Isnin, 31 Ogos 2026

Berdating Dengan Si Kakak

 

Assalamualaikum...

Petang semalam ambil si kakak balik dari kerja, sebelum balik katanya lapar sangat. Jadi kami singgahlah kat kedai makan berdekatan yaitu Anjung Jaya, di Bandar Country Homes. Kedai makan masakan thai.



Kebetulan time kami pergi masih awal lagi, selepas maghrib jadi tak ramai lagi pengunjung yang datang. Makanan yang diorder pun cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama-lama.









Si kakak dengan nasi ayam padpriknya.








Biasanya kalau kekedai tomyam saya lebih suka makan bihun goreng. Makanannya pula bagi saya memang sedaplah. Boleh lah datang lagi.


Ahad, 30 Ogos 2026

Program Sambutan Maulidur Rasul Di Sekolah

 

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi di update kali ini.

Sempena Maulidur Rasul kelmarin, di sekolah tempat saya juga membuat majlis maulidur rasul secara kecil-kecilan, bertujuan untuk anak-anak mengingati, mengenang serta menyemai rasa cinta terhadap junjungan besar nabi kita Muhammad SAW.


                     


Kebetulan saya dan seorang lagi guru ditugaskan untuk menghias background untuk sambutan Maulidur rasul kali ini, jadi dengan masa yang singkat hanya dua hari saja, maka hiaslah dengan seadanya saja.

                   

Sempat jugalah menggubah bunga untuk ditampal di papan putih.



Pesembahan selawat dari anak-anak sesi pagi.







Makanan yang dibawa oleh anak-anak.








Sesi murid menjawab soalam mengenai sirah Rasulullah.











Diakhir acara pertandingan mewarna untuk anak-anak.


Sabtu, 29 Ogos 2026

Menghadiri Majlis Kenduri Kawan Sekerja

 

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu saya ucapkan kepada sahabat semua. 

Dah lama tak update blog ni, sekejap tenggelam sekejap timbul. Biasalah sibuk dengan macam2 hal, pindah rumah, komputer buat hal. Itu yang membuatkan tak boleh nak update selalu.

Selamat bercuti saya ucapkan juga kepada teman-teman yang sedang bercuti diketika ini, semoga cuti anda dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Semalam hari Sabtu, sempat saya menghadiri majlis kenduri kahwin anak kawan sekerja di suatu ketika dahulu. Kebetulan majlis kendurinya diadakan di Rawang, kebetulan pula dekat dengan tempat tinggal saya.



Dapat juga bertemu dengan kawan lama sewaktu saya mengajar di sekolah yang sama dulu.








Alhamdulillah... Sedap makanannya.

Tak sempat nak bergambar dengan tuan rumah, kebetulan time tu dia sebuk melayan para tetamu yang lain.



Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Ustaz Zainal Abidin Bin Ibrahim bersama Isterinya Norhana Binti Mohd Isa dapat menantu. Juga Selamat Pengantin Baru buat anaknya Alia Sofea serta pasangannya Muhd Farhan Akmal, semoga perkahwinan mereka terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.