Khamis, 31 Januari 2013

Khasiat Kacang Merah

       
          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga dihari Jumaat ini beroleh keberkatan kepada kita semua. Entri kali ini, kita ingin melihat khasiat kacang merah pula. Kadangkala kita hanya tahu memakannya tetapi tidak mengetahui khasiatnya.

      Kacang merah atau nama saintifiknya Phaseolus Vulgaris dikatakan berasal dari Peru. Kacang ini juga dikenali dengan read bean, dan ianya tidak dimakan mentah. Sebaliknya ia mestilah direbus sehingga mendidih sekurang-kurangnya 10 minit bagi membuang toksin yang terdapat dalam kacang tersebut bagi mengelakkan keracunan.  
      Kandungan yang terdapat dalam kacang ini seperti potasium fosfar, protein, zat besi, serat, folat dan zink. Kacang ini mempunyai pelbagai khasiat antaranya ia mampu mengurangkan kerosakkan pembuluh darah, menurunkan kadar kolestrol dalam darah, mengurangi kosentrasi gula dalam darah serta mengurangkan risiko kanser usus besar.



Khasiat kacang merah:
1. Mempunyai sumber serat terbaik bagi 
   merendahkan kolestrol dalam darah.

2. Kandungan seratnya yang tinngi, dapat 
   menghalang tahap gula dalam darah, 
   ianya sangat baik untuk mereka yang 
   mengidap diabetis. 

3. Selain itu ia dapat menguatkan daya
   ingatan, Thiamine atau vitamin B yang
   terdapat di dalamnya
   amat diperlukan oleh otak terutamanya untuk
   proses sintesis iaitu neotroran smitter
   yang penting untuk ingatan.

     Tidak dapat dinafikan, kacang merah ini 

mempunyai khasiat yang tersendiri, namun penggunaan atau pemakanannya perlu lah dirujuk kepada pengamal perubatan agar tidak berlakunya kemudaratan di kemudian hari nanti.

sumber-internet




Isnin, 28 Januari 2013

Bubur Kacang Merah

         
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam penuh keceriaan kepada anda semua. Kali ini saya ingin memasukkan entri tentang masakan bubur kacang merah. Okey lah juga rasanya. Bubur kacang merah ni, cara memasaknya lebih kurang sama dengan masakan bubur yang lain juga. Mai lah tengok resepinya...






Resepi Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan:

1/2 kilo kacang merah ( direndam dan 
         direbus sehingga empuk)
3 cawan santan
gula merah
gula putih (ikut kemanisan)
sedikit garam
sedikit sagu
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara memasaknya:

1. Kacang merah direndam dan direbus dengan 
   air sehingga kembang.
2. Masukkan santan, gula merah, gula putih, 
   garam, sagu, dan daun pandan yang disimpul.
   Masak sehingga mendidih.
3. Perasakan manisnya. Bila dah cukup rasa,
   bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


Khamis, 24 Januari 2013

Kenangan Percutian di Perth, Australia - Part 1

         
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Semoga baik-baik sahaja hendaknya. Entri kali ini, saya hendak mengimbau kembali kenangan percutian di masa lalu, dah agak lama juga yaitu tahun 1997. Ketika itu kami masih lagi tinggal kat 
Indonesia, di Tasik Malaya. Dari Jakarta ke Perth mengambil masa hanya 2 jam 1/2 perjalanannya. Layanlah gambarnya yang tak seberapa ni....




         Inilah bandar Perth ketika tahun 1997, sekarang ini mungkin bandar ini semakin pesat dengan bangunan-bangunannya yang cantik. Photo ni diambil dari Kings Park.








         Ini dari atas menara kat Kings Park. Sewaktu kita ke sana baru sahaja habis musim sejuk. So, tak sempat lah nak lihat taman bunga yang cantik kat Kings Park ni.









          Photo-photo kat atas tu pula sewaktu berkunjung ke Marapana Wildlife World. Dapatlah lihat-lihat serta dapat beri makan kangaroo-kangaroo yang sangat jinak.










          Ini pula ketika berkelah kat Mandurah selepas pulang dari Marapana Wildlife World. Mandurah ni, memang tempat yang cantik sangat. Memang sesuai untuk santai-santai atau tempat berkelah. Kalau musim panas pula, kat sini tempat untuk menangkap ketam.




Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul

         
                Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam Maulidur Rasul untuk semua. Semoga kita semua bertambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Hari ini adalah hari ulang tahun keputraan Nabi kita Muhammad SAW iaitu bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda adalah nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah swt bagi membimbing seluruh hamba-hambanya ke jalan yang lurus dan benar.



                                          gambar ikhsan google

           Bersempena dengan kelahiran baginda, Nabi Muhammad saw kita dituntut supaya sama-sama menghayati serta mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancarnya kecemerlangan dan kegemilangan dalam Islam. Selain itu hendaklah kita mencontohi akhlak Rasulullah saw kerana beliau adalah model sebaik-baiknya yang  patut kita contohi serta diikuti.
     Marilah kita sama-sama melafazkan selawat dengan sebanyak-banyaknya serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi saw. Semoga segala apa yang kita amalkan akan mendapat syafaat darinya serta diterima oleh Allah swt..... Amin.

      


Selasa, 22 Januari 2013

Jalan-jalan ke Pantai Morib

         
          Assalamualaikum wrh wbr......

      Salam ceria kepada teman-teman semua. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai jalan-jalan ke Pantai Morib. Cuti hari minggu kelmarin kami sempatlah jalan-jalan sambil bersantai-santai kat pantai tersebut. Dah lama juga kami tak ke sana. Pantai Morib sekarang dah banyak berubah, nampak teratur sedikit. Nampak cantik sedikit daripada dahulunya, sangat berserabut. Dah ada tempat parking, tempat kanak-kanak bemain, gerai-gerai serta kemudahan surau dan tandas untuk para pengunjung.






Ada disediakan tempat permainan untuk kanak-kanak.




         Pekena dulu cendol santan sawit kat gerai M Zack ni. Best nya.... sejuk rasanya tekak di cuaca panas terik ni.



Inilah rupanya gerai M Zack tu....







       Lihat lah pantai yang bersih dan cantik pada pandangan mata. Tapi sesuai untuk rehat dan berkelah je. Kalau nak mandi tu kurang sesuailah sebab pantainya terlalu cetek.




       Di samping tu juga adalah jualan barang-barang mainan, layang-layang serta  cenderahati.



Gerai-gerai makanan pun okey juga nampaknya.



Isnin, 21 Januari 2013

Goreng Kunyit Ayam dan Kacang Panjang

             
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia untuk semua. Semoga ceria selalu hendaknya. Entri hari ini mengenai masakan sayuran yaitu goreng kunyit ayam bersama kacang panjang. masakan ini dah biasa saya masakkan untuk keluarga. Lihat lah resepinya...






Resepi Goreng Kunyit Ayam Kacang Panjang

Bahan-bahan:
sedikit isi ayam (dipotong, dicuci dan diletak 
        garam dan kunyit)
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
karot (dipotong)
kacang panjang (dipotong)
bawang besar (dihiris bulat)
minyak untuk menumis
garam

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris 
   seperti bawang merah, bawang putih serta 
   halia.
2. Masukkan ayam yang digaram kunyit, 
   kacaukan ia. Kemudian masukkan kacang 
   panjang, karot serta bawang besar hiris.
3. Kacaukan, setelah itu masukkan garam. 
   Perasakan garamnya. Kemudian barulah 
   diangkat dan dihidangkan.


Ahad, 20 Januari 2013

Jalan-Jalan ke Muzium Insitu Jugra

       
         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam di petang Ahad atau di hari minggu, semoga sukses selalu hendaknya. Hari ini, saya bersama keluarga berkesempatan jalan-jalan ke Kuala Langat. Sekali-sekala dapat jalan ke sana kami sekeluarga meluangkan masa melawat ke Muzium Insitu Jugra. Sepertimana yang kita ketahui Bukit Jugra dahulunya merupakan pusat pemerintahan Sultan Abdul Samad. Bukit Jugra ini terletak di di Jugra, Kuala Langat, Selangor. Lokasinya berhampiran Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting.





       Muzium Insitu Jugra pada masa dahulunya merupakan tapak balai polis atau rumah pasung. Di tapak tersebut didirikan semula dijadikan muzium bagi mempamerkan artifak-artifak atau peninggalan barangan bersejarah yang digunakan pada suatu masa dahulu.





         Anak-anak tak ketinggalan bergambar kat kereta polis yang digunakan pada masa tu.





        Sebuah perigi lama yang dijumpai di kawasan Balai polis tersebut.









         Pemandangan yang cantik terlihat dari atas Bukit Jugra.




                Ini adalah rumah api yang terletak di atas Bukit Jugra. Di atas Bukit Jugra ini juga adalah tempat untuk melihat anak bulan bagi menentukan hendak berpuasa dan hari raya.


Isnin, 14 Januari 2013

Ayam Sos Hitam Manis

       
         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam Selasa kepada teman-teman semua semoga berbahagia selalu hendaknya.  Entri untuk hari ini mengenai masakan pula. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit, bila anak dah start masuk sekolah, seorang masuk darjah satu dan seorang lagi masuk kelas tadika. Maka sibuklah ibunya, menghantar dan mengambil anak-anak ni. Dan entri pun kadang ada kadang-kadang tak ada.

     Mengenai entri kali ini, saya telah mencuba resepi masakan Chef Wan, yaitu ayam sos hitam manis. Memang sedap masakan dari resepi ini. Tapi masakan saya ni tak berapa hitam sangat. Kalau nak hitam lagi kenalah tambahkan kicapnya. Almaklumlah masakan dari chef terkenal, sudah pastinya sedap. Lihatlah resepinya....





Resepi Ayam Sos Hitam


Bahan-bahan:

1.5 kg ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak masak secukupnya untuk meng-
             goreng ayam
1/2 cawan kicap
85 gm kismis hitam
1 cawan air asam jawa
gula secukupnya
2 helai daun pandan
sedikit nenas didadu
2 sudu besar daun ketumbar cincang

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2.5 cm lengkuas

Cara memasaknya:

1. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam
   blender, dan blend kan sehingga halus.
2. Letakkan garam serta kunyit ke dalam ayam
   dan goreng sehingga perang warnanya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar
   serta kismis tadi sehingga wangi. Masukkan
   kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun 
   pandan. 
   Perasakan garamnya dan masak sehingga
   pekat.
4. Masukkan ayam goreng dan nenas. Perasakan
   dengan garam dan gula jika perlu. Masukkan 
   daun ketumbar. Hidangkan bersama nasi
   panas.



Crochet Flower Pot Cover

           
          Assalamualaikum wrh wbr.....

          Salam penuh keceriaan kepada anda semua. Semoga beroleh kebahagiaan dan kesihatan yang baik di kala ini. Entri kali ini mengenai crochet lagi, iaitu crochet cover bekas bunga. Kalau bekas bunga yang diletakkan  di dalam rumah tu kurang menarik, apa salahnya kita letakkan covernya. Barulah nampak ceria sedikit, kerana warna benangnya yang sangat terang serta gabungan warnanya yang sepadan.




                Inilah bekas bunga sebelum diletakkan covernya. Nampaknya kurang menarik.



           Inilah rupanya bila dah letak cover 
                bekas bunganya.



           Ini bahagian hadapannya. Baru lah nampak menarik sikit. Bolehlah diletakkan di mana-mana bahagian atau sudut di ruang tamu.
     Masih menggunakan motif bunga yang sama juga dengan yang sebelum ini. Crochet ni mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari juga untuk disiapkan, bergantung kepada masa dan kerajinannya.


Sabtu, 12 Januari 2013

Crochet Cushion Cover

       
         Assalamualaikum wrh wbr.....

         Salam ceria untuk semua. Entri kali ini mengenai crochet bantal kusyen yang saya hasilkan. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama berwarna pink dan merah. Lihat lah hasilnya....




                Kusyen cover bahagian hadapan.



             Ini pula bahagian belakangnya.



         Kusyen cover ini mengambil masa lebih 
kurang tiga atau empat hari jugalah untuk disiapkan.