Jumaat, 6 November 2026

Sarapan Pagi Dengan Nasi Lemak

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang begitu cerah dan indah ini. Moga semua sahabat sihat dan bahagia selalu hendaknya.

Jangan berhenti berbuat baik hanya kerana manusia tidak membalas atau menghargai kebaikan kita.

Teruskan berbuat baik kerana allah, bukan kerana mengharapkan balasan manusia. Percayalah, setiap kebaikan yang kita lakukan tidak akan pernah sia-sia di sisiNya. Sedikit kata-kata hikmah buat diri sendiri.

Kawan-kawan sarapan apa pagi ni?

Bangun pagi ni dok pikir nak sarapan apa. Dah lama rasanya tak masak nasi lemak. Jadi hari ni merajinkan diri masak nasi lemak. Tapi masak agak lambatlah sikit, jadi tak payah nak masak utk makan tengahari lagi.






Hidangan nasi lemak. 




Nasinya saya guna beras biasa saja. Masukkan beras dalam periuk, masukkan santan, daun pandan, hirisan halia serta garam. Untuk airnya agak-agak saja seperti kita memasak nasi biasa. Kemudian masak di dalam rice cooker. Sekali sekala dikacau supaya nasi masak sekata.




Untuk sambalnya pula, blender cili merah, bawang besar, bawang putih . Kemudian masukkan ke dalam minyak panas. Masak bahan kisar  hingga garing. Kemudian masukkan air asam jawa, hirisan bawang besar, ikan bilis. Bila dah mendidih masukkan garam, gula serta sedikit perasa.



Bahan-bahan untuk digandingkan dengan nasi lemak, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus serta hirisan timun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan