Khamis, 30 Julai 2020

Salam Aidil Adha 2020

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua sahabat...

     Bersempena dengan tibanya hari Raya Aidil Adha kali ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil Adha kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Raikan dengan penuh kesyukuran, tingkatkan pengorbanan, suburkan keikhlasan, maaf zahir batin.


     Disebalik kemeriahan Aidil Adha, marilah sama2 kita menghayati akan pengorbanan sebenar nabi Ismail as dalam menyahut seruan Allah swt untuk tunduk akur pada perintahnya.

Sedikit photo kenangan yg sempat dirakamkan di Aidil Adha bersama sepupu sepapat beserta anak-anak.








Sabtu, 18 Julai 2020

Kuih Abuk-abuk Sagu


Assalamualaikum...

     Selamat pagi dan selamat berhujung minggu kepada sahabat semua, moga berbahagia selalu.

     Teringin nak makan kuih abuk-abuk sagu, kebetulan kat kedai berdekatan ada dijual daun pisang. Maka saya belilah, kalau kat kampung ambik je kat belakang rumah. Kat bandar ni semuanya kena beli. Nak makan punya pasal, tak apa lah kena beli pun belilah. Yang penting dapat makan, he he he...


     Terlupa pula cara balutnya, saya hentam balut macam tapai lah pulak. Tapi tak apa, walau balut macam mana sekali pun kuih abuk2 sagu tetap juga sedap. Bau aroma daun pisangnya tu yang membuatkan kuihnya jadi wangi dan sedap. Pekena pulak dengan kopi O panas, perghh... memang sedap.

Saya cuba resepi dari blog Zila Norazila. Terima kasih resepinya. Saya simpan resepinya disini pula ya...


Resepi Kuih Abuk-abuk Sagu

Bahan-bahan:
2 cawan sagu
2 cawan kelapa parut putih
gula melaka secukupnya
gula putih (saya guna gula perang)
garam secukupnya
daun pisang untuk membungkus
lidi secukupnya


Cara membuatnya:

1. Basuh sagu dan toskan airnya.

2. Gaulkan sagu dengan kelapa parut serta 
   garam.

3. Dalam bekas lain campurkan gula melaka
   dengan gula perang.

4. Ambil daun pisang, letakkan 2 sdb sagu
   kemudian masukkan 1/2 sdk campuran gula,
   dan akhir sekali masukkan lagi sdb
   campuran sagu.

5. Balutkan dan sematkan dengan lidi.

6. Kemudian kukus selama 20 minit atau
   sehingga kuih masak.



Sabtu, 11 Julai 2020

Ayam Sambal Serai Bersantan


Assalamualaikum...

Salam sejahtera sahabat semua, moga berbahagia selalu dihujung minggu ini.

Entri kali ini masih lagi masak menggunakan ayan, bukan apa nak habiskan stok ayam yang masih berbaki di dalam freezer. Anak-anak minta nak makan sambal ayam, kalau masak sambal mestilah laju je mereka.

Jadi saya tambahlah kerisik serta santan supaya menambah rasa, Barulah sedap rasanya.
Jom tengok resepinya.



Resepi Ayam Sambal Serai bersantan

Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam

garam dan kunyit
cili kisar
bawang merah*
bawang putih* 
halia*
kerisik
santan secukupnya
2 batang serai (dititik)
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng serta menumis


Cara memasaknya:

1. Ayam dicuci bersih serta dimasukkan 
   garam serta kunyit secukupnya. Kemudian 
   goreng separuh masak.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan
   masukkan serai yang dititik. Kemudian 
   baru masukkan cili kisar. Masak hingga
   naik minyak,

3. Masukkan ayam, gaul hingga sebati dengan
   sambalnya, masukkan pula kerisik. Dikacau
   lagi, masukkan pula santan.

4. Akhir sekali masukkan garam gulanya, 
   Bila dah secukup rasa, barulah diangkat
   untuk dihidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Rabu, 8 Julai 2020

Ayam Masak Thai Yang Sedap


Assalamualaikum...

Bertemu lagi dikali ini, semoga pengunjung blog Diari Diela sihat-sihat selalu hendaknya.

Masak apa di tengahari ni utk lunch. Hari ni saya cuba resepi masakan dari blog Che Nom, ayam masak thai yang super sedap. Sebenarnya buntu juga fikiran nak masak apa dengan ayam, asyik2 masak kicap je.


Belek-belek kat internet terjumpa resepi ayam masak thai dari blog Che Nom, lihat bahannya pun mudah je, teruslah saya cuba. 

Terima kasih Che Nom resepinya, saya simpan resepinya disini pula.


Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 sdt garam
1 sdt serbuk kunyit
minyak secukupnya utk menggoreng ayam
3 batang serai
7 helai daun limau purut
2 sdb sos cili
1 1/2 sdb sos tiram
sedikit gula melaka
garam secukupnya
1/2 biji bawang holland
1 biji limau nipis (diperah jusnya)

Bahan kisar:

4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
4 biji cili merah
8 biji cili api
sedikit air


Cara memasaknya:

1. Ayam digaul garam serta kunyit, kemudian
   digoreng separuh masak.

2. Panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan
   serai hingga naik baunya, kemudian 
   masukkan bahan kisar. Masak hingga keluar
   minyak.

3. Masukkan separuh daun limau purut yg
   dibuang tulang tengahnya. Masak hingga 
   keluar baunya.

4. Masukkan ayam, diikuti dengan sos cili, 
   sos tiram serta tambah sedikit air utk
   kuahnya.

5. Masukkan gula garamnya. Tambah bawang
   potong, kacau hingga bawang layu. Tabur 
   pula lebihan daun limau. Tutup apinya.

6. Setelah itu barulah diperah jus limau
   nipisnya. Siap untuk dihidangkan.


Ahad, 5 Julai 2020

Roti Jala Kuah Kari Ayam


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua... moga sihat selalu.

Malam tadi masak kari ayam buat makan malam, ada lebihan lagi. Jadi pagi ni kirai roti jala pula buat sarapan pagi. Alhamdulillah... sedapnya makan roti jala dicicah dengan kari semalam.

Puas hati makan kalau kita masak sendiri. Biasanya kalau beli makan sekeping dua je. Ini dah berkeping2 makan. 


Itulah untungnya kalau kita masak sendiri. Nak sedap kita boleh adjust bagi sedap. Tapi kalau yg dibeli semuanya serba tak kena.


Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 sdt garam
1 biji telur
3 sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning

Cara memasaknya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender,
   blend sehingga sebati.

2. keluarkan dan masukkan pewarna yang
   disukai. Masukkan pula ke dalam botol 
   yg bermuncung 3 atau 4.

3. Panaskan kuali nonstick, sapukan dengan 
   sedikit minyak. Kirailah roti jala
   mengikut bentuk yang disukai.

4. Bila dah masak angkat dan gulungkan.
   Ulangi lagi sehingga adunan habis.


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang
santan secukupnya
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
daun kari
rempah kari
rempah 4 sekawan
1 inci halia
kerisik secukupnya

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah,
   bawang putih serta daun kari hingga 
   layu. Masukkan rempah 4 sekawan, juga
   halia.

2. Masukkan pula rempah kari daging serta
   kerisik, biarkan hingga berminyak. 
   Masukkan lagi ayam serta kentang. Masak 
   hingga rempah meresap ke dalam daging 
   ayam.

3. Masukkan santan, masak lagi hingga 
   kentang empuk. Akhir sekali barulah
   masukkan garam serta perasa yg lain. 
   Dah masak barulah diangkat.



Sabtu, 4 Julai 2020

Jalan2 Ke Taman Pudu Ulu, Cheras.


Assalamualaikum...

Salam dihujung minggu, moga sihat semuanya.
Dihujung minggu ini ramai diantara kalian yg bersantai2 bersama keluarga masing-masing.

Alhamdulillah... selepas PKP ni, dapat keluar jalan-jalan lagi bersama keluarga. Kebetulan anak yg kedua saya sambung belajar dipusat pengajian di Cheras. Sambil2 menjenguk dia, dapat kita jalan2 di taman yang berdekatan.


Tamannya pun masih baru dibuka, pokok2nya pun masih muda dan kecil lagi. 


Ada kolam lagi, tapi bukan untuk mandi manda ya.










Sambil santai-santai apa lagi, ambil picture lah buat kenangan.