Khamis, 15 Disember 2011

Jalan-jalan ke Batu Kurau

         
         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam sejahtera kepada anda semua.....Sekarang ini kita masih lagi berada di dalam suasana cuti sekolah. Saya percaya bahawa ada di kalangan kita sibuk menghadiri majlis2 perkahwinan dan ada juga di kalangan kita bercuti bersama keluarga masing2.

     Minggu lepas saya bersama keluarga pulang ke kampung suami di Batu Kurau , Perak bersama keluarga seorang kawan dalam acara makan durian. Dalam perjalanan kami sempat singgah di Taman Reakreasi Gunung Lang, Ipoh. Cantik sangat tempatnya. Sesuai sekiranya membawa anak2 beriadah ke sana. Inilah gambar yang sempat dirakamkan......






Cantiknya  permandangan air terjun ni....

  

      Waktu malamnya pula kami menginap di chalet Kurau Stone. Okay sangat chaletnya. Harganya pun berpatutan , tak lah mahal sangat.





               Keesokkan harinya pula barulah kami ke lata Sepaneh. Di situlah tempat acara makan durian. Nah .... satu bonet kereta duriannya. Kalau tak puas makan juga, tak tahu lah.....



      Kemudian pula acara mandi-manda kat sungai 
Sepaneh. Cantik sangat sungainya. Tapi tak sempat mandi lama-lama sbb hujan dah turun.


    
              Setengah jam selepas itu, kami disuruh naik sbb datang kepala air. Air pun jadi keruh dan arus airnya sangat deras.



Crochet doily

       
           Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam sejahtera semua.... Didoakan semoga semuanya berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.


     Entri kali saya ingin memperlihatkan tentang crochet doily yg saya hasilkan. Crochet doily sebesar ini tak de lah lama sangat nak disiapkan , tapi memakan masa dua tiga hari juga lah.


Crochet doily pink colour.....





                                  Crochet doily green colour.




     Crochet doily ini menggunakan benang yang kecil. Memang rumit jugalah nak siapkan oleh kerana menggunakan benang dan jarum yang kecil.Perlu punyai banyak 
kesabaran dan ketekunan.


Jumaat, 2 Disember 2011

Bercuti ke Cameron Highlands

     
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam sejahtera kepada semua yang sudi menjengah keblog ini, semoga anda semua berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sekarang ini kita semua berada di bulan cuti persekolahan. Sudah semestinya para ibubapa juga mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke destinasi2 percutian masing-masing.


     Saya juga mengambil kesempatan di musim cuti kali ini membawa anak2 jln-jln ke Cameron Highlands. Alhamdulillah, seronok juga sekali sekala dpt bercuti seperti ini. Anak2 pun nampak happy je. Apa-apa pun layan je lah gambar yg sempat diambil....



    Jalan-jalan kat kaktus point.



           
         Suka sangat tengok pokok kaktus yg besar2 cenggini. Kalau nak tanam entah berapa lama nak membesar seperti ini.
           
    Melawat ladang strawberry, tapi buahnya tak nampak sebiji pun. Dah habis dipetik orang.




   Melawat pusat menternak lebah...





          Melawat kilang teh BOH di Sungai Palas....




Ladang teh yang sentiasa subur dengan daun-daunnya yang menghijau. Sejuk mata memandangnya.