Rabu, 8 Jun 2016

Menu Berbuka Hari ke 2 (2016)


       Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia semua... Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ketiga kita menunaikan ibadah puasa. Bagi anak-anak, hari kedua dan hari seterusnya taklah mencabar sangat seperti hari pertama berpuasa. Jadi ibu-ibu kenalah masak makanan yang menjadi kesukaan anak-anak ketika berbuka maupun ketika bersahur.

     Kebetulan musim buah mangga, anak-anak suggest nak makan pulut mangga, jadi saya masaklah pulut mangga untuk berbuka...



      Bisalah kalau pulut just kita tanak seperti masak nasi biasa sahaja. Untuk santannya pula hanya letakkan sedikit garam dan masak sekejap diatas api yang sederhana sehingga mendidih. Sentiasalah dikacau supaya santan tidak pecah minyak.




     Sempat juga saya buatkan agar-agar laici kebetulan masih ada sedikit agar-agar yang berbaki.

Resepi Agar-agar Laici

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali
1 tin laici (air serta buahnya dikisar)
2 senduk nasi gula
air ikut kepekatan
1/2 cawan susu cair

Caranya:
1. Masukkan agar-agar serta air didalam 
   periuk, masak hingga agar-agar cair.
2. Masukkan gula, kacau lagi hingga gula
   larut.
3. Masukkan susu cair serta buah laici serta
   airnya yang dikisar tadi, biarkan sehingga
   mendidih.
4. Masukkan ke dalam loyang yang dibasahkan
   terlebih dahululu. Biarkan sehingga sejuk.




Masak Kicap Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
sedikit kicap pedas
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
1 biji bawang besar (dihiris)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Cara memasaknya:
1. Ayam dibersihkan serta diletak garam serta
   kunyit. Goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga
   naik bau, masukkan ayam.
3. Masukkan kicap pedas serta kicap manis,
   kacaukan ia.
4. Masukkan bawang besar hiris, biarkan 
   seketika.
5. Akhir sekali masukka daun sup atau daun 
   bawang sebelum tutupkan api. Siap untuk
   dihidangkan.




Sayur Tumis Kangkung

Bahan=bahan:
2 ikat kangkung
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis
sedikit sos tiram 
garam serta gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Bawang merah, bawang putih, cili serta ikan
   bilis ditumbuk terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga
   garing, masukkan sos tiram. Goreng sekejap.
3. Masukkan pula sayur kangkung, goreng
   sehingga layu. Perasakan dengan garam serta
   gula. Siap untuk dihidangkan. 


2 ulasan:

  1. sedapnya pulut mangga diela
    teringin nak makan lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Kak Noor... nak makan pulut mangga kenalah datang KL.

      Padam