Memaparkan catatan dengan label masakan mafin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan mafin. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2016

Muffin Kelapa


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Petang-petang terasa lapar, mulalah blogwalking ke blog teman masak memasak, terjumpalah muffin kelapa kat dapur Fiza-LGK.
Bahannya pun memang sudah ada kat dapur. Apa lagi mulalah godek-godek kat dapur, kejap je dah siap. Sedap juga muffinnya rasa sedikit manis serta lemak-lemak kelapa.
  
      Terima kasih Hafizah di atas resepinya, izinkan saya copykan resepinya di sini pula ya...


Resepi Muffin Kelapa

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cawan kelapa kering
2 cawan tepung gandum
1 sdb serbuk penaik
5 sdb gula halus
1 sdt garam halus 

Bahan B
1 biji telur (gred A)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak

Bahan C (untuk topping)
2 sdb gula halus
2 sdb kelapa kering
2 sdb ceri (saya guna mix fruit)


Cara membuatnya:

1. Dalam sebuah mangkuk, ayak semua bahan A
   kecuali kelapa kering.
2. Dalam bekas lain pula masukkan telur, pukul
   dengan garpu seketika dan masukkan susu
   segar dan minyak serta dikacau dengan hand
   whisk.
3. Seterusnya tuangkan bahan basah ke dalam 
   tepung yang diayak tadi, kacau sekadar
   seketika sahaja. Masukkan pula kelapa
   kering sambil dikacau lagi sekadar adunan 
   bercampur. Jangan terlebih kacau kerana 
   muffin akan menjadi keras.
4. Sudukan kedalam kertas muffin dan taburkan
   bahan topping tadi di atas adunan. Bakar ke
   dalam ketuhar (suhu 180 C) selama 20 minit
   atau sehingga masak.





Muffin yang belum dibakar.


Jumaat, 9 Mei 2014

Mafin Coklat


         Assalamualaikum wrh..... wbr....

      Salam bahagia di petang Jumaat yang penuh barokah ini, semoga ceria selalu hendaknya. Entri kali ini saya cuba buatkan mafin coklat pula. Dah lama teringin nak buat mafin ni, kali ini baru berkesempatan membuatnya. Rupa-rupanya proses buat mafin ni memang mudah dan cepat penyediaannya. Resepinya saya dapatkan dari encik google. Dah tak tahulah siapa yang empunya resepinya.





Resepi Mafin Coklat

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
2 sdb serbuk koko
175 gm gula
150 gm coklat chip
250 ml susu segar
90 ml minyak masak
1 biji telur gred A
1 sdt esen vanila



Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Gaul bahan basah dalam mangkuk yang lain 
   dan masukkan campuran bahan kering tadi. 
   Gaul rata, masukkan coklat chip, gaul lagi.
3. Letak dalam paper cup, tabur coklat chip
   jika suka (saya letak badam hiris). Bakar
   selama 20 minit selama lebih kurang 180 C.