
1 sdb teoung kastad
sedikit garam
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sdb jagung cream

Cara memasak:
1. Pukul telur bersama gula sehingga sebati, 
   kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
2. Kacau sekejap di atas api sehingga naik 
   wap sahaja.
3. Tuangkan ke atas pulut dan teruskan
   mengukus selama 20 minit.
4. Sejukkan dahulu barulah dipotong.


Jumaat, 6 September 2013

Agar-agar Bandung Lagi


          Assalamualaikum wrh wbr....

      Hari ini saya entrikan mengenai masakan agar-agar bandung. Agar-agar ni saya buatkan kelmarin. Anak yang kecil tu minta dibuatkan agar-agar. Katanya dah lama tak makan agar-agar. Kalau di cuaca panas terik, makan agar-agar memang best. Sejuk je tekak.... kan.





Resepi Agar-agar Bandung

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
1 cawan susu pekat manis
1 helai daun pandan
pewarna sirap ros

Cara memasaknya:
1. Masak agar-agar dengan air hingga cair. 
   Masukkan daun pandan yang disimpul.
2. Masukkan gula. Kacau lagi hingga gula
   larut.
3. Masukkan pewarna serta susu. Bila dah 
   mendidih baru masukkan ke dalam loyang 
   atau acuan yang dibasahkan dengan air 
   telebih dahulu.
4. Bila dah sejuk barulah dikeluarkan dari
   acuan atau dipotong untuk dihidangkan.


Peminat Bunga


         Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia semua teman-teman di dunia maya ini, semoga berbahagia selalu hendaknya. Minggu lepas ada jemputan open house di rumah emak saudara. Nak keluar je, terpandanglah pokok bunga yang tumbuh subur di halaman rumahnya. So, apa lagi sempatlah snapkan beberapa keping photo anak-anak. Anak-anak pun memang peminat bunga macam emaknya juga.









         Tengok tu macam-macam gaya mereka ni. Macam kat taman bunga lah pulak. Bestnya kalau di rumah ada halaman yang luas macam ni.


Isnin, 2 September 2013

Kerabu Mangga

   
         Assalamualaikum wrh wbr...

      Salam penuh keceriaan kepada teman -teman semua. Kali ini saya entrikan tentang masakan kerabu mangga. Kebetulan ada buah mangga atau orang kedah panggil buah mempelam. So,jadilah kerabu mangga untuk makan tengah hari ini.





Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
2 biji mangga muda (diparut)
secekak udang kering
3 batang kacang panjang (di potong)
sedikit kacang tumbuk
sedikit cili api (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
1 labu bawang besar (di hiris)
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Buah mangga muda diparut.
2. Campurkan semua bahan-bahan.
3. Rasa masam manisnya. Siap dihidang
   bersama nasi panas.


Jalan-jalan Ke Banting


        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada teman-teman semua. Hari minggu kelmarin, oleh kerana abang saya sekeluarga datang dari Kuantan maka kami membawa mereka jalan-jalan ke Banting. Dah lama teringin nak pergi ke tempat menjual kerepek-kerepek tu, orang cakap kat sana kerepeknya murah-murah, baru kelmarin berkesempatan ke sana.


      Memang murah sangat kerepek-kerepek kat sini. Lokasinya terletak di kampung Kancung Darat.Terdapat bermacam-macam jenis kerepek yang dijual kat sini seperti kerepek pisang,kerepek ubi, kerepek bawang, maruku 
pedas dan bemacam-macam lagi.




          Sewaktu kami sampai kelihatan ramai orang yang  datang untuk membeli kerepek- kerepek. Kelihatannya pelanggan-pelanggan yang datang ada orang-orang dekat dan ada yang datang dari jauh.



     Lihat tu, macam-macam keropok atau kerepek yang ada. Harga nya pun memang sangat murah.





      Sebelum nak beli boleh rasa dulu. Ada disediakan balang kecil untuk merasa kerepek-kerepek tersebut sama ada sedap atau pun tidak..


     Ada juga di jual dalam saiz yang besar. Ini sesuai untuk orang-orang yang berniaga.


     Memang berbaloi lah membeli kerepek dekat sini. Sambil-sambil beli kerepek bolehlah pergi berkelah atau bersantai-santai kat Pantai Morib.