Isnin, 27 Jun 2016

Biskut Tat Nenas Nyonya


     Assalamualaikum wrh... wbr...

      Kali ini saya entrikan mengenai biskut tat nenas nyonya. Biskut tat nyonya kali ini saya cuba dari resepi Evelyn Gemina. Memang sedap kuih tatnya. Sebenarnya ini kali kedua saya buatkan biskutnya. Kali pertama buat, sedap punya pasai dah habis biskut dibuat kenduri oleh anak-anak. Kenalah buat lagi sekali. 

      Terima kasih Evelyn di atas resepinya, izinkan saya copykan resepinya di sini pula.


Resepi Biskut Tat nenas Nyonya

Bahan-bahan:

A
200 gm mentega berkualiti
50 gm gula aising
1 sdk esen vanila 

B
2 biji kuning telur

300gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
10 gm tepung kastad

D
inti nenas secukupnya (dibulat-bulatkan)




Cara membuatnya: 

1. Ayak adunan C, ketepikan.
2. Dalam mangkuk pengdun, pukul bahan A hingga
   lembut dan berkrim. Masukkan bahan B dan
   pukul sebati.
3. Masukkan adunan yang dipukul ke dalam
   adunan tepung. Gaul guna tangan hingga
   menjadi doh.
4. Canai doh hingga mencapai ketebalan yang
   seuai dan sama rata. Terapkan menggunakan 
   acuan tat bunga/nyonya. Susun atas dulang
   pembakar.
5. Satukan bahan D dan kacau rata. Sapukan 
   sedikit atas doh. Letakkan inti atasnya.
   Buat hingga habis.
6. Panaskan oven pada suhu 170C. Bakar selama
   35 minit Tau hingga tat masak. Warnanya 
   bertukar keperangan sedikit. Sejukkan 
   sepenuhnya. Bila sudah sejuk simpan di 
   dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan