Khamis, 2 Jun 2016

Mee Goreng

         
         Assalamualaikum wrh... wbr...

       Salam bahagia teman-teman semua di pagi Jumaat yang penuh barokah ini. Dah sarapan ke belum? Sarapan apa pagi ni... Pagi ni saya hanya masak mee goreng je untuk sarapan kami sekeluarga. Biasa lah kalau anak-anak semua berkumpul di hari cuti ni masaklah jalan terbaik untuk ibu-ibu surirumah tangga. Kalau anggota keluarga ramai, nak makan kat luar jenuhlah... Tapi kalau sekali sekala makan kat luar apa salahnya... ya. 

       Jom lihat resepi mee goreng ringkas dari saya...


Resepi Mee Goreng

Bahan-bahan:
1 bungkus mee 
1 ketul isi ayam (dipotong kecil)
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 biji buah keras (ditumbuk lumat)
3 pokok sayur sawi (dipotong)
sedikit kicap
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah serta
   bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili
   kisar serta sedikit buah keras yang
   ditumbuk. Goreng hingga cili masak.
2. Masukkan ayam, biarkan seketika. Masukkan
   kicap, sos cili serta sos tomato. Masukkan
   sedikit air jika perlu.
3. Masukkan garam serta gula secukup rasa.
4. Masukkan mee serta sayur. Goreng hingga 
   mee  bercampur dengan bahan-bahan lain. 
   Goreng sehingga mee masak. Bila dah masak
   bolehlah dihidangkan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan