Sabtu, 26 Disember 2020

Udang Goreng Kunyit

 Assalamualaikum...

Bersua lagi kita dikali ini, moga semuanya sihat selalu.

Lama juga saya tak update tentang masakan, so kali ini saya update tentang masakan yang paling ringkas yaitu udang goreng kunyit. Alhamdulillah dapat rezeki udang dari adik ipar. Jadi saya masak udang goreng kunyit je.

Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Udang

bawang besar (dihiris bulat)

cili merah (dipotong)

sos tiram

garam

serbuk kunyit

sedikit minyak untuk mrnggoreng



Cara memasaknya:

1. Udang dicuci bersih, masukkan garam dan serbuk 

   kunyit, perapkan seketika.

2. Panaskan minyak, masukkan udang dan digoreng 

   seketika. Masukkan sos tiram.

3. Masukkan pula bawang serta cili potong, digoreng 

   hingga bawang layu, kenudian angkat dan hidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Rabu, 23 Disember 2020

Koleksi Tanaman Bunga

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Lama tak update tentang masak memasak. Sibuk dengan pembikinan conten youtube untuk projek crochet. Masak pun hanya masak yang ringkas-ringkas je, tu yng jadi malas nak update.

Kali ni saya update tentang koleksi tanaman bunga yang ditanam dan diurus oleh encik suami je. Menjadi jugak tanaman yang dia diuruskan.





Encik suami saya memang minat menanam pokok bunga bougenvilla atau bunga kertas. Berbagai warna dia beli dari nursery bunga.

Disamping itu saya juga tanam jenis bunga yang lain seperti lidah jin, aloevera, pokok orkid pokok herba dan pokok lainnya.




Juga ditanam pokok daun kesum, pokok pegaga, kemangi, bayam brazil dan lainnya. Cuma agak terhad sbb tak ada laman yang luas. Hanya tanam dalam pasu je.


Ini pokok yang banyak daun dan susah nak berbunga.


Pokok bunga melur, kalau time dia berbunga banyak, wangi je baunya.


Ini pula bunga kertas yang baru je nak berbunga.

Sebenarnya nak bagi bougenvilla ni berbunga ada cara penjagaannya, encik suami yang tahu. So, dialah yang merawatnya.



Rabu, 28 Oktober 2020

Salam Maulidur Rasul 2020

 Assalamualaikum...


Selamat menyambut Maulidur Rasul. Rasul adalah pemimpin umat islam yang tiada tolok bandingnya. Dengan itu marilah kita sama-sama berpegang kepada sunnah dan ajarannya. Jangan lupa juga kita berselawat ke atasnya dengan sebanyak-banyaknya.


Khamis, 1 Oktober 2020

Kegiatan anak2 taski di sekolah

 Assalamualaikum...

Salam di pagi Jumaat yang indah, semoga kita semua diberkahi Allah sempena di hari Jumaat yg mulia ini.

Sekadar menyimpan kenangan disini, mengenai kegiatan anak-anak taski di sekolahnya. Rabu kelmarin diberitahu guru kepada anak saya, ada kegiatan di sekolahnya. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian bertemakan warna biru dan putih sahaja. 

Saya simpan kenangannya disini, nanti boleh dilihat kembali. Kalau pic disimpan kat phone pasti dibuang nanti.



















Best tengok kegiatan anak-anak. Nampak happy je semuanya. Bila balik semuanya dapat hadiah.


Selasa, 29 September 2020

Makan-makan di Restoran Nasi Arab Chef Ammar

 Assalamualaikum sahabat semua...

Lama tak update my blog yang satu ni. 

Hari minggu kelmarin my hubby sambut birthday, jadi kita sekeluarga sambutlah dgn makan2 di restoran yg best sikit. Ambil keputusan makan kat Restoran Chef Ammar di USJ yang famous tu.

Memang sangat sedap masakan nasi arabnya. Kalau pencinta nasi arab bolehlah mencuba makanan di restoran tersebut.


Sebenarnya macam-macam menu ada disediakan, tapi yang menjadi pilihan saya  nasi mandhi ayam ni.



Happy Birthday to my hubby, moga panjang umur, murah rezeki diberikan kesihatan yang baik, serta bahagia selalu.




Khamis, 17 September 2020

Jalan-jalan ke nursery bunga lagi

 Assalamualaikum...

Selamat petang semua sahabat dan pengunjung blog Diari Diela, semoga anda semua sihat2 selalu.

Lama tak update blog tentang masak-memasak. Sekarang sibuk sikit menyiapkan tempahan mengait. Sambil2 tu buat toturial mengait kat youtube. Aduhai sibuk tak terkata. Masak pun cuma masakan yang mudah-mudah saja.

Kelmarin petang teman my hubby pergi ke nursery bunga, mencari bahan-bahan apa yang patut untuk menanam pokok kesayangan dia bunga kertas. Dapatlah juga cuci2 mata dengan keindahan bunga2 yang cantik.

Jom cuci mata...















Menyelit juga si kecik ni, ambil photo bersama dengan patung kancil ni.



Ahad, 30 Ogos 2020

Salam Kemerdekaan 31hb Ogos 2020

 Assalamualaikum...

Salam kemerdekaan buat sahabat semua...

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2020, merupakan tarikh ulang tahun kemerdekaan buat negara kita Malaysia.


Sama-samalah kita doakan semoga tanah air kita sentiasa berada di dalam keadaan aman makmur serta terpelihara rakyatnya dari musibah serta bencana.


Jalur gemilang bendera Malaysia,

Megah berkibar setiap hari,

Selalulah kita berdoa padaNya,

Supaya Malaysia terus aman harmoni.
 


Rabu, 19 Ogos 2020

Salam Maal Hijrah 1442

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan salam maal Hijrah, moga diberkati Allah selalu.


 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.

(Surah Ar Ra'du: 11)

Marilah kita sama-sama menyambut bulan hijriah ini dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru Hijriah ini rezeki kita semua bertambah dan dipanjangkan umur supaya kita bisa beribadah kepadaNya. 

Aaminnn...