Memaparkan catatan dengan label masakan telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan telur. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2020

Sambal Pecah Telur


Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Sedar tak sedar hari ni adalah hari ketiga kita berpuasa. Cepatnya masa berjalan.

Puasa kali ini berbeza dengan tahun2 sebelumnya, tiada bazar ramadhan, pergerakan pun terhad. Hanya berada dirumah sahaja bersama keluarga. Jadi kita masak sahajalah untuk iftar dan bersahur. Jadi bagus juga sebenarnya sbb tiada pembaziran, masak apa pun pasti habis.

Hari ni saya masak sambal pecah telur je untuk berbuka, kemudian saya perangatkan kurma ayam semalam. Rasa rajin pula hari ni, saya buatkan agar2 sagu bersantan. 



Resepi Sambal Pecah Telur

Bahan-bahan:

4 biji telur
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam cili kering
1 labu bawang besar
1 inci belacan
air asam jawa
gula dan garam
minyak utk menumis


Cara memasaknya:

1. Kisar bawang besar bersama cili kering.

2. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah
   serta bawang putih hingga wangi masukkan
   cili kisar, juga belacan. Biarkan hingga 
   cili masak (berminyak).

3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.

4. Perasakan dengan garam dan gula, jika 
   suka tambah sedikit perasa.

5. Pecahkan telur satu persatu secara 
   berasingan. Jarakkan sedikit supaya tidak
   bercampur antara satu sama lain.
   Perlahankan api supaya tidak hangit dan
   biarkan sehingga telur masak.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Agar-agar sagu bersantan.

Mula-mula sekali rebus sagu dengan air, bila dah kembang tapiskan dan ketepikan.

Kemudian masak serbuk agar dengan air, masukkan gula serta santan. Bila dah mendidih masukkan sagu tadi.

Kemudian masukkan kedalam bekas. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kedalam peti sejuk.

Sedap dimakan ketika sejuk.


Jumaat, 31 Julai 2015

Sup Telur lagi


      Assalamualaikum wrh.... wbr...

      Apa khabar semua. Tentunya teman-teman semua sihat-sihat sahaja hendaknya. Bersua lagi di entri kali ini. Menu kali ini sup telur lagi. Sup telur ni memang kegemaran anak-anak saya, yang tak suka masakan yang pedas-pedas. Nak masaknya pun  senang ja, main campak-campak ja.


Resepi sup Telur

Bahan-bahan:

3 biji telur
4 ulas bawang merah ( dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
sedikit halia (dihiris halus)
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam 
1 batang karot (dipotong kecil)
2 biji kentang (dipotong kecil)
1 ketul kiub ayam
sayur fucuk dan suun
Air secukupnya untuk kuah
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis 
   bawang merah, bawang putih serta halia
   sehingga kekuningan. Masukkan air 
   secukupnya.

2. Masukkan ubi kentang serta karot, biarkan 
   sehingga ia mendidih. Kemudian masukkan
   lada sulah, sedikit lada hitam serta kiub
   ayam.

3. Masukkan pula sayur fucuk serta suun,
   biarkan mendidih lagi. Masukkan pula
   garam serta perasa. Rasakan ia.

4. Akhir sekali perlahankan api, pecahkan
   telur satu persatu kedalam periuk tadi.
   Biarkan seketika. Apabila  sudah masak,
   tutupkan api, taburkan daun sup dan daun
   bawang ketika menghidangkan sup tersebut.



Khamis, 29 Mei 2014

Kurma Telur


            Assalamualaikum wrh.... wbr....

    Hari ini saya entrikan tentang masakan kurma telur. Anak-anak dah mulai cuti pertengahan persekolahan. So tiap hari kena lah masak awal sikit, supaya mereka tak lah kelaparan. Tak payah nak membebel panjang-panjang lagi. Marilah lihat resepinya dulu.





Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan:

6 biji telur
4 biji kentang (dibelah 4)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris)
1 bungkus rempah kurma
2 biji cili hijau (dibelah 2)
santan secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
garam dan perasa secukupnya

sedikit minyak masak untuk menumis



Cara memasaknya:

1. Telur direbus terlebih dahulu. Apabila
   masak dikupas kulitnya dan ketepikan.

2. Panaskn minyak, tumis kulit kayu 
   manis, bunga lawang serta bahan 
   hirisan. Biarkan sehingga layu.

3. Masukkan rempah kurma. Masak 
   hingga naik minyak. Masukkan santan,
   kentang. Masak hingga kentang empuk.

4. Masukkan telur, dili hijau. Akhir
   sekali masukkan garam serta perasa. 
   Apabila dah cukup rasa, barulah di
   angkat untuk dihidangkan.

 

Ahad, 16 Februari 2014

Sup Telur


       Assalamualaikum wrh wbr....

   Salam penuh keceriaan di hujung minggu ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendknya. Terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari ini. Cari punya cari maka terjumpalah resepi sup telur yang ringkas dan cepat dimasak ini dari blog Che Mat Gebu. 


    Tak pernah lagi cuba masak sup telur ni. Ternyata memang sedap juga resepinya ini. Anak-anak saya pun suka. Siap suruh masak lagi di lain hari. Kira okey lah tu.... Terima kasih CHE MAT GEBU di atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya di masa akan datang.




Resepi Sup Telur

Bahan-bahan:

3 biji kentang dikupas dan di potong
5 biji telur
sedikit soohun
sedikit fucuk
1 kiub ayam
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa
lada hitam kisar
sedikit bawang goreng

hirisan daun bawang


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, 
   tumis bawang merah dan bawang putih 
   yang dihiris halus hingga harum, masuk-
   kan kentang dan kacau rata. Tuang air 
   secukupnya hingga kentang tenggelam, 
   masukkan kiub ayam. Biarkan kentang 
   empuk.

2. Pecahkan telur satu persatu ke dalam 
   periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih
   antara satu sama lain. Masak dengan api 
   kecil hingga telur mengeras. Kacau 
   berhati-hati. Masukkan fucuk dan soohun.
   Tambah garam secukup rasa serta lada 
   hitam.

3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk 
   lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
   Tabur hirisan daun bawang dan bawang 
   goreng sebelum dihidangkan.


Khamis, 28 November 2013

Kari Telur Rebus


          Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam di hari Jumaat yang mulia ini, semoga berbahagia selalu. Hari ini saya masak kari telur rebus utk santapan makan tengahari ini. Biasa lah penghuni kat rumah ni, semuanya sukakan kari. Kalau lama tak buat kari. Pasti ada yang bertanyakan.... bila nak masak kari. Tak payah cerita panjang-panjang, mai kita tengok resepi kari telur rebus ya....






Resepi Kari Telur Rebus

Bahan-bahan:

6 biji telur (direbus, dikupas kulit dan 
    digoreng sekejap)
4 sdb rempah kari (dicampur dgn sedikit 
    air)
1/2 biji kelapa (diambil santan secukupnya)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 pelepah daun kari
Kulit kayu manis
sedikit kerisik
garam dan perasa



Cara memasaknya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang di
   hiris bersama daun kari serta kulit kayu 
   manis hingga garing.

3. Masukkan rempah kari, dikacau serta di
   biarkan hingga garing atau naik minyak.

4. Masukkan santan, biarkan sekejap. 
   Masukkan telur. Apabila sudah mendidih
   baru masukkan garam serta perasa.

5. Bila dah masak barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.