Selasa, 29 September 2026

Kegiatan Hari Ini

 

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat selalu. Hari ni cuaca berjerubu sangat. Bila lihat sekeliling, pandangan rasa macam berkabur. Tapi alhamdulillah... kat luar hujan baru je turun. Jadi sejuklah sikit bila turunnya hujan.

Mudah-mudahan dengan turunnya hujan malam ini, besoknya pemandangan akan kembali cerah dan kurang berjerubu.

Tiadalah nak bercerita apa sangat, saja je nak update di sini. Biasalah setiap hari Selasa saya akan mengikuti kelas alquran disebelah petang. Kalau diwaktu pagi pula, biasalah sibuk dengan kelas KAFA. 



Kadang-kadang terasa penat juga, rasa malas pun ada, rasa macam nak berhenti pun ada. Tapi bila difikir-fikirkan balik terasa sayang juga nak berhenti. Dari situlah dapat mempelajari ilmu-ilmu yang kita tak tahu sebelum ini. Kawan-kawan juga semuanya ok.

Hari ni pula si bongsu menghadapi ujian Lisan UPKK di sekolah Agama. Risau pulak saya takut tak boleh jawab.






Dari minggu lepas lagi dok paksa dia suruh menghafal, dia buat rilek saja macam tak ada periksa.

Lepas balik dari sekolah tadi, dia cakap dia dapat soalan yang mudah, banyak soalan yang dia boleh jawab. Tak tahulah saya betul ke tidak, kena tunggu dan lihat resultnya nanti.

Biasalah... mak-mak ni, mestilah risau lebih terutama bila anak nak menghadapi peperiksaan
atau ujian yang besar.


Sabtu, 26 September 2026

Hadiah GA Dari Blogger Suria Amanda

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua, didoakan semoga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Alhamdulillah, tak disangka-sangka saya telah terpilih menjadi salah seorang pemenang saguhati dalam GA yang dianjurkan oleh sahabat blogger kita Suriaamanda tempohari. 



Terkejut juga saya tak order barang pun, tapi ada parcel sampai.  Ingatkan barang anak yang order. Buat tak tahu je lah. Bawa masuk ke dalam letak kat atas meja. Terasa pulak nak tengok nama siapa. Tertera nama saya rupanya.
Apalagi, teruslah bukak.

Wow cantiknya... beg anyaman. Ini mesti hadiah dari blogger SA ni.






Masyaallah... sukanya saya dengan hadiah beg anyaman yang secantik ni. Nak keluar nanti bolehlah melaram dengan beg baru ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada Suria Amanda dari blog Suriaamanda.com di atas pemberian hadiah GA yang sangat berguna buat saya ini. Moga SA sentiasa sihat, bahagia, serta dimurahkan rezeki selalu.

 

Ahad, 20 September 2026

Menu Sarapan Dan Lunch Di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Masak apa hari ni...

Hari ni terasa rajin sikit pagi-pagi dah bancuh tepung buat cekodok sayur untuk sarapan pagi.




Keluar hantar si kakak pergi kerja, terus ke pasar beli stok barang pasar untuk masak hari ini dan besoknya.





Kebetulan hari ni ada pucuk paku. Beli lah juga kepah untuk dimasak dengan pucuk paku.

Maka terhasillah masak lemak pucuk paku dengan kepah. Menu masakan untuk lunch hari ni.



Resepi sayur lemak kepah dengan pucuk paku

Bahan-bahan:

Pucuk paku

kepah

cili api 

kunyit hidup

asam keping

daun kunyit

serai

garam, gula dan perasa

santan

Cara memasak:

Cili api dan kunyit hidup ditumbuk sehingga halus. Masukkan dalam periuk. Masukkan pula asam keping daun kunyit serta sebatang serai. Masak sehingga mendidih.

Masukkan santan, biarhan sehingga santan juga mendidih. Masukkan pucuk paku, senrtiasa di kacau supaya santan tidah pecah. Bila pucuk paku dah layu, baru masukkan kepah. Kacau lagi. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa. 

Bila semuanya dah masak, baru matikan api. Siap untuk dihidangkan.




Dah ada ulam, mesti kena ada sambal belacan.



                                   

Juga ikan kembung goreng.

Alhamdulillah rezeki hari ni. Sekali sekala masak sayur kampung, bertambah pulak makan nasi hari ni.


Sabtu, 19 September 2026

Program Solat Hajat Dan Bacaan Yasin

 

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua... Moga sihat selalu di hujung minggu ini.



Malam Jumaat kelmarin sekolah mengadakan program solat hajat serta bacaan Yasin sempena peperiksaan PSRA serta UPKK yang akan berlangsung minggu hadapan. Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan dari pada pihak ibubapa.


Program dimulai dengan solat maghrib dan solat hajat.


Kemudian bacaan yasin bersama-sama.


                                     


Kemudian taklimat untuk ibubapa mengenai pendaftaran anak-anak tingkatan 1 ke sekolah SAM/SAMT.



Kemudian melihat persembahan nasyid dari anak-anak darjah 5 dan darjah 6.

                                






Kemudian bergambar bersama ibu-ibu dan anak-anak perempuan.







                 


        

Makanan portluck yang dibawa oleh parent, Terasa macam jamuan raya lah pulak.











Akhir sekali barulah acara makan-makan sebelum semuanya bersurai.

Sama-sama doakan semoga anak-anak Sekolah Sri Khaira dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan semoga mereka semua beoleh kejayaan yang cemerlang dalam PSRA dan UPKK nanti.




Rabu, 16 September 2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia

 

Assalamualaikum...

Selamat petang dan selamat menyambut hari Malaysia diucapkan kepada kawan-kawan semua, moga sihat dan ceria selalu.




Hari ni sekolah cuti, nak tak nak kena keluar jugak sebab kena hantar si kakak kerja hari ni. Lepas hantar dia gi kerja lepak kejap kat kedai mamak pekena kuih putu mayam dengan samosa. Jarang sebenarnya jumpa kuih ni. Kuih ni memang kesukaan saya.



Balik rumah lihat pokok yang ditanam sambil menyiram supaya pokok tak terus kering. Jom tengok pokok ulaman yang saya tanam kat tepi dapur.


Pokok ginseng jawa.



Pokok ajinomoto.



Pokok ulam raja.




Pokok daun kesum.


Pokok daun beluntas.




Pokok daun kaduk. 

Itulah pokok-pokok yang saya tanam. Sekali sekala kalau nak makan ulam tinggal kutip ja kat belakang dapur.

Habis nyiram pokok barulah masak. Hari ni cuti, relax lah sikit.
Menu tengahari ni, ayam masak kari, rebusan pucuk ajinomoto yang dikutip dibelakang dapur dan juga sambal belacan.


                    


                               





Alhamdulillah... rezeki hari ni. Selamat bercuti juga buat kawan-kawan yang bercuti hari ini.



Jumaat, 4 September 2026

Kegiatan Semalam Tanam Kembali Pokok Bunga

 

Assalamualaikum...

Masih lagi dalam mood cuti, lusa dah start bekerja. Ini kegiatan semalam, manfaatkan masa yang ada dengan menanam kembali bunga2 yang ada. 

Ingat kat tempat baru ni dah tak nak tanam menanam lagi. Tapi bila hobi ni, tak puas hati kalau tak menanam. Jadi tanamlah apa yang ada.

Kat rumah baru ni, kawasannya memang teduh. Kurang ada cahaya matahari, Jadi kita tanam bunga2 indoor plant sahaja lah buat penyeri laman.





Keluarkan tanah-tanah dari pokok yang lama, tambah skam padi, tambah baja tahi ayam serta tanah baru yang dibeli dari kedai.


Mudah-mudahan bertambah segarlah bunga selepas ini.









Inilah sebahagian pokok-pokok bunga yang dah ditanam semula. Insyaallah hari sambung lagi kerja semalam, masih ada lagi bunga yang perlu ditanam semula.