Rabu, 31 Disember 2014

Happy New Year 2015


    Assalamualaikum wrh.... wbr....


      Bersua lagi kita di entri kali ini, kini kita telah pun memasuki tahun baru 2015. 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya.
Semoga di tahun baru ini akan lebih sukses dari tahun-tahun sebelumnya.


  Masa lalu adalah 
kenangan 
Masa kini adalah 
kenyataan
Masa depan adalah 
harapan
Selamat tahun Baru 2015
Selamat tinggal Kenangan
Selamat datang harapan.

Setiap kali datangnya tahun baru, kita akan tanamkan azam di salam diri kita agar kehidupan semalam akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Begitu juga dengan saya yang sentiasa berazam akan menjadi seorang insan yang kamil disisi Allah dan dimata manusia, insyaallah. Semoga apa yang kita harapkan akan tercapai jua akhirnya.



Selasa, 30 Disember 2014

Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-2015-by-siti-yang-menaip.html

     Sempat lagi ke nak join segmen Bloglist 2015 by Siti Yang Menaip. Hari ini tarikh tamatnya. Kalau ada rezeki tu adalah. Kalau tak ada nak buat macam mana ya. 



Rabu, 24 Disember 2014

Kek Minyak


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

     Bersua lagi di entri kali ini, tentunya semua teman-teman berbahagia selalu di ketika ini. Kali ini saya entrikan mengenai kek minyak yang begitu famous di kalangan pemilik blog teman masak-memasak. Sebenarnya saya ni kalau bab baking-membaking memang outlah, kadang-kadang buat kek memang susah sangat nak menjadi. Oleh kerana teringin sangat nak merasa keenakan kek minyak ini, maka saya menggagahkan diri untuk mencuba membuatnya juga. Ternyata keknya memang sedap,gebu dan lembut.Tetapi saya rasa memang banyak kelemahan dan kekurangannya. Perlu pelajari lagi selok belok cara membaut kek yang betul.

     Kali ini saya mencuba dari resepi Puan Azlita dari blog Masam Manis. Terima kasih di atas perkongsian resepinya ini. izinkan saya copykan resepinya di sini untuk rujukan saya nanti.



Resepi Kek Minyak

Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 cawan susu pekat
1sdb ovallete
1 cawan minyak masak
perasa nenas @ pisang (saya letak rasa oren)
1 sdt esen vanilla
pewarna yang disukai 


Cara membuatnya:
1. Satukan tepung dan baking powder, kemudian 
   diayak, ketepikan.
2. Dalam mesin pemutar, pukul telur bersama 
   gula dan ovallete hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan 
   pukul sebati.
4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil 
   dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk 
   adunan bergaul rata.
5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang 
   telah diayak. Kaup balik adunan dengan 
   spatula hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 @ 4 bahagian. 
   Letakkan  pewarna dalam setiap bekas, gaul 
   rata.
7. Sediakan loyang 8 inci, lapikkan dasar
   loyang dengan kertas minyak dan sapukan
   butter.
8. Tuangkan adunan berselang seli warna
   secara lingkaran hingga habis.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 
   15 minit awalnya. Suhunya 170C selama 45 
   hingga 60 minit mengikut kepanasan oven 
   masing-masing.
10. Selepas 45 minit, cucuk dengan lidi, Jika 
    masih basah tutupkan dengan aluminium
    foil dan teruskan membakar hingga kek
    masak.
11. Keluarkan  daripada oven dan sejukkan
    dahulu sebelum dipotong untuk dihidangkan.


Sabtu, 20 Disember 2014

Puding Roti Karamel


    Assalamualaikum wrh... wbr....

    Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Sebelum ini pernah buat puding karamel tanpa telur. Kali ini saya mencuba membuat puding roti karamel pula. Memang sedap rasa pudingnya, tak sempat sejuk pun. Dah tak sabar nak makan. Sekali hadap je dah habis. Anak-anak siap pesan nanti disuruh buat lagi.

    Kira okey lah tu. Saya cuba  dari resepi Maizura dan Fiza LGK. Terima kasih atas perkongsian resepinya. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula ya....



Resepi Puding Roti Karamel

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 cawan air suam
3/4 @ 1 cawan susu pekat manis
1 sdt esen vanilla
3 biji telur-gred A
3 sdb gula pasir


Cara membuatnya:
1. Masukkan gula pasir ke dalam loyang dan 
   masakkan di atas api yang perlahan hingga 
   gula menjadi perang. Angkat dan biarkan
   sejuk.
2. Kocakkan telur dengan garpu dan ketepikan.
3. Carik-carikkan roti dan rendamkan ke dalam 
   air suam. Blender sampai halus, seterusnya 
   masukkan susu pekat dan esen vanilla. 
   Blender lagi.
4. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. 
   Tuangkan adunan ke atas karamel tadi dan 
   kukus selama 40 minit atau
   sehingga masak.(Api biar kuat sedikit)
5. Sejukkan ke dalam peti sejuk dan terbalik-
   kan ke dalam pinggan leper. Sedia dipotong
   untuk dihidangkan.


Jumaat, 19 Disember 2014

Sayur Kangkung Goreng Belacan


   Assalamualaikum wrh... wbr....

      Salam bahagia teman-teman didunia maya, semoga ceria selalu hendaknya. Cerita mengenai sayur kangkung ni, kalau kat kampung dulu emak siap tanam kangkung kampung kat tepi rumah. Gemuk-gemuk pulak tu kangkungnya. Jadi, kalau tak ada sayur maka kangkunglah jadi sayurnya. Kadang-kadang tiap hari makan sayur kangkung pun tak apa, tak jemu-jemu rasanya. Sampai goreng mihun pun letak sayur kangkung.Sekarang ni kalau nak makan sayur kangkung semuanya kena beli. Itulah kelebihan dok kat kampung, boleh bercucuk tanam.

      Kali ini saya entrikan mengenai masakan sayur kangkung belacan.



Sayur Kangkung Goreng Belacan

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kangkung (dipotong)
sedikit lebihan sambal belacan
sejemput ikan bilis (ditumbuk)
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram
sedikit minyak masak
 

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah 
   dan bawang putih hingga garing, masukkan 
   ikan bilis, goreng sebentar. 
2. Masukkan sambal belacan, sedikit sos 
   tiram. Goreng lagi hingga sedikit
   berminyak.
3. Masukkan kangkung, digoreng hingga sedikit 
   layu, tambah garam dan gula @ perasa jika 
   suka. Rasakan ia, jika dah cukup rasa, 
   barulah diangkat untuk dihidangkan. 


Simple Giveaway by MISSEZZATIE


   Assalamualaikum wrh... wbr...

http://siszetty.blogspot.com/2014/12/simple-giveaway-by-missezzatie.html

       Apa khabar teman-teman semua, semoga berbahagia selalu ya. Kali ini saya ikut menyertai giveaway yang diajurkan oleh teman kita Miss Ezzati. Jomlah kita sama-sama support beliau. Mudah sahaja syaratnya. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. 



Khamis, 18 Disember 2014

Gulai Lemak Ikan Talang dgn Nenas


   Assalamualaikum wrh... wbr....

      Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu diketika ini.Hari ini saya masak  gulailemak ikan talang masin drngan nenas. Sewaktu pulang ke kampung tempohari saya sempat beli sedikit ikan-ikan kering dan ikan masin seperti ikan talang, talang padi, ikan tamban serta ikan bilis untuk simpanan.

     Tak selalu pun makan ikan-ikan masin, kadang-kadang je kalau teringin nak makan barulah saya masak. Kalau makan ikan masin tiap hari alamatnya tekanan darah pun melambung tinggi. Nanti bahaya pulak. Okeylah mari kita lihat resepi gulai lemak ikan talang masin.



Resepi Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dgn Nenas

Bahan-bahan:
350 gm ikan talang
1/2 biji nenas (dihiris)
santan 
2 batang serai (dititik)
garam dan sedikit perasa

Bahan ditumbuk halus:
15 biji cili api
3 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar

   
Cara memasaknya:
1. Ikan talang masin dipotong-potong,
   kemudian direndam dengan sedikit air garam 
   selama lebih kurang 1/2 jam untuk
   mengurangkan rasa masinnya, kemudian basuh
   dan toskan.
2. Dalam periuk masukkan bahan-bahan tumbuk, 
   serai serta sedikit santan cair.
3. Bila dah mendidih, masukkan pula ikan 
   talang serta nenas. Biarkan mendidih dan 
   nanas layu.
4. Masukkan santan, sentiasa dikacau supaya 
   santan tidak pecah minyak. Masak 
   menggunakan api yang kecil. Masukkan garam
   dan perasa jika suka.
5. Perasakan garamnya. Jika dah secukup rasa 
   barulah tutupkan api. Siap untuk
   dihidangkan.


Ahad, 14 Disember 2014

Kuih Lapis


     Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia teman-teman, semoga berbahagia selalu. Kali ini saya entrikan mengenai kuih lapis. Dah lama teringin nak makan kuih lapis buatan sendiri ni. Baru sekarang berpeluang membuatnya. Saya ambil resepi Dari Dapur Kak Yah. Cuma saya buatkan setengah bahagian sahaja. Terima kasih Kak Yah atas perkongsian resepinya. Saya copykan resepinya untuk rujukan saya nanti.




Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan:
5 cawan santan
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
secubit garam
1/2 sdt perisa rose
pewarna pink
 

Cara membuatnya:
1. Panaskan santan dan gula hingga menjadi 
   hancur. Sejukkan.
2. Panaskan pengukus dan pastikan air  
   menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke 
   dalam santan. Masukkan juga garam dan 
   perisa rose, tapiskan.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
   berasingan.
5. Masukkan pewarna pink ke dalam satu
   bahagian adunan dan satu bahagian lagi
   dibiarkan warna asalnya.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan 
   alaskan plastik di dasarnya.
7. Kukus setiap lapisan selama 5-7 minit. 
   Bagi lapisan terakhir kukus selama 10-15 
   minit.
8. Keluarkan dan biarkan sehingga sejuk, 
   barulah dipotong.



Ahad, 7 Disember 2014

Walimatulurus Sepupu (Part 3)


   Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam ceria untuk semua. Hari ini Ahad 7hb Disember 2014, adalah majlis kenduri perkahwinan dipihak pengantin lelaki. Jadi saya dan keluarga ikut berarak dipihak pengantin perempuan. Alhamdulillah dah selesai, rombongan pengantin perempuan seramai sebiji bas dah pun bertolak pulang ke sungai Petani, Kedah.


Pengantin dua sejoli bersanding di pelamin 
yang disediakan.

Sesampainya terus menjamu selera dengan hidangan makanan yang telah disediakan. Masing-masing perut dah berbunyi kelaparan.




Sedapnya makan. Dah tak nampak kiri 
kanan dah.


Masing-masing tengah menjamu selera.

Pengantin sedang menyantap makanan di meja 
pengantin.




Bergambar bersama ibu dan ayah pengantin 
perempuan.

Kami sekeluarga juga tak ketinggalam bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.
      
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan pengantin Syahrul Syafiq Bin Razak dan Nurul Nadia Binti Mohd Noor, semoga perkahwinan kalian akan terus kekal hingga ke Jannah.... Amin Amiin....



Sabtu, 6 Disember 2014

Masak Lemak Pisang Muda


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

     Salam sejahtera semua teman-teman di hujung minggu ini, semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Kelmarin saya masak lemak pisang muda untuk hidangan makan tengahari. Kebetulan ada pisang muda saya bawa dari kampung pemberian emak. Biasa lah kalau pulang kampung macam-macam benda diberikan mak disuruh bawa balik sampai tak muat bonet kereta. Jadi dapatlah saya masakkan gulai pisang muda.

   
Resepi Masak Lemak Pisang Muda

Bahan-bahan:
1 sikat pisang muda (dibuang kulit & dipotong)
15 biji cili api*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 biji bawang besar*
2 cawan santan
garam serta serbuk perasa


Cara memasaknya:
1. Pisang dibuang kulit di potong serong, 
   kemudian rendamkan dengan sedikit air
   garam untuk mengelakkan ia menjadi 
   hitam.
2. Tumbuk bahan yang bertanda *, kemudian 
   masukkan ke dalam periuk bersama pisang
   dan sedikit santan cair.
   Masukkan juga asam keping serta serai. 
   Masak di atas api sehingga mendidih dan
   pisang sedikit layu.
3. Setelah itu masukkan santan pekat beserta 
   garam dan serbuk perasa jika suka.
   Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan
   tidak pecah minyak.Kemudian rasakan ia.
5. Bila dah cukup rasa barulah tutupkan api 
   dan sedia untuk dihidangkan.



Walimatulurus Sepupu (Part 2)


   Assalamualaikum wrh... wbr....

    Salam ceria untuk semua semoga berbahagia selalu di malam minggu ini. Bersambung mengenai cerita walimah sepupu saya Nurul Nadia bersama pasangannya Shahrul Syfiq. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis malam berinai disebelah pihak pengantin lelaki di Jalan Kapar, Kelang. Majlis tersebut adalah majlis yang diadakan untuk saudara mara terdekat pengantin lelaki.



Pasangan pengantin bersanding dipelaminan 
yang tersergam indah.


Photo kenangan keluarga bersama pasangan 
pengantin.


Meja untuk juadah makanan disediakan untuk para tetamu yang hadir.


Para tetamu sedang menjamu selera dengan 
hidangan yang telah disediakan.


Aduh sedapnya Ezzati dan Siti menjamu 
selera.


Jumaat, 5 Disember 2014

Kuih Bingka Nangka


    Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama saya tak bakar membakar ni, bukan apa cuma oven buat hal... rosak pulak. Baru-baru ni balik kampung. Ada oven saya yang lama (dihantar untuk kegunaan kat kampung) oleh kerana tak ada orang pakai kat kampung, jadi saya ambillah balik. Nanti buruk siku lah pulak. Daripada rosak begitu saja lebih baik saya gunakan.

     Kali ini saya cuba buat bingka nangka pula. Kebetulan ada buah nangka sebiji, anak-anak pun tak suka makan daripada terbiar begitu saja saya cuba buatkan kuih bingka nangka.


    Inilah rupanya bingka nangka, biasanya pernah lihat orang buat bingka cempedak je kat blog. Jadi kali ini saya cuba buat bingka nangka pula. Rasanya boleh tahan juga sedap, tapi rasa buah nangkanya kurang menyerlah. Mungkin kena letak isi nangka lebih sedikit agaknya kerana buah nagka ni kurang kuat baunya, tak seperti buah cempedak. Terima kasih tuan punya resepi, dah tak ingat dah siapa yang empunya resepinya. Izinkan saya share kan kat sini untuk rujukan saya nanti ya...



Resepi Kuih Bingka Nangka

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan isi nangka masak -blender halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
sedikit margerine
secubit garam
sedikit pewarna kuning (untuk naikkan warna)
sedikit bijan


Cara membuatnya:
1. Sapukan magerine dipermukaan acuan bingka
   dan letakkan di dalam oven yang dipanaskan 
   terlebih dahulu.
2. Satukan semua bahan kecuali margerine dan 
   kisar hingga halus dan sebati.
3. Tuangkan dalam acuan panas dan taburkan 
   sedikit margerine dipermukaan adunan 
   bingka.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan
   suhu 180 - 200 C selama 45 minit.
5. Bila dah masak, sejukkan dahulu sebelum 
   dipotong untuk dihidangkan.



Manis Giveaway By Mama Darwiish


     Assalamualaikum wrh... wbr...

     

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu.
Kali ini saya join giveaway yang dianjurkan oleh Mama Darwish pula. Syaratnya pun mudah je. Tengok hadiahnya best juga, jadi marilah teman-teman kita sama-sama join untuk support beliau bagi memeriahkan lagi giveaway teman kita ni.Kalau teman-teman nak join bolehlah klik kat banner.


  Saya nak hadiah jam dinding.



Walimatulurus Sepupu (Part 1)


     Assalamualaikum wrh... wbr....

    Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu hendaknya. Di musim cuti persekolahan ini mungkin ramai yang mengambil kesempatan melangsungkan perkahwinan anak-anak masing-masing. Jadi memang sibuklah mereka-mereka yang akan mengadakan majlis kenduri dengan persiapan-persiapan yang sepatutnya dibuat untuk majlis kenduri. 

     Hari minggu yang lepas saya beserta keluarga juga tidak ketinggalan menghadiri majlis kenduri sepupu di Sungai Petani, Kedah.SELAMAT PENGANTIN BARU saya ucapkan kepada Nurul Nadia Binti Mohd Noor dengan pasangannya Shahrul Syafiq Bin Razak, semoga perkahwinan kalian akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
  


Pasangan pengantin sama cantik sama padan.

  
Buah tangan dari pihak pengantin lelaki berupa wang hantaranbeserta coklat.


Kamar pengantin.






Photo-photo kenangan bersama pengantin.