Sabtu, 25 Ogos 2012

Udang Goreng Kunyit

           
           Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ceria untuk semua, moga sukses selalu. Kali ini saya nak share tentang masakan udang goreng kunyit. Saya rasa semua orang mesti tahu masak masakan ini kerana ianya sangat ringkas dan mudah serta bahan-bahannya pun tidak banyak digunakan. Mari kita lihat resepinya...




Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan: 

15 ekor udang sederhana besar
1 sdt serbuk kunyit
sedikit garam
1 labu bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih diketuk kasar
1 biji cili merah
1 biji tomato dibelah enam
sedikit gula
sedikit minyak masak

Cara memasaknya:

1. Udang dibuang kepala dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih.
   Goreng sekejap.
3. Masukkan udang, digoreng lagi.
4. Masukkan bawang, cili, tomato serta sedikit
   gula.
5. Apabila dah agak masak, barulah diangkat.
   Sedap dimakan bersama nasi panas.



Jumaat, 24 Ogos 2012

Jalan-jalan ke Pantai Merdeka

        
           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam sejahtera kepada anda semua, semoga berbahagia selalu. Entri kali ini mengenai jalan-jalan kat Pantai Merdeka. Saya dan keluarga berkesempatan pergi jalan-jalan kat Pantai Merdeka, Kedah. Sekali sekala dapat jalan-jalan best juga untuk merehatkan minda.


      Dalam perjalanan nak ke Pantai Merdeka kita singgah kat kawasan sungai yang terdapat banyak pokok bakau. Dari sini juga kita boleh menaiki bot untuk pergi ke Pantai Merdeka.






  
Ini dalam gok tempat membakar kayu bakau 
untuk dijadikan arang.



              Ini rupanya gok tempat pembakaran 
                    kayu bakau.



         Sayup-sayup kelihatan permandangan 
                Gunung Jerai.



Pantai Merdeka merupakan tempat perkelahan dan tempat bersantai-santai.



              Kelihatan seperti pulau tu adalah 
              pekan Tanjung Dawai.

Teringat senikata lagu Cinta Pantai Merdeka


 Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai

 Disaksikan laut daun nyiur melambai
 Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
 Terkenang peristiwa cinta kita terurai
 Oh, indahnya... peristiwa.... 
 Cinta kita di Pantai Merdeka....
 Oh...oh...oh....



Khamis, 23 Ogos 2012

Paru Rendang Hijau

            
           Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam ceria untuk semua. Dipendekkan cerita, entri kali ini mengenai masakan paru masak rendang hijau yang saya buatkan untuk hari raya tempoh hari. Bahan-bahannya sama seperti buat rendang yang lain cuma cilinya menggunakan cili hijau serta ditambah pula dengan cili api untuk manaikkan rasa pedas. Lihatlah resepinya....


Resepi Paru Rendang Hijau

Bahan-bahan:
1 kilo paru direbus dan dipotong kecil-kecil
250 gm santan pekat 
3 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula dan perasa
1 labu bawang besar*
10 ulas bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
6 batang serai*
5 biji cili hijau*
15 biji cili api*

Cara membuatnya:

1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * sehingga
   halus.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar, paru
   dan santan. Kacau dan biarkan sehingga 
   mendidih.
3. Masukkan kerisik. Kacau lagi, masukkan
   garam, gula, serbuk perasa , hirisan daun 
   pandan. Biarkan sehingga agak pekat barulah
   diangkat.
4. Sedap dimakan dengan nasi panas atau
   ketupat daun palas.


Rendang Ayam

          
           Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Entri kali ini mengenai masakan rendang ayam yang dimasak sebelum aidil fitri. Baru sekarang berkesempatan nak update blog. Saya rasa semua orang tahu memasak rendang ayam, cuma sukatannya yang berbeza, mungkin. Sebenarnya masak rendang ayam ni, kalau banyak bahannya lagi sedap. Mari kita lihat resepinya...



Resepi Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
15 tangkai cili kering *
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 1/2 inci lengkuas *
6 batang serai *
1/2 inci kunyit hidup *
4 cawan santan pekat
4 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula serta serbuk perasa 

Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
   terlebih dahulu.
2. Perapkan ayam bersama bahan-bahan giling 
   selama 1 jam.
3. Panaskan kuali masukkan bahan perap tadi
   bersama santan dan masak sehingga mendidih.
   Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik, 
   garam serta perasa secukup rasa.
4. Masak hingga ayam empuk dan agak pekat. 
   Akhir sekali masukkan daun kunyit dan 
   barulah diangkat.
5. Sedap dimakan bersama ketupat palas.



Rabu, 22 Ogos 2012

Salam Aidil Fitri

           
               Assalamualaikum wrh wbr...

          Salam Aidil Fitri kepada teman-teman semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya di bulan Syawal ini. Hari ini merupakan hari raya yang keempat. Memandangkan kita masih lagi berada dalam mood raya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan batin. Saya kira masih ramai lagi yang masih berhari raya mengambil kesempatan ziarah-menziarahi ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.

           Saya juga berkesempatan pulang berhari raya bersama keluarga di kampung. Tetapi saya pulang selepas solat Aidil Fitri dan selepas berhari raya di rumah saudara di sini. Inilah photo yg sempat diambil ketika hari raya tempoh hari.



Bersama keluarga


 Bersama emak saudara sebelah suami.



                                                          Bersama ibu.




                         
 Bersama ibu dan ayah sewaktu berhari 
raya ke Inabah 10, 
Kuala Nerang, Kedah.


                                  
Ini ketika berhari raya di rumah bapa 
saudara di Sungai Bakap, 
Pulau Pinang.





Sabtu, 18 Ogos 2012

Ketupat Daun Palas

         
          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Selamat malam semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya di samping keluarga.
Mungkin hari ini, ramai di antara suri-suri rumah yang sibuk menyediakan rendang ketupat untuk hari raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan saya, hari ini saya juga membuat ketupat daun palas. Tak meriah raya kalau tak ada ketupat daun palas ini. So, saya buatlah ketupat ini. Bagi sesiapa yang nak cuba buatkan ketupat ini, cara membalutnya kenalah tengok kat youtube. Mai kita tengok resepinya dulu...




     Ini daun palas yang dah dibuka untuk dibuat ketupat.
 

        Ini pula daun palas yang dah diisi dengan pulut tetapi belum direbus lagi.


             Ini pula ketupat yang sudah siap direbus.


Resepi Ketupat Daun Palas

Bahan-bahan:

1 kilo beras pulut
1 kilo santan pekat
2 helai daun pandan diikat
garam secukup rasa
daun palas secukupnya

Cara membuatnya:

1. Bersihkan pulut dan toskan.
2. Masak santan, garam serta daun pandan.
3. Apabila santan sudah mendidih, masukkan 
   beras pulut tadi. Sentiasa di kacau agar
   tidak berkerak.
4. Angkat dan bolehlah dibungkus dengan 
   daun palas.
5. Apabila dah habis dibalut, bolehlah
   direbus di dalam periuk yang agak besar
   sedikit. Masukkan air hingga tenggelamkan 
   ketupat tadi. Tutupkan periuk.
6. Rebus sehingga air kering.
7. Sedap dimakan dengan rendang, kari daging
   atau serunding.



Biskut Cornflakes Madu

     
          Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam Aidil Fitri saya ucapkan kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini mengenai masakan biskut cornflakes madu. Sebenarnya biskut ni, saya buatkan dua hari yang lepas. Baru sekarang, saya nak entri. Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih atas resepinya. Saya copy kat sini ya.....




Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan A:

125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

Bahan B:

1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/ gajus

Hiasan:

mangkuk kertas kecil
ceri merah dan hijau dipotong kecil

Cara membuatnya:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. 
   Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul 
   rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah/ hijau.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
   pada suhu 170C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap  
   udara.




Biskut Badam

             
             Assalamualaikum wrh...wbr...

       Salam bahagia semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Esok hari kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Saya kira mungkin dah ramai yang telah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya bersama ayah dan bonda serta sanak saudara. Walau apa pun jua selamat Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan.

       Entri kali ini, mengenai kuih badam yang saya cuba buatkan. Resepi ini saya cuba dari resepi YATI MEMMORIES. Terima kasih saya ucapkan atas resepinya. Mohon izin saya letakkan resepinya di sini...



Resepi Kuih Badam

Bahan-bahan:

375gm mentega (1/2 cawam mentega)
1 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanila 
1 cawan badam hancur
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum

untuk hiasan 
- 2 biji kuning telur
- badam cincang

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
   Masukkan kuning telur dan esen vanilla, 
   Gaul hingga sebati.
2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan
   tepung gandum dan uli menjadi doh yang 
   lembut.
3. Canai dan terap mengikut acuan yang 
   disukai.
4. Letakkan di atas loyang dan sapukan kuning 
   telur dipermukaan biskut dan taburkan 
   sedikit badam cincang.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak  
   pada suhu 160C.



  

Rabu, 15 Ogos 2012

Aidil Fitri 2012

            
          Assalamualaikum wrh wbr....

       Lebih kurang dua hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba nanti. Walau apa pun jua, di kesempatan yang ada ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dengan ucapan....




                                    Aidil Fitri datang menjelma
           Di bulan Syawal kita menerima
           Dengan hati dan tangan terbuka
           Semoga diberkati oleh yang Esa

        Kepada kawan-kawan yang akan pulang kekampung halaman, saya doakan semoga perjalanan anda menjadi lancar dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pandulah kenderaan dengan lebih berhemah agar kejadian yang tak diingini tidak akan terjadi. Insyaallah....





Kuih Bingka Ubi

       
         Assalamualaikum wrh... wbr...

        Salam bahagia untuk semua, semoga berbahagia selalu. Kali ini saya nak share tentang resepi kuih bingka ubi. Bingka ubi ni, kita boleh buat guna gula putih atau gula merah. Kalau nak guna gula putih, kenalah pilih ubi yang berwarna kuning.Kalau guna gula merah , ubi yang biasa pun boleh digunakan. Bingkanya pun berwarna kecoklatan sedikit. Mari kita tengok resepinya...






Resepi Kuih Bingka Ubi

Bahan-bahannya:
1800 gm ubi kayu (parut dan timbang)
500 ml santan pekat
400 ml air
450 gula castor
50 gm susu powder
80 gm marjerin
1 1/2 sdt garam halus

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke
   dalam periuk.
2. Kacau di atas api yang sederhana sehingga 
   agak pekat dan naik wap.
3. Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar sehingga
   kekuningan dengan suhu 180C  selama 1 jam 
   15 minit. 
5. Bila dah masak, angkat dan sejukkan dahulu 
   baru dipotong.



Puding Laici Berkuah

  
            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam persaudaraan untuk semua, semoga anda semua sukses selalu. Rasanya kita sudah pun hampir berada di penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dua tiga hari lagi kita akan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba nanti.

     Entri kali ini saya nak share resepi yang saya cuba dari YATI MEMORIES untuk berbuka iaitu puding laici berkuah. Okey juga rasanya. Terima kasih Yati kerana mengongsikan resepi tersebut. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya. Kita tengok resepinya....


Resepi Puding Laici Berkuah

Bahan-bahan puding:

1 cawan tepung kastard
1 sdb tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua sekali dan dimasak di
   atas api yang sederhana dan dikacau sampai
   pekat dan likat.
2. Setelah pekat dan likat, angkat dan
   masukkan ke dalam acuan yang berbentuk
   supaya senang dimakan.
3. Sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku
   dan keluarkan dari acuannya.
4. Dihidangkan bersama fruit cocktail atau
   laici dan kuahnya.

Kuahnya:

1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan tin susu cair itu
           juga)
Gula ikut suka rasa manis
jika suka boleh letah 1 biji kuning telur

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan-bahan dan jerangkan 
di atas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu, kemudian sejukkan dalam peti ais.

Hiasan: 

1 tin fruit cocktail.

 

Selasa, 14 Ogos 2012

Kacang Goreng Bersalut

             
            Assalamualaikum wrh... wbr...

     Entri kali ini mengenai kacang goreng bersalut. Selalunya saya beli saja kalau nak makan. Kali ini saya cuba buatkan sendiri. Sedap juga rasanya. Rangup sangat kacangnya. Saya ambil resepinya dari AZIAN. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya di sini. Inilah resepinya bagi sesiapa yang ingin mencubanya...




Resepi Kacang Goreng Bersalut

Bahan-bahan:

1 kilo kacang tanah
sebuku bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
4 sdb tepung gandum
4 sdb tepung beras
4 sdb tepung jagung
4 sdb bijan
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kacang yang telah dicuci dan
   ditoskan dengan bawang putih kisar, cili
   kisar, gula dan garam.
2. Masukkan bahan-bahanyang lain selain 
   minyak masak dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan 
   api yang sederhana. Pisahkan, sambil
   dikacau supaya masak rata.
4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan 
   toskan.
5. Sejukkan dahulu sebelum menyimpan di dalam 
   bekas kedap udara.





Biskut Mazola

         
           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam sejahtera semua. Moga ceria-ceria selalu di pagi ini. Kali ini saya sempat membuat kuih mazola. Setiap tahun saya tak ketinggalan buatkan biskut mazola ni. Kuih ni memang sedap. Sebab itu lah, ia menjadi kegemaran anak-anak saya. Kalau dah buat kuih, mesti kena sembunyikan dahulu. Kalau tak, tak sempat raya lah jawabnya. Mai kita lihat resepinya....




Resepi Biskut Mazola


Bahan-bahan:

400 gm tepung gandum
400 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak 
         dan dikisar halus)
kacang tanah untuk hiasan
200 gm gula (dikisar halus)
minyak mazola secukupnya
2 biji kuning telur (untuk disapu diatas
        biskut)

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, gula serta kacang
   tanah yang telah dikisar ke dalam mangkuk 
   yang sederhana besar dan gaulkan sehingga 
   adunan menjadi sebati.
2. Kemudian masukkan minyak mazola sedikit 
   demi sedikit dan uli adunan sehingga 
   menjadi doh yang lembut.
3. Bentukkan menjadi bulat atau terapkan di 
   dalam acuan yang digemari dan tekan 
   sedikit bahagian tengahnya (sebagai hiasan)
   dan letakkan sebiji kacang tanah.
4. Setelah itu, letakkan kedalam loyang dan 
   sapukan kuning telur di atas permukaan 
   adunan biskut tersebut.
5. Masukkan dalam ketuhar dan bakar pada 
   suhu 160C selama 15 -20 minit.
6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan ke dalam
   bekas kedap udara.




Kuih Siput

             
            Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam ceria untuk semua. Kali ini, rasa rajin pula nak menyiput. So, saya cubalah buatkan kuih siput ni. Tahu tahu sajalah... buat kuih siput ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Kali ini saya cuba dari MY RESEPI. Terima kasih atas resepinya ini. Izinkan saya, letakkan resepinya kat sini....




Resepi Kuih Siput

Bahan-bahan:

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50 gram marjerin
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk jintan putih
2 sdk serbuk udang kering
1 sdk garam (ikut rasa)
sedikit serbuk perasa
3 sdb cili kisar/serbuk cili
Daun bawang/daun sup
santan secukupnya untuk menguli

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan kecuali santan hingga 
   bercampur semuanya.
2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
3. Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat
   dan tenyeh atas papan kuih siput.
4. Bila semua doh digentel, bolehlah digoreng 
   hingga garing.