Khamis, 26 April 2018

Goreng Cili Tempe, Ikan Bilis serta Kentang


          Assalamualaikum...

  Selamat malam semua... 

   Moga semuanya sihat2 sahaja diketika ini. Hari ini update mengenai lauk kegemaran anak-anak iaitu goreng cili tempe, ikan bilis serta kentang. Lauk ni memang selalunya menjadi pilihan terutama anak bujang saya. Kalau lama tak masak sambal ni mesti dia akan tanya. 

   Jadi sekali sekala saya akan masak sambal ni. Jom tengok resepinya.



Resepi goreng cili ikan bilis, tempe, kentang

Bahan-bahan:

segenggam ikan bilis
1 bungkus tempe (dipotong)
1 biji kentang (dipotong dadu)
cili api 
cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
minyak masak utk menggoreng dan menumis



Cara memasaknya:

1. Ikan bilis digoreng garing. Kemudian 
   goreng kentang yg telah dipotong dadu.
   Tempe juga digoreng.

2. Bawang besar, cili merah, cili api, serta
   bawang putih diblender dengan sedikit air
   hingga halus.

3. Panaskan kuali, tumis bahan kisar dengan
   sedikit minyak. Masukkan sedikit belacan 
   serta asam keping. Biarkan cili masak 
   sehingga berminyak.

4. Kemudian masukkan gula serta garam secukup
   rasa. Apabila sudah secukup rasa,
   tutupkan api.

5. Biarkan cili sedikit sejuk baru masukkan
   bahan yang digoreng tadi supaya
   mengelakkan ikan bilis menjadi liat.
   Gaulkan supaya bercampur. Barulah 
   dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Isnin, 23 April 2018

Ayam Masak Halia


          Assalamualaikum...

   Bertemu lagi dikali ini... semoga anda semua berbahagia selalu dihari ini.

   Kali ini bercerita pula mengenai masak2 memasak. Berfikir-fikir nak masak apa hari ini dengan ayam yang berbaki. Tercari2 dalam resepi masakan ayam, terjumpalah resepi ayam masak halia daripada blog Yati Memories lalu saya mencubanya.



Resepi Ayam Masak Halia.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4
  • 1/2 batng carrot - potong kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris:
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah

Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Sabtu, 21 April 2018

Program Umrah Ziarah (Part 7)


          Assalamualaikum...

      Masih bersambung lagi mengenai cerita umrah ziarah hari tu, sehari sebelum pulang kami berkesempatan jalan-jalan ke Thaif.

      Kota Thaif merupakan sebahagian daripada Mekah, terletak 65 km di sebelah tenggara kota makkah. Kota ini berudara sejuk kerana terletak dilembah pergunungan Asir.

      Disebabkan udaranya yg sejuk, maka tempatnya dijadikan tempat berehat bagi golongan kaya raya di musim panas.  Selain itu Thaif juga memang terkenal dengan produksi pertanian. Berbagai jenis buah2an seperti kurma, anggur, delima, mangga, dan lainnya dihasilkan dari tanah yg subur ini. Bukan sahaja buah2an malah sayur-sayuran serta bunga2an juga tumbuh subur disana. Hasil tanaman yang melimpah ruah itu dibekalkan kepada penduduk tempatan, malah juga dieksport keluar negara.

      Dalam sejarah Islam, Kota Thaif juga mengukir sejarah tersendiri. Rasulullah SAW pernah datang berdakwah kepada penduduk Thaif diketika itu. Malah mereka menolak mentah2 dakwah nabi serta menghina, bahkan mengusir dengan melempari Nabi dengan batu secara kejam dan menghinakan. Begitulah ceritanya.

     Di Thaif kami sempat berkunjung ke masjid Ibnu Abbas, lokasi2 yang bersejarah peristiwa Nabi Muhammad di baling batu serta berpeluang melawat kilang pemerosesan bunga mawar untuk dijadikan minyak wangi,losyen,air mawar, sabun serta kosmetik.


      Sebahagian tanaman bunga ros yg terdapat di belakang kilang. Sewaktu kami berkunjung kesitu bunganya baru berputik, belum berkembang. 

   
Cara pemerosesan bunga ros.



Dapur memasak bunga ros.





Hasil-hasil produk bunga ros.



    Encik usband bersantai2 kat ruang tamu bersama sahabat2nya. 

    Part yg paling best berkunjung ke pasar buah-buahan. Suka sangat tengok bermacam2 buah yang berwarna-warni.




Buah-buahannya sangat segar lagi murah.





               Tak lupa juga snap bunga2 yang ada disitu. Kalau dekat mau saya angkut bunganya.


       Ada juga kedai yg menjual menjual cenderahati serta hasil produk dari bunga ros.

    Rasa beruntung sangat2 sebab dapat melawat ke Kota Thaif kali ini. Encik usband walaupun dah banyak kali ke Makkah tapi baru pertama kali dia dapat menjejakkan kaki ke Thaif.





     

Jumaat, 20 April 2018

Program Ziarah Umrah (Part 6)


                 Bersua lagi dientri kali ini... sambungan dari part yg lalu. Kali ni bercerita tentang makanan pula.

     Semasa di Madinah kami berkesempatan merasai makanan arab yg sangat famous yaitu nasi mandi kambing. Kami ke Souq Qurbani selepas solat zohor, tapi malangnya nasi mandi yg biasa muthawif kami syorkan tu habis. Katanya selepas isyak nanti baru dimasak lagi. Mahu tak mahu kenalah order di kedai yg lain. Tapi apa2 pun nasi mandinya memang best.





      Walaupun nampak ringkas ja nasi dengan daging kambingnya, tapi sedap rasanya berbanding nasi mandi yg biasa saya makan walaupun tanpa sup. Cuma hirisan bawang besar beserta beberapa tangkai cili. Ringkas sahaja hidangannya.




    Disebabkan tiada nasi mandi, ada yang order roti bersama lauknya, kata mereka memang sedap makanan yg dijual di Souq Qurbani ni... Rugi siapa yg ke Madinah tidak berkunjung kesana.

    Alhamdulillah semasa kami di Mekah,kami berkesempatan berziarah ke kota Thaif. Di sana juga kami dapat merasai nasi mandhi ayam di salah sebuah kedai makan di sana.





      Hanya sempat ambil gambar makanannya saja, tak sempat nak ambil gambar ketika makan kerana masing-masing lapar sangat waktu tu. Satu hidangan ini boleh dimakan oleh 4 hingga lima orang. Tapi alhamdulillah syukur kerana dapat merasai rezekinya.


Khamis, 19 April 2018

Program Umrah Ziarah (Part 5)


               Assalamualaikum...

     Bertemu lagi... masih lagi mengenai program umrah ziarah. Bukan apa, cuma buat kenangan sahaja kerana belum tentu bila kita akan menjejakkan kaki ke sana lagi. Tempat yang menjadi idaman untuk dikunjungi bagi setiap umat islam.

     Kali ini bercerita pula mengenai umrah pertama kami sesampainya ke Makkatul Mukarramah. Sebenarnya dari Kuala Lumpur kita terus terbang ke Madinah dahulu, menginap di sana selama 4 hari. Selepas selesai sholat Jumaat kita terus bertolak ke Mekah, mengambil masa 4 jam setengah lebih kurang dengan menaiki bas. Sampai di Bir Ali kami terus bermiqat untuk mengerjakan umrah yg pertama. Alhamdulillah perjalanan lancar dan tiada apa2 masalah yg berlaku.

     Tidak dapat digambarkan perasaan dengan kata-kata diketika itu apabila pertama kali melihat kaabah yang tersergam di depan mata. Hanya Allah sahaja yg tahu... bersyukur sangat-sangat kerana dipilih oleh Allah menjadi salah seorang tetamunya.







      Gambar kenangan bersama rombongan setelah selesai tawaf.





     Selepas selesai tawaf, solat sunat tawaf. Kemudian masing2 meminum air zam-zam yg telah disediakan disitu. Setelah itu barulah masing2 bergerak ke tempat sai yaitu Bukit Safa dan Marwah untuk melakukan sai sebanyak 7 kali.



     Setelah selesai sai barulah masing-masing bertahalul sebagai penutup bagi amalan umrah ketika itu. Semasa berada dalam umrah, hendaklah kita menjaga segala pantang larang bagi mengelakkan daripada dikenakan membayar dam.

     Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan syukur kerana dipermudahkan segalanya.




Rabu, 18 April 2018

Program Umrah Ziarah (Part 4)


           Assalamualaikum...

                 Selamat malam sahabat semua... semoga semuanya berada dalam rahmat Allah selalu.

     Bertemu lagi dientry kali ini, sambungan mengenai program Umrah Ziarah tempohari. Kali ini bercerita pula mengenai ziarah luar ketika berada di kota Mekah iaitu melawat ke Jabal Rahmah serta melawat ladang unta.

      Jabal Rahmah artinya bukit penuh rahmat, karena disinilah Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah terpisah selama 300 tahun selepas terbuang dari syurga. Setelah diturunkan dari langit, Nabi Adam turunnya di India sedangkan Hawa diturunkan di Jeddah.
‘Konon katanya jika kita berdoa di tempat ini untuk meminta jodoh, nescaya akan dikabulkan’, Wallahualam.

     






    Kami serombongan juga tak melepaskan peluang untuk melawat ladang unta. Hanya sekadar bergambar je... sbb kami tak dibenarkan menaiki atau meminum susu unta kerana dikhuatiri unta2 tersebut berpenyakit.











     Tak dapat naik unta pun tak apa, dapat bergambar ddengan unta pun jadi lah...


Jumaat, 6 April 2018

Tumis Jantung Pisang


              Assalamualaikum...

     Bertemu lagi di entri kali ini, kali ini mengenai masak-memasak pula. Teringat sewaktu duduk kat kampung dulu, banyak pokok pisang di sekeliling rumah. Jadi pendek kata pisang selalu ada kat rumah, tak payah beli.

     Kalau ada pokok pisang mestilah ada jantung pisang. Macam-macam boleh dimasak dgn jantung pisang ni... boleh buat pajeri, kerabu atau boleh direbus begitu saja untuk dibuat ulam. Selalunya emak suka goreng begitu saja, letak sikit ikan bilis dan sedikit serbuk kunyit. Ringkas saja  cara memasaknya seperti memasak sayur yg lain.

      Jadi... bila terjumpa jantung pisang ni kat pasar, teringat pula tumis jantung pisang yg selau emak buat,teruslah saya membelinya.
Ni lah hasilnya... 


Resepi Tumis Jantung Pisang

Bahan-bahan:
1 jantung pisang (dihiris halus2 kemudian 
   dimasukkan kedalam air yg diletak dgn
   sedikit garam utk mengelakkan ianya
   menjadi hitam)
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit serbuk kunyit
sejemput ikan bilis
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis.


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak e dalam kuali,
   tumis bawang merah serta bawang putih
   hingga naik bau, masukkan ikan bilis.
2. Kemudian masukkan jantung pisang yg
   dihiris tadi, kacau dan tutup dgn tudung
   sehingga ianya layu.
3. Masukkan pula serbuk kunyit, garam serta
   gula serta cili. Letakkan sedikit air jika
   terlalu kering. Rasakan ia, jika dah
   secukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.

Sedap dimakan dgn nasi panas-panas.