Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan

Khamis, 25 Disember 2025

Update Tanaman Di Laman Rumah


 Assalamualaikum...

Bertemu lagi di hari Jumaat yang penuh barakah ini. Moga sahabat semua sihat dan ceria selalu.

Time cuti ni pagi-pagi adalah masa untuk melawat kebun mini kesayangan. Jadi kita snaplah photo perkembangan pokok-pokok di laman.

Setakat ini, inilah saja pokok-pokok yang ada di laman rumah saya.

Ini pokok yang ada diluar pagar di depan rumah.




                               




Ini pokok-pokok yang saya tanam di depan rumah.









Tanam semula pokok-pokok bayam brazil biar kelihatan muda dan segar.





Ini pula pokok-pokok yang saya tanam di belakang rumah.

Tak tahulah sampai bila pokok ini akan tumbuh segar begini, nanti akan ditinggal selama seminggu balik kampung. Kalau hujan setiap hari alhamdulillah, tetapi kalau tak hujan tak tahulah apa akan jadi sebab tak ada orang nak tolong siramkan. 



Ahad, 5 Oktober 2025

Projek Menanam Sayur

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Hari cuti hujung minggu adalah hari untuk berehat bagi mereka yang bekerja. Bagi saya hari cuti hujung minggu perlu dimanfaatkan untuk berkebun juga.





Sebelum ini saya ada membeli benih sayur kangkung, salad dan benih pakchoy. Saya juga membeli pasu plastik yang panjang dan bulat.







Kemudian saya isikan pasu-pasu ini dengan tanah. Selepas itu saya semaikan dengan biji-biji benih yang dibeli. Seminggu selepas itu barulah tumbuh benihnya.



Ini benih sayur pakchoy.


Ini pula benih kangkung. Tapi benih salad tiada satu pun yang tumbuh. Mungkin benihnya terlalu lama. Walau bagaimanapun tetaplah bersyukur, ada juga benih yang tumbuh.

Mudah-mudahan kangkung yang saya tanam ini dapat membesar dengan sihatnya.



Sabtu, 6 September 2025

Jom Melawat Tanaman Saya Di Belakang Rumah

 

Assalamualaikum...

Selamat Tengahari dan selamat berhujung minggu sahabat semua. Moga cuti dihujung minggu dimanfaatkan beraktiviti bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah... terasa happy sekali hari ini, setelah mendapat berita anakanda saya Siti Norhaida Hayati dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hujung bulan nanti, insya allah. Moga segala urusannya dipermudahkan.

Biasalah pagi ni menjenguk kebun mini kesayangan di belakang rumah. Sapu-sapu laman serta bersihkan rumput serta gulma yang tumbuh dipasu juga buang daun-daun yang dah kering di pokok.

Jom tengok pokok apa yang ada di kebun mini saya.




Daun pandan tanaman wajib, kalau nak buat kuih tak payah beli lagi tinggal ambil je. 




Pokok bayam brazil.



Anak pokok cili yang tumbuh didalam pasu, saya pindahkan ke dalam satu bekas.



Semaian anak pokok tomato ceri.



Pokok geti yang sebelum ni beli, alhamdulillah dah semakin membesar.



Tak tahu pokok limau apa, main tanam saja.






Pokok cili benggala.



Pokok pegaga kampung.



Pokok daun sirih.

Pokok ubi kayu, sering diambil pucuknya. Sekali sekala dapatlah makan ulam pucuk ubi kayu.






Pokok bunga telang baru saja ditanam semula, belum berbunga lagi.


Pokok ubi kemili.



Pokok cili besar.


Pokok ajinomoto yang baru dibeli kelmarin.






Pokok daun mengkudu.

Itulah sebahagian dari pokok-pokok yang ditanam di belakang rumah. Walaupun ruangnya agak sempit tapi tetap juga bercucuk tanam, sekurang-kurang kalau tak ada sayur bolehlah dipetik saja di belakang rumah.



Sabtu, 23 Ogos 2025

Berbagi Rezeki Dengan Lebah

 

Assalamualaikum...

    Selamat bercuti di hujung minggu kepada kawan-kawan semua. Hari ni hari miggu, rasanya ramai diantara kalian yang lebih suka berehat kat rumah... kan. Sama lah juga dengan saya, rasa malas je nak keluar. Petang nanti kena keluar jugak kerana ada bahan keperluan perlu dibeli.

Pagi-pagi suka tengok tanaman di laman. Dari jauh kelihatan ada lalat yang datang menghurung bunga. Bila pergi dekat je, ternyata itu bukan lalat, tapi sebenarnya lebah.



Bila diamat-amati, setiap hari ada je lebah yang akan datang bertandang selagi bunga masih berkembang. Terlihat bunga yang sekecil itu rupanya mengandungi banyak madu.










 



Bayangkan kalau di sekeliling rumah kita ditanami banyak pokok yang berbunga dengan pelbagai warna dan rupa, sudah pasti banyak serangga lain seperti rama-rama atau lebah yang datang bertandang.

Selain laman kelihatan cantik, juga dapat berkongsi rezeki dengan serangga yang lain.








Selasa, 12 Ogos 2025

Jom Cuci Mata Di Nursery Bunga

 Assalamualaikum...

Salam di hari Selasa yang begitu cerah hari ini. Semoga sahabat semua bahagia selalu disamping tugas-tugas harian.

Hari ni tarikh ambil ubat encik suami di Hospital Sungai Buloh. Jadi Lepas je ambil ubat, kita ambil kesempatan singgah kat nursery bunga yang terletak di belakang hospital Sungai Buloh.

Biasanya kalau pergi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramailah orang, nak parking kereta pun susah. Kalau pergi hari kerja, ok lah sikit tak ramai orang.

Apa-apa pun jom tengok bunga apa yang di jual di sana.


                                    
      

                                 

                     Sebenarnya kat Sungai Buloh ni banyak sangat kedai yang menjual bunga-bunga. Sederet jalan ni, semuanya nursery bunga. Nak bunga apa semuanya ada, tinggal pilih saja.





                                  

Ada bunga indoor dan ada juga bunga outdoor.






                 

Peminat bunga orkid boleh datang ke sini. Ada macam-macam spesis orkid dengan bermacam warna juga ada dijual di sini.







Bunga aglonema juga ada bermacam-macam warna corak daunnya.



Ini pula bunga bougenvilla, tapi tak banyak warna.









Bukan sahaja pokok bunga, pokok herba serta pokok sayur juga ada dijual disini.






Bunga rose memang feverat saya, tapi tak pandai menjaganya. 







Bunga purple yang sangat cantik. Dah pernah beli sebelum ni, tapi tak tahan lama, mudah mati.



 Ada juga bunga gantung.




Sebenarnya banyak lagi pokok dan bunga yang ada dijual disini, bermacam-macam spesis dan jenis. Ada pokok yang berdaun sahaja dan ada juga pokok yang berbunga. Ada bunga kecil dan ada bunga yang dah besar. Harganya pula memang berpatutan, ada yang mahal dan ada yang murah. 
Hanya ini sahaja yang saya dapat snap gambarnya. Insyaallah dilain kesempatan dapat datang lagi di kedai bunga yang lain pula.