Memaparkan catatan dengan label masakan tempe tauhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan tempe tauhu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Mac 2025

Sambal Tempe Kangkung

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada teman-teman semua. Hari ni dah hari yang ke sebelas kita menjalankan ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua.

Di bulan puasa ni saya masak ala kadar sahaja, yang penting kita berbelanja biarlah berpada-pada. Jangan sampai terjadinya pembaziran.

Hari ni saya masak sambal tempe kangkung. Tiap hari asyik makan ayam saja, jadi sekali sekala kita masak tempe pula.



Resepi Sambal Tempe Kangkung

Bahan-bahan:

1 bungkus tempe (dipotong)

1 ikat kangkung (di potong)

Bahan kisar:

3 batang cili merah

4 biji cili api

bawang kecil

bawang putih

garam, gula, perasa



Cara memasaknya:

1. Tempe dipotong-potong, kemudian di
   goreng kedalam minyak panas. Selepas 
   itu tempe dihancurkan.

2. Panaskan minyak, Tumis bahan kisar 
   hingga layu, masukkan tempe. Kaacau 
   hingga bercampur.

3. Masukkan kangkung, juga garam, gula 
   serta perasa. Kacau hingga masak. 
   Tutupkan api, siap untuk dihidangkan.




Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.



Khamis, 24 Mei 2018

Tauhu Sumbat


  Assalamualaikum...

   Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagaimana puasa anda? Mudah-mudahan segala amalan yang kita kerjakan di bulan suci Ramadhan ini membawa keberkatan serta diterima oleh Allah swt.

   Iftar semalam saya buatkan tauhu sumbat, salah satu menu kesukaan my hubby. Kadang-kadang sanggup dia beli tauhu sumbat ni kat bazar ramadhan. Tapi bila beli ada ja yg tak kena kat tekak, jadi saya buatkan saja mengikut selera saya.

   Mudah ja cara buatnya, cuma sosnya sahaja mengikut selera. Ada yang buat sos kacang dan ada yg buat sos yang biasa.



Resepi Tauhu Sumbat

Bahan-Bahan:

5 keping tauhu
1/2 batang timun
1/2 batang carrot  
Taugeh (buang akarnya)
minyak secukupnya utk menggoreng tauhu

Caranya:

1. Tauhu digoreng sehingga masak. Kemudian 
   belah berbentuk 3 segi. 

2. Sementara tu hiriskan carrot dan timun.

3. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.

4. Ketepikan dulu.


Sos Cili

Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
garam
gula secukup rasa 
1 biji jus limau kasturi
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

Cara-Cara:

1Mesinkan semua bahan, jangan sampai halus
  kecuali jus limau dan daun ketumbar.

2. Masakkan sos sehingga pekat.

3. Campurkan jus limau serta daun ketumbar
   dan kacau rata.

Cara penyediaannya:

1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di 
   masukkan sayuran.

2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan
   hidangkan bersama sos cili merah.
     


Khamis, 26 April 2018

Goreng Cili Tempe, Ikan Bilis serta Kentang


          Assalamualaikum...

  Selamat malam semua... 

   Moga semuanya sihat2 sahaja diketika ini. Hari ini update mengenai lauk kegemaran anak-anak iaitu goreng cili tempe, ikan bilis serta kentang. Lauk ni memang selalunya menjadi pilihan terutama anak bujang saya. Kalau lama tak masak sambal ni mesti dia akan tanya. 

   Jadi sekali sekala saya akan masak sambal ni. Jom tengok resepinya.



Resepi goreng cili ikan bilis, tempe, kentang

Bahan-bahan:

segenggam ikan bilis
1 bungkus tempe (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
cili api 
cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng dan menumis



Cara memasaknya:

1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian 
   goreng kentang yg telah dipotong dadu.
   Tempe juga digoreng.

2. Bawang besar, cili merah, cili api, serta
   bawang putih diblender dengan sedikit air
   hingga halus.

3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar dengan
   sedikit minyak. Masukkan sedikit belacan 
   serta asam keping. Biarkan cili masak 
   sehingga berminyak.

4. Kemudian masukkan gula serta garam secukup
   rasa. Apabila sudah secukup rasa,
   tutupkan api.

5. Biarkan cili sedikit sejuk baru masukkan
   bahan yang digoreng tadi supaya
   mengelakkan ikan bilis menjadi liat.
   Gaulkan supaya bercampur. Barulah 
   dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Selasa, 30 Januari 2018

Sambal Tempe dan Bilis


             Assalamualaikum...

   Selamat petang. Semoga berbahagia selalu. Semalam di pasar ada dijual tempe. Dah lama tak masak tempe, jadi hari ni saya masak sambal tempe sama ikan bilis. Sedap jugak bila dimakan dgn nasi panas-panas.

   Jom tengok resepi ringkas sambal tempe dari saya.



Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis

Bahan-bahan:

2 bungkus tempe (dipotong ikut kesukaan)
1 genggam ikan bilis
cili kisar
sedikit belacan
air asam jawa
garam serta gula
4 ulas bawang merah (dihirid)
3 ulas bawang putih (dihiris)
minyak utk menggoreng serta menumis 


Cara memasaknya:

1. Tempe serta ikan bilis digoreng. Kemudian 

   ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang 
   merah serta bawang putih hingga wangi.
   Masukkan cili blender, belacan. 
   Biarkan hingga cili garing atau berminyak.

3. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi hingga
   mendidih.

4. Masukkan pula garam, gula serta sedikit
   serbuk perasa jika suka.

5. Perasakan ianya, bila sudah secukup rasa 
   barulah diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Jumaat, 4 Julai 2014

Tempe Goreng Cili


    Assalamualaikum wrh..... wbr.....

   Bersua kembali di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kali ini saya entrikan mengenai masakan tempe goreng cili.

  
   Di bulan puasa ni terpikir-pikir juga nak masak apa. Kalau setakat sayur bening, memang tak jalanlah. Terutama sekali ketika bersahur. Kalau ada lauk yang pedas-pedas barulah lalu makan sikit. Apa-apa pun lihatlah resepinya dulu ya....




Resepi Tempe Goreng Cili

Bahan-bahan:

1 bungkus tempe (dipotong dan digoreng)
1 batang terung ( dipotong dan digoreng
    sekejap)
secekak ikan bilis (digoreng)
sedikit petai (jika suka)
4 batang cili merah*
10 biji cili api*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 belacan*
air asam/asam keping
gula dan garam secukup rasa
minyak utk menggoreng dan menumis


Cara memasaknya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * diblend 
   sehingga halus.

2. Panaskan minyak, tumis bahan blender 
   hingga naik minyak.

3. Masukkan air asam atau asam keping.
   Biarkan seketika, masukkan gulam garam.

4. Rasakan ia, jika dah cukup rasanya 
   barulah masukkan bahan-bahan yang 
   digoreng. Kacaukan ia, bila dah okey 
   barulah ditutup apinya. Siap untuk 
   dihidangkan.