Khamis, 24 Julai 2014

Ucapan Raya 2014M / 1436H


     Assalamualaikum wrh.... wbr....



            Salam ukhwah kepada teman-teman blogger semua, semoga anda semua berada dalam lindungan allah selalu. Di dalam kita berbicara, kadang kala terkeluar dari pengucapan kita perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan hati terguris, sebagai seorang hamba yang lemah ini, memang tidak dapat lari dari sifat-sifat tersebut.
       Jadi sempena Hari Raya yang bakal tiba nanti saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama saya berblog ini, terdapat kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja.

Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadirat ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Dengn uacapan salam Aidilfitri. 




Kuih Tat Nyonya


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

     Memandangkan jem nenas lebihan daripada membuat kuih tat gulung kelmarin masih lagi berbaki, daripada dibiarkan begitu saja, maka saya mencuba buatkan kuih tat nyonya pula. Kuih ini lebih mudah berbanding kuih tat gulung, hanya canaikan doh, dan terapkan dengan acuan. 


     Saya masih lagi mencuba dari resepi CHE MAT GEBU kerana resepi yang dicuba oleh beliau ni memang sedap-sedap semuanya. Terima kasih Che Mat di atas perkongsian resepinya. Izinkan saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.....ya.
 

Resepi Kuih Tat Nyonya 
  
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
4 sdb tepung jagung
3 sdb gula aising
200 gm mentega
1/2 sdk esen vanila
2 bijikuning telur
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam halus

Inti jem nenas secukupnya



 
Cara membuatnya:

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, 

   tepung jagung, gula aising dan garam halus. 
   Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan
   hujung jari hingga mendapat teksture 
   seakan-akan serbuk roti. Masukkan telur
   kuning sedikit demi sedikit sambil digaul
   rata hingga mendapat doh yang tidak melekat 
   dimangkuk adunan. Rehatkan sekejap.
2. Canai doh antara dua lapisan plastik 

   bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik 
   untuk mengelakkan doh melekat. Canai setebal
   1/2 inci, terapkan dengan acuan, dan susun
   dalam dulang pembakar.
3. Letakkan jem nenas ke atasnya. Buat hingga 

   habis dan bakar dalam oven 175 C selama 
   25 minit.
4. Pusing-pusingkan dulang yang berisi tat 

   selepas 10 minit untuk mendapatkan kuih 
   yang sama rata masaknya. Sejukkan di atas
       jaringan  dan simpan di dalam bekas kedap 
   udara.




Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya di samping menjalani ibadah puasa serta pengamalan di penghujung ramadhan ini.Hanya tiga hari lagi, umat islam akan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti.

     Masih lagi cerita tentang masakan. Hari ini, saya buatkan masak lemak cili api ikan tenggiri. Jom lihat resepinya...



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri 

Bahan-bahan:
5 potong ikan tenggiri
10 biji cili api*
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1 keping asam gelugur
1 batang timun (dipotong dan dibuang bijinya)
1 helai daun kunyit
3 cawan santan
2 batang serai (dititik)
garam dan perasa secukup rasa 

Cara memasaknya:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda *.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar serta
   serai ke dalam periuk, masak hingga
   mendidih.
3. Masukkan santan,asam gelugur serta ikan,
   daun kunyit serta timun. Sentiasa dikacau 
   supaya santannya tidak pecah minyak.
4. Masukkan garam serta serbuk perasa. 
   Perasakan  garamnya. Bila dah cukup rasa,
   bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Rabu, 23 Julai 2014

Kuih Tat Nenas Gulung


   Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Bersua lagi di entri kali ini, di penghujung Ramadhan. Saya rasa masih ada lagi suri rumah yang masih membuat persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari raya.

     Kali ini saya entrikan mengenai kuih tat nenas gulung yang saya cuba dari resepi CHE MAT GEBU. Memang sedap dan sangat gebu kuih tatnya. Pendek kata kalau makan tu susah nak berenti lah. Kalau boleh satu balang nak ngap semuanya. Terima kasih Che Mat diatas perkongsian resepinya. 

    Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya di masa akan datang.


Resepi Kuih Tat Nenas Gulung

Bahan-bahan:
230 gm mentega
400 gm tepung gandum
40 gm tepung kastad
50 gm gula ising
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila

Inti nenas secukupnya digentel kecil-kecil

Kuning telur untuk disapu 


Cara membuatnya:

1. Putar mentega dan gula hingga sebati. 
   Masukkan kuning telur dan esen vanila.
   Perlahankan kelajuan, masukkan tepung 
   sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
   lembut, tutup dengan tuala dapur bersih
   untuk dilembutkan.
2. Isi sedikit doh ke dalam acuan, tekankan. 
   Letak inti tadi dan gulung kemas-kemas.
   Letakkan dalam dulang pembakar.
3. Sapukan kuning telur atas tat tadi, dan
   bakar pada suhu 175 C selama 20-25 minit
   hingga kuning keemasan. Keluarkan 
   dari oven, biarkan 2-3 minit.
4. Alihkan ke atas jaringan dan biarkan ia
   sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.




Selasa, 22 Julai 2014

Segmen: Blogwalking Sempena Ramadhan 1435H


       Assalamualaikum wrh... wbr...
     

           Rasanya masih belum terlambat lagi saya menyertai segmen blogwalking sempena Ramadhan 1435H anjuran Ayu Insyirah ni. Sempena kita masih lagi berada dibulan ramadhan ini, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman blogger semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna daripada sebelumnya.
   Kepada teman-teman yg ingin join segmen ini, masih sempat lagi. Tarikh tutupnya 26 hb Julai 2014. Kalau nak ikut join bolehlah klik kat banner.

       

Ahad, 20 Julai 2014

Biskut Samprit Pandan


       Assalamualaikum wrh.... wbr....

    Salam bahagia teman-teman semua. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa sehingga ke penghujungnya. Namun  minggu lepas kita telah digemparkan dengan berita tragedi MH17 yang menyayat hati. Sedih rasanya melihatkan bencana yang menimpa saudara-saudara kita yang terlibat dengan nahas tersebut. Kita doakan semoga roh-roh mereka yang beragama Islam ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. dan semoga kaum keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.


    Berbalik kepada cerita masak-memasak pula, kali ini saya cuba buatkan biskut samprit bunga perisa pandan pula. Biasanya kuih samprit menngunakan perisa esen vanila. Okey juga, memang sedap rasanya. saya cuba dari resepi CHEF ZURAIDA. Izinkan saya sharekan disini ya....


Resepi Biskut Samprit Pandan

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
2 biji kuning telur
1/4 sdk pandan pes
1/4 pewarna epal hijau

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

Potongan ceri secukupnya untuk hiasan


Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan-bahan A.
2. Kemudian masukkan bahan B dan uli rata.
3. Gunakan acuan samprit bunga. Letakkan 
   potongan ceri ke atasnya.
4. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 C 
   selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, masukkan ke dalam
   bekas kedap udara.




Isnin, 14 Julai 2014

Kuih Talam Berlauk


       Assalamualaikum wrh....wbr....

     Selamat berpuasa saya ucapkan kepad teman-teman blogger semua. Saya rasa mungkin ibu-ibu atau para-para suri rumah tangga sudah mula membuat persiapan sama ada membuat kuih raya atau shopping baju raya untuk anak-anak bagi menyambut hari raya nanti. Walau apa pun jua, kenalah diingat berbelanja tu kenalah berwaspada. Belanja apa yang perlu sahaja. Jangan sampai melebihi kemampuan kita.

      Berbalik kepada cerita masak-memasak pula. Saya telah mencuba membuat kuih talam berlauk yang resepinya saya ambil dari resepi YATI MEMORIES. First time buat kuih ni, alhamdulillah ternyata menjadi dan rasa kuihnya pun sedap juga. Terima kasih Yati di atas resepinya, izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula ya....



Resepi Kuih Talam Berlauk

Bahan-bahan: ( loyang 8 inci)
1 cawan tepung gandum
3 sdb tepung jagung
3 cawan santan
1 sdk garam
1 biji telur

Cara memasaknya:
1. Kacau semua bahan dan tapiskan.
2. Sapu sedikit minyak dalam loyang.
3. Panaskan kukusan.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan
   kukuskan selama 30 minit.
5. Sejukkan dan taburkan inti serta daun
   sup dan daun bawang.
6. Potong dan hidangkan.


Bahan inti dan hiasan: 
200 gm daging ayam/ daging
2 biji ubi kentang (potong dadu)
1 labu bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 biji cili merah (dihiris halus)
1 batang karot (diparut)
daun sup/daun bawang (diracik kecil)
2 sdb minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan 
   bawang putih.
2. Masukkan rempah kari dan masak hingga 
   wangi.
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata, 
   tambah sedikit air jika perlu.
4. Biarkan semuanya masah dan empuk.
5. Sejukkan dan taburkan di atas adunan yang 
   dikukus.
6. Seandainya terdapat minyak, toskan sedikit 
   inti supaya cantik bila ditaburkan di 
   atas permukaan kuih tadi.



Khamis, 10 Julai 2014

Kuih Onde-onde atau Buah Melaka


    Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam Ramadhan kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Teringat dulu-dulu kalau puasa je, emak mesti buatkan kuih buah melaka ni, memang feberet saya. Kalau sekarang ni, dah berkeluarga, nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. Kalau tidak, tak merasa lah jawabnya.



Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sdb tepung beras
1 cawan air 
2 keping gula kerek
sedikit pewarna dan perisa pandan
kelapa parut muda
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Gula kerek dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam,
   ketepikan. 
3. Masukkan kedua-dua jenis tepung di dalam 
   satu bekas, campurkan air dengan pewarna.
   Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Didihkan air ke dalam periuk.
5. Ambil sedikit tepung, leperkan ia. Masukkan
   sepotong gula yang dipotong. Kemudian 
   gentelkan sehingga menjadi bulat. Ulangi 
   sehingga habis.
6. Kemudian masukkan ia ke dalam air
   mendidih. Apabila ia timbul, angkat dan
   golekkan ke dalam kelapa parut tadi. Siap
   untuk dihidangkan.


Sabtu, 5 Julai 2014

Agar-agar Santan Sirap Ros


       Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Bertemu lagi di entri kali ini, semoga anda semua ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai masakan agar-agar santan sirap ros. Biasalah dicuaca panas, kalau berbuka dengan sesuatu yang dapat menyejukkan tekak, kan best. Tak payah cakap banyak lagi, mailah lihat resepinya .... ya.



Resepi Agar-agar Santan Sirap Ros 

Bahan-bahan:
15 gm agar-agar tali
1 cawan gula
3 cawan air
sehelai daun pandan
1 1/2 cawan santan 
perisa sirap ros
1 biji telur
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air sehingga
   larut, masukkan gula. Biarkan sehingga 
   mendidih.
2. Masukkan  perisa sirap ros.
3. Masukkan sebiji telur di dalam mangkuk 
   santan. Kacaukan ia.
4. Masukkan santan kedalam periuk agar-agar
   tadi. Kemudian ditambah dengan sedikit 
   garam untuk menaikkan rasa lemaknya.
   Dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
5. Masukkan agar-agar ke dalam loyang atau
   acuan kesukaan yang dibasahkan terlebih
   dahulu. Biarkan ia sejuk, barulah dipotong 
   untuk dihidangkan.  


Jumaat, 4 Julai 2014

Tempe Goreng Cili


    Assalamualaikum wrh..... wbr.....

     Bersua kembali di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kali ini saya entrikan mengenai masakan tempe goreng cili.

     Di bulan puasa ni terpikir-pikir juga nak masak apa. Kalau setakat sayur bening, memang tak jalanlah. Terutama sekali ketika bersahur. Kalau ada lauk yang pedas-pedas barulah lalu makan sikit. Apa-apa pun lihatlah resepinya dulu ya....




Resepi Tempe Goreng Cili

Bahan-bahan:
1 bungkus tempe (dipotong dan digoreng)
1 batang terung ( dipotong dan digoreng
        sekejap)
secekak ikan bilis (digoreng)
sedikit petai (jika suka)
4 batang cili merah*
10 biji cili api*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 belacan*
air asam/asam keping
gula dan garam secukup rasa
minyak utk menggoreng dan menumis


Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * diblend 
   sehingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan blender 
   hingga naik minyak.
3. Masukkan air asam atau asam keping.
   Biarkan seketika, masukkan gulam garam.
4. Rasakan ia, jika dah cukup rasanya 
   barulah masukkan bahan-bahan yang 
   digoreng. Kacaukan ia, bila dah okey 
   barulah ditutup apinya. Siap untuk 
   dihidangkan.

 

Rabu, 2 Julai 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist Julai 2014


      Assalamualaikum wrh... wbr...

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/07/segmen-cik-akak-mencari-bloglist-julai.html

        Marilah kita ramai-ramai join segmen Cik Akak mencari bloglist yang dianjurkan oleh Nao Mei ini. Syaratnya pun mudah sahaja.


Tarikh tamatnya : 20 Julai 2014 (jam 8.00 pagi)