Isnin, 28 Oktober 2013

Kuih Sagu Hijau


         Assalamualaikum wrh wbr....

     Bersiaran lagi di petang ini, semoga teman-teman berbahagia selalu hendaknya. Petang ini teringin pula nak makan kuih sagu. Dilihat masih ada lagi sagu yang masih berbaki yang belum dimasak. Apa lagi.... dapatlah buat kuih sagu untuk minum petang di hari ini. Sebelum ini dah pernah buat kuih sagu, tapi yang berwarna merah. Kali ini cuba buat kuih sagu yang berwarna hijau pulak. Sedap juga rasanya sbb letak perasa pandan.





 Resepi Kuih Sagu Hijau

Bahan-bahan:
400 ml air
200 gm gula putih
sehelai daun pandan
300 gm sagu halus

kelapa putih 
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya
   kembang.
2. Masak hingga mendidih gula bersama air dan 
   daun pandan.
3. Masukkan sagu sambil dikacau perlahan-
   lahan.
4. Masukkan pewarna yang disukai.
5. Apabila sagu dah masak, barulah dituangkan 
   ke dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit.
7. Angkat dan sejukkan.
8. Potong dan salutkan dengan kelapa parut
   muda serta digaul dengan sedikit garam.


Ahad, 27 Oktober 2013

Berkelah di Riverside, Janda Baik, Pahang.


       Assalamualaikum wrh wbr....

      Bertemu lagi di entri kali ini, agak lama juga saya tak bersiaran. Bukan apa, penyakit m melanda lagi. Kali ini kami sempat bawa anak-anak berkelah di Janda Baik, Pahang bersama dengan kawan my hubby serta ibu dan bapanya. Apa lagi seronok lah bebudak dapat main air. First time saya ke sana, sebelum ni pernah dengar je Janda Baik. 








            Siap ada daging kambing bakar lagi.












Suasananya memang menarik, airnya pun tak terlalu dalam dan taklah terlalu cetek. Sesuailah untuk anak-
anak kecil berenang main air.





         Sebelum balik singgah dulu kat Kopi & Kraf (rumah amal) minum-minum air sambil beramal.



Sabtu, 5 Oktober 2013

Puding Jagung


            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Dah lama tak masak kuih. So... hari ni terasa rajinlah pula masak puding jagung. Best juga petang-petang begini dapat makan puding yang dapat menyamankan tekak.





Resepi Puding Jagung

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin jagung manis

Cara memasak:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung,
   santan dan air.
2. Kacau semua bahan sehingga menjadi pekat
   dan berkilat di atas api yang sederhana
   hingga cukup sebati dan masak.
3. Masukkan adunan puding ini ke dalam loyang 
   atau acuan yang disukai dan biarkan 
   sehingga ia sejuk.