Selasa, 26 Jun 2012

Pulut Kacau @ Wajik

           
            Assalamualaikum wrh wbr....

     Semoga teman-teman semuanya sihat di samping keluarga. Entri kali ni mengenai wajik atau orang utara kata pulut kacau. Teringat saya waktu kecil dulu bila kenduri kat kampung ja, emak akan buatkan kuih untuk diberikan kepada tuan rumah kenduri tersebut. Pulut kacau ni.... lah yang selalu emak buatkan memandangkan kuih ni senang juga nak dibuat dan ianya sangat sedap. 

     Sekarang ni, kalau nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. So.... saya pun cuba buat kuih ni. Alhamdulillah, menjadi juga kuihnya. Rasanya pun sangat sedap. Saya ambil dari My Resepi. Izinkan saya letakkan resepinya di sini.



Resepi wajik


Bahan-bahan:
500 gm beras pulut
*300 gm gula melaka @ gula merah
*200 gm gula pasir
   Bahan bertanda * dimasak dengan 1 
   cawan air.
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
daun pisang untuk alas talam / loyang.
Kalau yang suka durian bolehlah masukkan 
beberapa ulas durian (isinya sahaja)

Cara membuatnya:
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama
   4 jam dan selepas itu dikukus 30 minit,
   dibalik-balikkan dan digaul dengan sedikit
   santan cair dan secubit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 
   cawan air. Setelah larut dan mendidih 
   hendaklah ditapis.
3. Panaskan semula gula yang ditapis tadi,
   masukkan daun pandan dan secubit garam. 
   (masukkan durian bagi yg suka durian)
4. Setelah mendidih masukkan santan pekat,
   biarkan merenih dalam 1/2 jam. Guna api
   kecil.
5. Setelah gula pekat, berkilat dan bertali.
   Masukkan pulut yang dikukus tadi serta
   digaul rata.
6. Setelah agak kering, keluarkan daun pandan 
   tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah
   dialas daun pisang.
7. Sejukkan dan sedia dipotong.
    

       

Isnin, 25 Jun 2012

Tanda2 Lemahnya Iman

            
          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Bertemu lagi teman-teman semua. Semoga ceria-ceria selalu. Entri kali ini, sedikit tazkirah untuk diri saya dan teman-teman mengenai tanda-tanda lemahnya iman kita.


      Iman di hati diibaratkan sebuah kebun. Jika tidak disiram, maka layulah pokok-pokok di dalamnya. Jika tidak dibaja, maka lambatlah ia akan berbunga. Jika tidak diracun, dikhuatiri akan diserang oleh haiwan perosak. Jika dibiarkan begitu sahaja, akan tumbuhnya lalang-lalang yang liar. Kelak ia akan bertukar menjadi semak samun. Maka hendaklah selalu dijaga, disiram, diracun selalu agar ia sentiasa terpelihara di dalam diri kita. Insyaallah.....


Tanda-tanda iman semakin lemah:

1. Melakukan dosa tetapi tidak merasa
   bersalah.

2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan
   solat subuh.

3.Tiada rasa khusyu' dalam solat.

4. Asyik merungut dengan ketentuan takdir.

5. Tidak bersabar apabila menerima ujian.

6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja.

7. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.

8. Tidak endah apabila melihat manusia 
   melakukan maksiat hatta diri sendiri 
   pun turut melakukannya.

9. Tidak berasa bersalah apabila melakukan
   sesuatu yang bertentangan dengan ajaran 
   Islam.

10. Tidak merasakan apa-apa pun bila mendengar
    bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

11. Menyuruh orang buat baik tetapi diri
    sendiri tidak mempraktikkannya.

12. Berasa senang atau gembira ketika ada
    sesuatu perkara buruk atau tiada kemajuan
    terjadi pada orang lain.

13. Hanya peduli haram dan haram sahaja,
    makruh dia tak ambil kisah.

14. Mentertawakan orang yang melakukan 
    kebaikan yang kecil misalnya membersihkan 
    masjid.

15. Tidak peduli akan keadaan umat Islam.

16. Tidak berasa tanggungjawab untuk ikut 
    kemajuan agama Islam.

17. Menyukai berdebat walaupun tiada bukti 
    yang kukuh.

18. Menjadi lalai dan obses kepada diri
    sendiri.

sumber- internet


Ahad, 24 Jun 2012

Amalan Zikir

        
           Assalamualaikum wrh wbr....
        
       Selamat malam semua, semoga anda semua berada dalam lindungan Allah selalu.
Entri kali ini hanyalah sekadar panduan amalan zikir untuk dijadikan amalan kepada kita semua. Almaklumlah sifat manusia lumrahnya suka pelupa. Makanya hendaklah selalu diingatkan supaya kita sentiasa ingat kepadanya (Allah).


Zikir orang yang berjaya antaranya ialah:

1. Astaghfirullah 3 kali  (saya minta ampun 
   wahai  Allah).

2. Subhanallah 33 kali (maha suci Allah).

3. Alhamdulillah 33 kali (segala puji bagi
   Allah).

4. Allahu Akbar 33 kali (Allah maha besar).

5. Lailahaillallah sekali (tiada tuhan
   melainkan Allah).

     Jadikanlah ia sebagai zikir harian, zikir pendinding diri dan keluarga.


sumber dari internet



Kuih Cara Manis

          
             Assalamualaikum wrh wbr.....


     Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Semoga anda semua ceria-ceria di hujung minggu ini bersama keluarga tercinta.

     Hari ni teringin rasanya nak makan kuih cara manis, jadi saya pun cubalah buatkan.
First time buat kuih ni.... takut-takut juga kalau tak jadi. Alhamdulillah menjadi lah juga. Resepinya sangat mudah disediakan. Rasanya pun sedap sangat. Anak-anak pun suka sangat kuih ni... Sekali hadap je dah habis.

     Resepi kuih ini saya ambil dari Resepi Nannie. Terima kasih di atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan saya.


Resepi Kuih Cara Manis.


Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam


Cara membuatnya:
1. Panaskan acuan.
2. Daun pandan di kisar dengan santan,
   tapiskan.
3. Kemudian campurkan tepung gandum, telur, 
   garam dan santan ke dalam blender dan
   kisar hingga sebati. Tapiskan supaya adunan
   tidak berketul.
4. Bila adunan siap, sapu sedikit minyak agar
   kuih mudah dikeluarkan nanti. Kemudian
   tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah
   dipanaskan.
5. Isikan gula di tengahnya. Tutup acuan
   dengan tudung periuk. Tunggu sehingga
   masak. Gunakan api perlahan supaya kuih
   tidak hangit di bawahnya.
6. Angkat dan lekatkan sepasang-sepasang.
    
Kuih ini sangat sedap dimakan apabila dah sejuk.




Sabtu, 16 Jun 2012

Solat Itu Tiang Agama

           
         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam ukhwah kepada semua teman-teman, semoga kita semua berada dalam keberkatan Ilahi Rabbi. Entri kali ini hanyalah sedikit tazkirah panduan untuk diri sendiri mengenai solat.


     Seperti mana yang kita ketahui bahawa solat adalah salah satu amalan yang diwajibkan oleh setiap orang muslim. Ianya juga merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam yang lima. Sesuatu yang rukun itu adalah diwajibkan.

     Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.(maksud Hadith)

     Hendaklah kita mengerjakan solat kita dengan khusyuk dan tawadhuk agar ianya lebih sempurna.

Inilah doa untuk merangsang diri dan keluarga kita agar menjaga solat.


Kelebihan solat:

1. Boleh melahirkan umat Islam yang terbaik
   yakni dapat mendidik setiap insan memiliki
   keperibadian yang tinggi.

2. Boleh mencegah daripada melakukan
   perkara2 yang mungkar.

3. Dapat membantu kita sama ada susah 
   atau senang.

4. Mendidik dan melatih kita menjadi orang 
   yang dapat menghadapi segala kesusahan 
   dengan hati yang tenang dan sabar.

5. Menghasilkan sifat tetap pendirian, 
   mengekalkan kita dalam mengerjakan
   sesuatu kebajikan.

6. Menjadikan hati manusia baik dan bersih
   di samping dapat memberikan ketenangan
   hati serta melahirkan rasa cinta kepada 
   Allah.

     Sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan amalan kita kepada Allah yang maha Esa. Dan semoga amalan yang kita kerjakan akan diterima Allah Azzawajalla.



Rabu, 13 Jun 2012

Bunga Ros

          
         Assalamualaikum wrh wbr......

        Selamat malam semua teman-teman, semoga semuanya sentiasa sihat hendaknya....

Entri kali ini mengenai bunga Ros atau bunga mawar. Untuk pengetahuan teman-teman, saya ni memang suka sangat dengan bunga ros, terutamanya  bunga ros yang berwarna pink dan merah. Suka tengok bentuk bunganya yang mempunyai kelopak-kelopaknya yang cantik. Itulah ciptaan tuhan yang maha esa.
         Teringat sewaktu saya di sekolah rendah dahulu, bila terlihat sahaja bunga ros saya akan lukiskan dan warnakan cantik-cantik (walau pun tak pandai melukis). Dan saya akan simpan di dalam buku untuk dijadikan penanda buku.






        Bunga ros mempunyai pelbagai warna. Ada ros yang berwarna merah, putih, kuning, pink, oren dan lain-lain. Warna-warna bunga pada bunga ros mempunyai makna yang tersendiri.




Sabtu, 9 Jun 2012

10 Tanda Hati Mati

        
        Assalamualaikum wrh wbr......

        Bertemu kembali di entri kali ini. Didoakan semoga kawan2 semua sentiasa sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini hanya sedikit tazkirah untuk panduan pada diri saya kepada sesiapa sahaja yang sudi membacanya, mengenai 10 tanda bagi orang yang hatinya mati.


1. Kita mengaku kenal Allah swt, tetapi kita 
   tidak menunaikan haknya.

2. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, 
   tetapi kita mengabaikan sunnah baginda.

3. Kita membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal
   dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Kita memakan hikmat Allah, tetapi tidak 
   mensyukuri pemberiannya.

5. Kita mengaku syaitan musuh, tapi kita 
   mengikutinya.

6. Kita mengaku adanya nikmat syurga, tetapi
   kita tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Kita mengaku adanya siksa neraka, tapi kita
   tidak berusaha untuk menjauhkannya.

8. Kita mengaku kematian pasti datang bagi 
   setia jiwa, tetapi kita tidak bersedia
   untuknya.

9. Kita sibuk membuka keaiban orang lain, 
   tetapi kita lupa keaiban kita sendiri.

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah,
    tapi kita tidak mengambil iktibar
    daripadanya. 


Khamis, 7 Jun 2012

Jalan-jalan ke Kuala Terengganu.

PART 2

   Salam di pagi Jumaat, semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya.Masih lagi sambung cerita mengenai percutian ke Hatyai....


        
          Sewaktu pergi ke Hatyai kita mengikuti jalan Bukit Kayu Hitam dan sewaktu pulang mengikuti jalan Rantau Panjang. Dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai melalui pekan Danok, Sadao, Phang La dan terus ke bandar Hatnyai. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam. Apabila pulang pula melalui kawasan Thepha, Phattani, Sai Bun, Bacho, Narathiwat, Tak Bai dan ke Golok (Sungai Kolok). Jauhnya jarak dari Hatnyai ke Golok (Sungai Kolok) ialah 260 km.

          
      Daripada Rantau Panjang, Kelantan terus bertolak ke Kuala Terengganu. Malamnya kami menginap di Kuala Terengganu . Keesokkannya sempatlah jalan-jalan kat Pasar Payang.



            Jalan-jalan kat Masjid Kristal.





             Alhamdulillah , percutian kali ini memanglah terasa penat sedikit tapi memang berpuas hati sebab dapat lihat negara orang. Kata orang' jauh perjalanan luas pemandangan'. Walaupun dalam perjalanan pulang terdapat sedikit kerosakkan  pada kenderaan kami, alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah masing masing.


Trip To Hatyai, Thailand


PART 1
       
            Assalamualaikum wrh wbr.......
Salam sejahtera kepada semua, semoga sihat sejahtera hendaknya dan berbahagia selalu di musim cuti persekolahan ini.

     Alhamdulillah saya juga sempat membawa anak-anak bercuti pada musim cuti pertengahan sekolah kali ini. Sebenarnya percutian kali ini tak lah dirancang sangat. Tapi last last minit barulah masing-masing menyiapkan dokumen perjalanan.

     Cuti kali ini, agak jauh sedikit lah kita berjalan ke negara jiran yaitu ke Hatyai, Thailand. Kita ke sana menggunakan jalan darat pergi ikut Bukit Kayu Hitam dan pulang ikut Rantau Panjang. Perjalanan semuanya lancar cuma sewaktu pulang ada lah sedikit masalah, tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing.

     Di  waktu malamnya kami jalan-jalan kat night market di sekitar hotel.



Lihat tu... udangnya besar sangat.

Jalan-jalan kat sekitar hotel.





           Naik tuk- tuk hendak pergi ke Ice Dome, Samila Beach dan Floating market. Tambangnya lebih kurang 1000 bhat 
bersamaan RM100.



 Dekat Ice Dome, Hatyai. Tak sempat nak masuk, terjumpa kawan kat situ terus berangkat ke Samila Beach.





 Dekat Samila Beach, Songkla.





Anak-anak pun tak ketinggalan bergambar kat 
duyung tembaga ni....


Kalau pergi ke Samila Beach, tak sah 
kalau tak bergambar kat duyung tembaga ini.

          Dekat Floating Market, yang merupakan salah satu daya tarikkan pelancung ke Hatyai. Kebanyakkan peniaga yang berniaga kat pasar terapung ini adalah peniaga yang beragama Islam. Waktu ni memang ramai sangat pelancong yang datang.




Macam-macam makanan ada dijual disini.Harganya
 pun mamang berpatutan. 


Tak ketinggalan barangan kraftangan seperti raga juga turut dijual di sini.